Chapter 23

625 38 6
                                    





Aku agak sedikit terkejut apabila ada tangan yang menepuk lembut bahuku. Aku mendonggakkan wajah memandang ke arahnya dengan pandangan yang agak sedikit trauma. Perasaan takut aku masih menebal.

Gila tak takut. Banyak perkara yang mengerikan terjadi dalam satu hari. Trauma.

"Dapat berdiri?" Soalnya. Nadanya terdengar hiba. Suaranya jelas menyatakan bahwa dia juga turut terluka melihat keadaan aku saat ini.

Aku mengelengkan kepala. Kedua belah kaki aku seakan tidak mampu menampung keseluruhan badan. Melihat reaksi yang diberikan oleh aku, dia terus duduk mencangkung di hadapan aku.

"Mia bella, I'm sorry. Its might hurt a little bit." Tuturnya lembut. Dia mengusap air mata yang jatuh dipipiku dengan sapu tangannya. Mata aku membuntang tatkala aku melihat dengan jelas wajah lelaki dihadapan aku ini. Lelaki itu memakai hoodie serta mask hitam. Anak matanya merenung tepat ke dalam retina mataku.

Siapa lagi kalau bukan Mr. Ace. Hanya dia saja yang memanggilku dengan gelaran itu. Aku tahu maksud gelaran itu, Mia bella stand for Beautiful. Entah apa yang cantiknya pun aku tak tahu. Masih menjadi tanda persoalan.

Lama aku merenung wajahnya seakan tidak percaya bahawa dia akan datang menyelamatkan aku. Lambat-lambat aku mengangguk kepala, faham akan maksud yang dia cuba sampaikan.

Dia mengoyakkan kain pada bajunya lalu dihulurkan pada aku. Menyuruh utk aku melilitkan kain itu pada paha dan betis aku sendiri. Dia memusingkan badannya ke belakang.Aku mengambil kain itu lalu dililitkan pada paha aku yang terkena tusukan pisau tadi. Aku mengigit bibir menahan sakit. Mata dipejam rapat saat tali ikatan itu aku ketatkan.
Lalu kedua belah tangan aku beralih ke arah betis, hal yang sama juga aku lakukan.

"Sudah." Kata aku sepatah. Dia lalu memusingkan badannya memandang ke arah aku. Senyuman tipis serta anggukan kecil dilemparkan ke arah aku, dia kemudiannya mencempung badanku dengan gaya bridal lalu berdiri.

"Sorry. Darurat. Hold me tight." Tuturnya. Aku menundukkan sedikit kepala, membenam di dada bidangnya, pipi membahang menahan malu.

Aku mengangkat kedua belah tangan lalu dibawa melingkari ke belakang lehernya. Mr. Ace berjalan menuju ke arah tali itu, namun bukan tali yang digunakannya semasa turun tadi. Tali itu sudah digantikan dengan tali lain, tali yang ada tempat pemijak berkaca tebal berserta dengan alat keselamatan yang dililitkan secara automatic pada badan Mr. Ace bagi mengelakkan dari terjatuh.

Tali yang kukuh itu perlahan-lahan membawa kami naik ke atas helicopter. Semakin tinggi kami naik, aku jadi semakin gayat. Kepala di jenguk memandang ke bawah. Tingginya!

"Mia bella, look at me." Tuturnya lembut.

Aku mengalihkan pandangan aku memandang wajah Mr. Ace. Dia tersenyum kecil. Lucu. Barangkali dia perasan wajah aku yang tak ubah seperti ayam berak kapur. Pucat semacam.

"Ss..sayaa.. takut.." Nada aku terketar-ketar tatkala menyuarakan dua baris ayat itu.

"Close your eyes, Mia bella. I'm here for you." Tanpa membantah, aku memejamkan kelopak mata rapat-rapat.

"Madam, shot her." Arah Mr. Ace kepada seseorang. Ya, arahan itu diberikan kepada Madam Catherine. Spontan aku membuka mata tatkala mendengar arahan lancang yang keluar dari bibir lelaki itu. Tidak menyangka.

'Shot?! Tembak?" Getus hati kecil ku. Mata aku melilau melihat keadaan sekeliling. Aku sudah pun berada di dalam helicopter itu.

