Sekarang ne aku tak tahu sudah berapa lama aku duduk bersandar disitu. Penat masih berbaki namun rasa lelah itu aku endahkan. Aku bangun perlahan-lahan, tangan kanan aku memaut pokok itu agar aku dapat bangun dan menyeimbangkan badan. Rasa sakit pada anggota badan aku yang terluka itu aku tahan. Sakit!
Aku memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan ke hadapan. Bimbang jika terserempak dengan orang yang mengejar aku tadi. Langkah kaki aku diangkat secara perlahan-lahan. Lebih perlahan dari pergerakan siput. Pedih apabila kaki menjejak ke lantai hutan.
"HOIII PEREMPUANN!!"
Baru berapa tapak aku melangkah, bahu aku terhinjut dengan suara jerkahan dari arah belakang. Perasaan takut menyerbu! Antara nak, taknak aku menoleh ke arah suara itu.
Aku mengelengkan kepala.
"Kau gerak je, kepala kau bersepai aku tembak!" Arah lelaki itu. Amarannya membuatkan aku kaku. Peluh merinik di dahi aku.
"Cepat tangkap dia!" Arahnya kepada salah seorang anak buahnya. Mendengar sahaja arahan yang dikeluarkan oleh lelaki itu, tanpa diduga oleh aku sendiri, kaki aku melangkah ke hadapan. Mencuba untuk melarikan diri. Aku cuba!
BANG!!!
Aku terjelopok jatuh menyembah lantai hutan. Kepala lutut terhentak kuat pada ranting kayu yang patah. Sekali lagi, kaki sebelah aku kena tembak. Aku meraung kesakitan. Air mata jatuh berderai-derai.
Aku pusingkan badan, duduk menghadap ke arah tiga orang lelaki kejam yang mengejar serta menembak aku.
Lelaki yang diarahkan untuk menangkap aku, berjalan ke arah aku lalu duduk mencangkung di hadapan aku. Wajahnya agak sedikit terlihat dek kerana cahaya dari lampu suluh yang dipegang oleh salah seorang kawannya. Jarak mereka dengan kedudukan aku sekarang hanya empat meter je. Tak jauh dan tak juga dekat.
"Haish, kau ne. Menyusahkan orang je cari-cari kau. Rupa-rupanya kau masih ada kat sekitar sini."
"Kau nak apa daripada aku hah?!" Tengking ku. Dia mendengus kasar.
"Diamlah perempuan!!" Tangannya mengeluarkan pisau lipat lalu ditusuknya kuat pada bahagian paha kanan aku lalu ditariknya kasar pisau itu.
Geram dia dengan sikap 'menyusahkan' perempuan itu. Dia bukanlah jenis orang yang penyabar.
Spontan aku menjerit kuat akibat sakit dan nyilu terkena tusukan pisau lipat lelaki itu. Bebola mata aku yang tadinya melekat ke bahagian paha yang mengeluarkan darah pekat yang banyak kini beralih memandang lelaki itu. Kepalannya dipukul kuat oleh seorang lagi lelaki. Mereka sekarang sedang mengerumuni aku. Berdiri di hadapan aku. Lelaki yang duduk mencangkung itu, berdiri.
"Kau gila ke apa? Mati perempuan ne nanti, dengan kau-kau sekali yang akan mati dibunuh boss kita. Kau nak?!" Bentak lelaki yang memukul kepalanya tadi. Dia berdesis kemudian meludah ke tepi. Memberontak!
"Shhh~ Don't cry babygirl." Lelaki yang memegang senjata api itu tersenyum sinis. Aku cuak. Air mata semakin laju mengalir jatuh membasahi pipi. Degil!
"Kau nak paha kau yang sebelah tu mendapat nasib yang sama?" Soalnya lembut berbaur ancaman. Aku mengeleng-geleng kepala berkali-kali sebagai jawapan bagi persoalannya. Bukan persoalannya namun ancaman dari lelaki itu. Air mata aku paksa seka dengan lengan baju.
Takut dengan ancaman yang diterima lagipun mereka ini bukannya jenis yang dapat diduga. Silap haribulan, otak aku pula yang akan bersepai kena tembak.
"Good girl." Dia mengusap kepala aku yang berlapik dengan kain shawl. Kasar.
"Angkat dia." Arahnya kepada lelaki yang menikam paha aku dengan pisau itu tadi. Bertambah takut aku melihat wajah bengis lelaki itu. Lelaki itu mendengus kasar mendengar arahan dari ketuanya.
Kau tak sudi, aku lagilah tak ingin!
Lelaki itu sudah bersedia ingin mengangkat aku. Namun, pergerakannya terhenti. Kami dikejutkan dengan bunyi yang agak kuat dari ruang udara.
Helicopter itu kini berada tepat di atas kami. Lampu terang dihala ke arah tempat aku dan tiga orang lelaki itu berdiri. Aku menghalang cahaya itu menembusi ke dalam retina mata aku dengan belakang tapak tangan aku. Ada sedikit luka calar serta darah kering yang masih melekat pada telapak tangan aku.
Tanpa menunggu masa lama, seorang demi seorang rebah. Melihat akan situasi itu, lelaki yang ingin mengangkat aku tadi segera mendapatkan aku. Aku dipaksa berdiri. Dia berada di belakang aku, mengunci leherku dengan lengannya. Jijik! Keadaan kami terlampau dekat!
Aku menangis namun semakin kuat aku menangis, semakin dekat revolver itu diacukan ke arah dahi ku. Kepala lututku bergetar. Kaki aku seolah-olah terasa tidak memijak lantai hutan. Dia menguatkan lagi cengkaman pada leher aku. Menyuruh agar aku menyeimbangkan badan.
"KAU TURUN DARI SITU SEKARANG ATAU PEREMPUAN NE AKAN MATI MALAM NE JUGA!" Jerit lelaki itu, kuat.
Seorang lelaki berpakaian serba hitam meluncur laju menuruni helicopter dengan menggunakan tali.
"Lepaskan dia sebelum aku guna cara kasar." Arah lelaki yang sedang berdiri dihadapan aku. Wajahnya kelihatan samar-samar kerana saat ini sistem penglihatan aku dikaburi oleh air mata.
"Cara kasar? Woahh! Hey perempuan tengok tu your Knight In Shinning Armour tengah buat lawak. Geli hati aku dengar." Ejeknya dengan tawa kecil sambil membisik agak sedikit kuat ke arah cuping telinga aku yang berlapik itu.
Aku menolak bahuku kasar agar wajahnya menjauhi aku. Geram dengan tindakbalas aku, lelaki itu ingin menarik picu namun belum sempat dia bertindak.
Lelaki dihadapan aku ini membaling pisau ke arah tangan lelaki yang memegang revolver itu. Revolver itu jatuh. Lelaki itu berundur sedikit ke belakang, menyeringai menahan sakit manakala tangannya yang sebelah menahan lukanya. Pisau yang dibaling tadi tembus keluar dari tangannya.
Inilah dia akibat dari sikap tak reti nak sabar. Ditambah dengan pihak lawan yang pandai mengawal keadaan dan tanpa teragak-agak dia bertindak mengalahkan musuh.
Aku yang tadinya berdiri kini jatuh terduduk. Sakit. Melihat kejadian itu, aku menutup mata rapat-rapat. Seketika bunyi tembakan dilepaskan. Aku mendengar ada bunyi orang jatuh rebah. Perlahan-lahan mata dibuka. Lelaki itu, dia sudah tidak bernyawa lagi.
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un.
Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah tempat kita kembali.
To be continue...
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystère / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...