Syiraz duduk di kerusi yang terletak pada sudut balkoni, bersebelahan dengan meja bulat. Dia mendongak memandang ke dada langit, melihat cakrawala yang diterangi cahaya bulan.
Tanpa disedarinya, belakang badannya terasa hangat dek kerana kehadiran seseorang. Tangan itu dengan perlahan menjalar di bahagian bahu tegapnya. Sebelum dipeluk lembut.
"Awak buat apa kat sini?" Soal aku kepadanya dengan nada lembut. Kepala ditundukkan sedikit sehingga pipiku berlaga dengan pipi Syiraz.
Syiraz menarik lembut tangan ku lalu mengarahkan aku untuk duduk diatas ribanya. Tanpa membantah, aku akur.
"Kenapa tak tidur lagi?" Soalnya, anak matanya memandang lunak ke seluruh laman wajahku dan mata kami bertembung. Namun tak lama.
"Belum mengantuk." Jawabku dengan nada buat-buat merajuk. Apa ni soalan aku dia belum jawab lagi.
"Tadi kata penat, balik rumah terus nak tidur."
"Memanglah penat, tapi awak takda nak teman saya tidur. Memandangkan awak tak teman saya, jadi lagi bagus kalau saya sendiri yang temankan awak dekat sini. Ada juga teman kan."
Syiraz senyum tipis. Ada-ada je jawapan yang keluar dari bibir mungil isterinya itu.
"Jomlah kita sama-sama tengok bintang ke. Tengok bulan. Tu haa.. Cantiknya cahaya bulan malam ne." Dalam berseloroh, terbit rasa teruja. Bukannya selalu dating tengah malam macam ne dengan Encik Suami!
"Cantik lagi wajah isteri aku." Syiraz ralit merenung wajah isterinya. Wajah itulah yang sentiasa dirindui tika mereka berjauhan dan wajah itu jugalah yang sentiasa menenangkan hatinya dikala gundah gulana.
"Cliche!" Aku bingkas bangun dari ribanya.
"Nak kemana?" Syiraz menahan tanganku dari terus bergerak.
"Duduk kat situ." Jari telunjukku menunjuk ke arah bangku yang berada tak jauh disebelahnya. Usai sahaja aku melabuhkan punggung, Syiraz kemudian menarik bangku itu berada dekat dengannya. Aku tersenyum.
'Nak dekat-dekat je kerja dia.'
Angin malam yang sepatutnya sejuk terasa hangat pula apabila diberi perihatian sebegitu rupa.
"Kau borak apa je dengan Büyükanne tadi?"
"Emm.. Pasal parents awak." Nada gugupku ditahan agar tidak ketara sangat. Ragu-ragu hendak menjawab soalannya itu. Bimbang jika itu akan trigger balik trauma di masa lampaunya.
"Ouh." Syiraz hanya menjawab sepatah. Tatkala ini aku tak dapat nak mentafsir disebalik riak wajah tenang yang dia cuba selindungkan.
"Awak.. Tak marah?" Soalan apakah itu Aira! Aku menggigit bawah bibir. Membentak diri.
"Tak. Kenapa nak marah kau pula?" Dia memandang ku hairan.
"Sebab saya sepatutnya tanya awak terlebih dahulu mengenai keluarga awak. Saya risau mana tahu awak berkecil hati dengan saya."
"Lambat laun kau akan tahu juga mengenai hal keluarga aku. Sama ada kau akan dengar dari mulut aku atau kau akan dengar daripada mulut orang lain. Aku tak kisah. Its not a big deal to me. Benda dah lepas." Ujarnya selamba.
"But still.. kan lagi bagus kalau saya dengar cerita tentang keluarga awak dari mulut awak sendiri."
Syiraz menarik lembut tangan ku lalu menyatukan jari jemariku dengan jari jemarinya yang runcing. Mataku melirik urat hijau yang timbul pada tangannya tanpa perlu dikeraskan. Terserlah aura maskulinnya.
Syiraz bangun dari tempat duduknya lalu memandang ke arah aku. "Jom."
"Nak kemana?" Soalku terpinga-pinga. Syiraz tidak menjawab. Malah dia menghulurkan tangannya lalu disambut oleh aku, ragu-ragu. Aku mengikut kemana saja hala kakinya dituju.
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...