Azan subuh berkumandang di corong telefon. Lenanya sama sekali tidak diganggu oleh mimpi aneh yang dia hadapi sebelum-sebelum ne. Tidur nyenyak. Aira bingkas bangun menunaikan solat wajib itu.
Setelah menyelesaikan solat subuh dan mandi. Aira terus menyiapkan barang-barangnya lalu dimasukkan ke dalam luggage. Aku perlu menyiapkan barang terlebih awal supaya malam nanti tak kelam kabut.
Tiga puluh minit kemudian, bunyi ketukan pintu bilik. Aku membuka pintu.
"Morning Aira. Jom turun breakfast." Ujar Madam Catherine. Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Tudung sarung disarungkan ke atas kepala.
Duduk sahaja di meja makan, aku melihat Emiliano dan Syiraz telah mendahului ku.
"Good morning sweetie." Sapa Emiliano. Aku mengukir senyuman di wajah. Aku lalu duduk di kerusi kosong itu.
"Kau ada plan nak pergi ke mana-mana tak?" Tanya Syiraz tanpa memandang wajahku.
"Ada. Saya nak pergi Rome nanti."
"Ajak Emiliano teman kau."
Aku dan Emiliano memandang antara satu sama lain. Senyuman dilorekkan. Aku yang pertama kali nak pergi Rome, Emiliano pula yang terlebih teruja dengan kedua tangan diangkat serta dilayang-layang ke atas. Kalah budak-budak ribena lah dia ne.
Tepuk dahi.
••¢••"Kita nak pergi tempat mana dulu dekat Rome ne?" Soal ku kepada Emiliano.
"Awak dah ada cadangan nak pergi mana-mana dulu tak?" Soalnya kembali. Aku tanya dia, dia tanya aku balik.
"Saya? Erm.." Aku berfikir sejenak kemudian kepala diangguk.
Emiliano mengangkat kening sebelah kanannya.
"Trevi Fountain. Any objection?" Aku mengangkat keningku berkali-kali. Gaya up and down dibuat.
"No ma'am." Emiliano bersetuju dengan cadangan aku dengan gayanya membongkokkan sedikit badannya seolah-olah tengah menghadap permaisuri je. Ne bukan permaisuri tapi permaiduri. Haha.
Sampai sahaja di bahagian luar kawasan Trevi Fountain, Emiliano menyuruhku mengikuti langkahnya. Aku mengerut dahi.
"Come, I'll show you a secret." Ujarnya sambil berjalan mendahului aku.
"Secret apa nya?" Aku mengukirkan senyuman tatkala melihat gelagat Emiliano.
"Alaa ikut je. I'll guarantee you will be surprise." Dengan nada tersengih si Emiliano ne macam ada udang di sebalik batu je.
Kami berjalan beberapa langkah dari Trevi Fountain, ada satu jalan yang menunjukkan ke arah papan tanda Vircus Caprarius.
"La Citta Dell' Aqua, The City of Water." Terang Emiliano.
Aku mengangguk teruja. Tak sangka kita boleh pergi 'Under' the Trevi Fountain. Pergi ke Trevi Fountain tak semestinya kena baling duit syiling dan buat hajat yea. Kita boleh saja-saja datang ke sana untuk merasai suasana di sekitar Rome.
"It is an apartment complex from the first century that was excavated in the 1990's." Terang Emiliano. Aku dengan wajah teruja menjadi makin teruja dengan fakta-fakta yang dihuraikan oleh Emiliano. Dah macam lagak tourist guide aku je dia ne.
Masuk je ke dalam, kami melihat sistem yang menyalurkan semua Trevi dengan air. Air yang sama mengalir melalui ke semua kolam di apartment complex lama. Selain dari itu, kami melihat pelbagai jenis mosaic, pottery dan banyak lagi.
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Gizem / GerilimAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...