Chapter 31

571 28 3
                                    

                  Kuala Lumpur, Malaysia.

Petang tadi kedatangan aku, Madam Catherine, Emiliano dan juga Syiraz disambut oleh mama, keluarga maksu dan pakngah seorang. Makngah dan Kamelia, satu satunya anak tunggal makngah tidak datang menyambut kami di airport, KLIA atas alasan makngah kurang sihat jadi makngah minta anak perempuannya untuk menemaninya di rumah.

Sesi bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan serta bertanya khabar bagaikan tiada hari lain hendak melepaskan rindu. Akhirnya, paksu bersuara agar segera pulang memandangkan hari sudah mulai gelap.

Menyadari hal itu, drama air mata kami diselang dengan ketawa. Tak sedar masa berlalu terlalu cepat, sehingga tak menyedari hari dah nak malam.

Kami segera pulang ke rumah mama.

Setibanya dirumah, dua orang pembantu lelaki dan perempuan datang menyambut kami. Pembantu lelaki tanpa diberi arahan, mereka mengambil luggages milik aku dan tetamu mama lalu dihantar ke bilik masing-masing yang telah pun disediakan.

Salah seorang pembantu perempuan, datang menghampiri aku dengan senyumannya yang tak pernah lekang dibibir lalu menyorong kerusi roda masuk ke dalam rumah. Aku membalas dengan senyuman mesra.

Anehnya, tidak pernah pula aku nampak pembantu perempuan itu sebelum ini. Mungkin dia pembantu rumah baru. Manakala, pembantu perempuan yang seorang lagi tu membontoti mama dan makngah serta Madam Catherine masuk ke dalam rumah.

Paksu dan pihak lelaki yang lain turut masuk lalu duduk di atas sofa ruang tamu itu. Kerusi roda aku berada di sebelah mama yang sedang duduk di atas sofa panjang bersama-sama dengan Madam Catherine dan makngah.

Mereka sedang rancak berbual-bual. Hanya aku dan Syiraz saja yang lebih banyak berdiam diri dan hanya memerhati. Sesekali Syiraz bersuara namun itupun sepatah dua kata sahaja yang keluar meniti dibibirnya.

Dia tak nampak kekok berada dalam suasana baru ne tapi itulah perangai dia. Dia akan bersuara bila perlu dan penting sahaja.

Paksu yang tadinya rancak membuat lawak jenaka kini terdiam tatkala pakngah melontarkan soalan penuh tersirat kepada Syiraz. Dari awal kedatangan kami atau lebih tepatnya kedatangan Syiraz ke sini, dia sudah pun memasang wajah tegasnya.

Aku mengerut dahi. Kemudian bebola mataku bergerak memandang tepat ke arah kedudukan Syiraz yang berada di hadapan sebelah kanan aku. Wajahnya kelihatan tenang. Langsung tidak mengelabah saat mendengar soalan 'maut' daripada paknah.

Selalunya pakngah tak pernah bersikap seperti itu. Antara paksu dengan pakngah, pakngah lah yang paling suka buat lawak. Tapi hari ne, sikap pakngah berlainan dari kebiasaannya.

"Aku tanya lagi sekali, kau sungguh-sungguh dengan niat kau untuk menghalalkan anak saudara aku? Bukan atas dasar kau simpati pada nasibnya?" Sinis soalan itu diajukan oleh pakngah dan yang pastinya semua yang berada di situ terdiam.

Syiraz yang tadinya mendiamkan diri bersuara.

"Adakah pernikahan yang diawali dengan rasa simpati akan berkekalan lama?" Jeda.

Apa ne soalan dibalas dengan soalan. Masing-masing sedang menanti jawapan Syiraz dengan penuh debaran.

Berharap agar Syiraz tak terlepas cakap atau mengguris hati pakngah sebab belum pernah lagi aku nampak sisi pakngah yang ini.

"Tak perlu risau. Setelah dia.." Syiraz memalingkan wajahnya memandang tepat ke dalam retina mataku.

Satu aliran elektrik mengalir saat anak mata kami bertembung dan ianya membuatkan jantungku berdegup kencang. Tapak tangan sudah mulai mengeluarkan peluh.

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now