Chapter 17

659 36 2
                                    

        

        "Syiraz, macam mana awak tahu saya dengan Emiliano ada kat sini?" Tanya aku dengan pelik. Pagi tadi takda pula dia nak bagitahu akan teman aku dan Emiliano. Aku memandangnya dengan dahi berkerut. Syiraz sedang mengendong seekor anak kucing.

Eh, macam Uteh je tu?

"I have my own way." Ujarnya sambil membelai si Uteh.

"Mana awak jumpa Uteh? Dia baru je tadi lari dari Emiliano." Aku memandang Emiliano yang sedang mencebirkan bibirnya. Merajuk dengan si Uteh lah tu.

Syiraz menjongketkan kedua belah bahunya. Dia berjalan menuju ke arah buaian lalu meletakkan kucing itu ke atas buaian.

Syiraz memusingkan badannya menghadap aku dan Emiliano yang masih menunggu jawapannya. Sebenarnya aku yang inginkan jawapan itu bukannya Emiliano. Dari gayanya dia sudah mengetahui kenapa Syiraz datang mengejut.

Dia dah lama kenal dengan perangai Syiraz. Bukannya dia tak tahu isi hati sebenar lelaki itu. Walaupun berkali-kali Syiraz menafikannya, dia sudah boleh nampak perubahan jelas ketara saat gadis disebelahnya itu muncul dalam kehidupan kawannya itu.

"Dah puas jalan-jalan?" Soal Syiraz. Dia memalingkan semula badannya saat mendengar kucing itu mengeow ke arahnya.

"Awak tanya saya ke, awak tanya kucing?" Tanya aku. Takut-takut TERperasan pula kalau aku jawab soalan dia tu. Ye lah, orang kalau dah bertanya tu pandanglah muka orang yang ditanya. Ne tidak!

"Kau." Jawabnya sepatah.

"Belum lagi."

"Aira nak pergi mana lagi lepas ne?" Tanya Emiliano. Nadanya bertukar ceria. Seronok agaknya dia ne jadi tourist guide tak berbayar.

"Tak tahu lah nak pergi mana." Nadaku terdengar sedikit kecewa. Tak puas jalan-jalan lagi tapi tak tahu nak pergi mana.

"Jom." Ajak Syiraz sepatah.

Aku dan Emiliano berpandangan sebelum masing-masing mengangkat bahu. Kami berdua mengejar langkah kaki Syiraz yang sedikit jauh meninggalkan aku dan Emiliano dibelakang.

Trastevere. Ya kami kini berada di Trastevere yang kiri dan kanannya rata-ratanya kedai yang menjual pelbagai jenis makanan. Setelah itu kami menggunakan Garibaldi, dalam perjalanan aku melihat fountain berwarna putih. Tak lama itu, aku melihat Garibaldi statue.

Syiraz menuruni anak tangga diikuti aku dengan Emiliano membuntutinya daripada belakang. Terasa semput pula turun tangga ne dengan kawasan yang agak berbukit sedikit.

Sampai sahaja di destinasi yang dibawa oleh Syiraz. Aku menekup mulut. Rata-rata orang yang ada disitu sedang menunggu pertunjukan 'Cannon Shot'!

"UNO!"

"DUE!"

"TRE!"

Aku melaungkan penggiraan bersama dengan orang yang turut sama menyaksikan pertunjukan itu.

SHOT!!

Bunyi kuat terhasil. Rata-rata yang ada disitu bertepuk tangan. Senyuman lebar diukirkan pada wajah masing-masing. Aku menoleh memandang reaksi wajah Syiraz. Dia hanya menyaksikan pertunjukkan itu sekilas kemudian wajahnya diarahkan memandang wajahku. Aku menundukkan kepala.

Syiraz membongkokkan sedikit badannya untuk menyamai ketinggian ku. Dia mendekatkan wajahnya di bahagian kanan wajahku. Lalu bercakap separa berbisik.

"Jangan pandang sangat nanti terjatuh hati." Ejeknya. Aku merasa pipiku kini membahang menahan malu. Kantoi lah tu.

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now