Chapter 27

625 36 3
                                    

             "Mama terkejut bila semua ne terjadi dekat anak mama dan yang membuatkan mama bertambah terkejut bila orang yang menghubungi mama tempoh hari tu ialah lelaki, Arshan Syiraz katanya dia berkeras nak jaga Inaya kat sana. Dia siap cakap nak kahwin dengan Inaya secepat yang mungkin." Di corong telefon, aku mendengar mama tergelak kecil dihujung ayatnya.

Pada awalnya, dia tak percaya tapi memandangkan lelaki itu seolah olah mengetahui rahsia yang disembunyikan oleh suaminya dari pengetahuan anaknya, dia terpaksa akur dengan keputusan lelaki itu.

Kalau dengan pernikahan itu dapat melindungi anaknya dari ancaman musuh arwah suaminya, dia izinkan. Hati ibu mana yang tak sedih saat berita tentang anaknya diburu oleh musuh arwah suaminya itu dikhabarkan kepadanya.

Dari awal anaknya membuat keputusan hendak pergi ke luar negara seorang diri, dia dah rasa tak sedap hati tapi memandangkan dia taknak menimbulkan rasa curiga anaknya, terpaksa dia mengizinkan anaknya bercuti ke Italy.

Aku hanya diam mengamati setiap perbualan antara aku dan mama. Otak aku ligat memikirkan tentang Syiraz yang melamarku secara mengejut. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja kena lamar.

Cinta?

Untuk perkenalan yang terlalu singkat ne, memang taklah jawabnya.

"Mama harap Inaya dapat buat pilihan yang mana terbaik untuk diri Inaya." Sambung mama lagi. Aku mengangguk.

"In Sha Allah ma."

Setelah berbalas salam, talian dimatikan. Aku menghela nafas berat. Serentak itu aku terkejut kerana pintu bilikku diketuk. Inilah akibatnya kalau badan kat sini tapi otak melayang ke angkasa lepas.

Terdengar suara Madam memanggil namaku dari luar bilik. Aku mengizinkannya masuk.

Aku membetulkan posisi dudukku seraya itu wajah anggun Madam Catherine menyapa penglihatanku. Aku melemparkan senyuman kelat ke arahnya. Madam Catherine berjalan menuju ke arah katilku lalu melabuhkan punggungnya di birai katil.

Tanpa dipinta, Madam meraih tanganku. Dia mengusap perlahan tanganku dengan gaya seakan memujukku. Aku pun tak pasti kenapa.

Mungkin dia tahu bahawa aku sekarang ne masih berada dalam keadaan yang kurang stabil. Emosi aku ne bila bila masa je boleh berubah.

"Aira, ok?" Madam Catherine memulakan bicaranya. Ingin memastikan aku ok ataupun tidak.

"Aira ok je ne madam." Aku membalas usapan lembut pada tangannya. Terbit rasa kasihanku padanya. Selama ne, aku terlalu banyak menyusahkan wanita ini. Dan sekarang, dengan keadaan aku yang lumpuh..

Aku jeda seketika. Tak mahu terus menerus memikirkan nasib malang yang menimpa aku. Risau jika aku menangis dihadapannya nanti.

"Kenapa madam?" Soalku setelah aku menerima anggukan serta senyuman kecil daripada madam.

"Takda apalah Aira. Madam ne sebenarnya nak bawa Aira makan. Aira belum makan malam lagi kan?" Madam segera menukar topik kepada niat asalnya dia datang menemui gadis itu.

Bila teringat kembali topik perbualannya dengan Syiraz semasa dia terserempak dengan Syiraz yang baru sahaja keluar dari dalam bilik kerjanya tadi. Syiraz memberitahunya untuk memanggil gadis itu makan malam bersama-sama.

Aku mengangguk. Madam menarik kerusi roda. Perlahan dia memapah aku duduk di atas kerusi roda itu. Madam menolak perlahan kerusi roda itu keluar dari bilik lalu membawa aku masuk ke dalam perut lift. Madam menekan punat lift itu.

Setibanya diruang makan, aku melihat Syiraz dan Emiliano sedang berbincang mengenai sesuatu. Wajah masing-masing memaparkan ketegangan. Mungkin mereka sedang berbincang tentang hal kerja sebab tu serius saja.

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now