"Thanks Luc." Ucap Mr. Ace kepada lelaki yang berdiri di sebelahnya. Tangan lelaki itu lincah mengatur alat keselamatan yang digunakan oleh Mr. Ace tadi. Lelaki yang digelar Luc itu hanya mengangguk sebelum kakinya dibawa menuju ke tempat duduk dimana ada seorang lagi lelaki yang aku tidak kenali. Lelaki itu hanya melihat sekejap saja ke arah aku kemudian mengalihkan pandangannya menuju ke arah Luc.

Luc melabuhkan punggungnya duduk bersebelahan dengan lelaki itu. Jarak mereka agak sedikit jauh. Luc kemudian mengambil senjata api lalu mengelap di seluruh permukaan senjata api itu.

Mr Ace membawa aku masuk ke suatu ruangan kecil bersama-sama dengan Madam Catherine.
Madam Catherine menghampiri aku, setelah Mr. Ace membaringkan aku perlahan-lahan di suatu sudut, tempat pembaringan.

"Mia bella, sleep." Arahnya lembut. Mr. Ace keluar dari ruangan kecil itu lalu pintu di tutup. Bebola mataku bergerak menghantar pemergian Mr. Ace. Sebelum pergi tadi Mr. Ace sempat mengusap sekejap di ubun-ubun kepalaku.

Hilang saja kelibat lelaki itu, bebola mata aku kini beralih memandang Madam yang sedang melabuhkan punggungnya, duduk di sebelah kanan aku. Dia senyum tipis memandang ke arah aku dan dari riak wajahnya, Madam sebak.

"Aira, madam minta maaf bagi pihak Mr. Ace sebab lambat untuk menyelamatkan Aira." Tuturnya sayu. Madam menatap wajahku hiba. Mesti hati tuanya dipagut sayu saat mendengar berita kemalangan aku dan Emiliano.

"Madam, Aira tak apa-apa. Aira bersyukur Mr. Ace dan madam sudi tolong Aira. Sekali lagi." Ujarku lemah. Air mata aku sudah mula bergenang. Madam mengelus lembut tanganku. Spontan aku membalas elusan tangan lembut madam. Tangannya lembut dan mampu mendamaikan jiwa aku yang sedang berperang dengan emosi berat.

"Madam, Aira nak air, boleh?" Soalku kepadanya. Haus. Aku penat dan sakit secara mental dan fizikal. Seluruh badan aku terasa nyilu. Keadaan aku sekarang dah serupa mayat hidup je. Tak ubah seperti nyawa-nyawa ikan. Wajah penuh dengan kesan calar dan darah kering. Ngeri!

"Boleh, apa pula yang tak bolehnya. Sekejap, madam tolong ambilkan untuk Aira." Madam dengan segera menggapai air mineral yang terletak di atas meja itu. Dia membuka penutup botol lalu mengangkat sedikit bahagian leher aku agar aku dapat minum air mineral itu tanpa menumpahkannya. Selesai saja madam menyuakan minuman itu ke mulutku. Dia menutup semula penutup botol itu.

Aku menyeringai sakit. Luka pada abdomen aku semakin terasa nyilu.

"Aira.. Kenapa ne? Dekat mana yang sakit?" Madam sudah mulai risau. Dia mengamati wajahku. Menanti aku menjawab pertanyaannya.

"Abdomen Aira. Perih sangat madam." Jujurku. Air mata jatuh membasahi pipi tanpa dipinta. Terasa sakit isi kulit abdomen aku. Badanku agak terangkat sedikit menahan sakit.

"Sekejap. Tahan sikit ya Aira.. " Ujar madam. Aku mengangguk kecil. Bibir dikemam rapat. Ingin rasanya menjerit, melepaskan rasa sakit ini. Aku dah tak tahan dengan sakit yang aku rasakan sekarang.

Madam memasangkan glove pada kedua belah tangannya. Picagari dikeluarkan. Madam menyelak baju sehingga ke paras siku lalu disuntiknya picagari itu ke lenganku. Madam menarik perlahan jarum picagari. Cecair itu berjaya dimasukkan ke dalam badan aku.

Itulah yang dimaksudkan oleh Mr. Ace tadi, dia menyuruh madam menyuntik cecair itu ke dalam badanku. Selang beberapa minit, sistem penglihatan aku menjadi kabur sebelum kelopak mata terkatup rapat.

Blank.


To be continue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue...

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now