Chapter 25

658 39 3
                                    

        

            
            "Lumpuh?!" Aku terkejut mendengar pernyataan yang keluar dari mulut doktor perempuan yang sedang berdiri di sebelah katilku. Tak sangka diusia macam ne aku tak dapat nak berjalan macam orang lain.

"Ya, Airaa.. Luka tembakan dengan tusukan pada kaki awak menyebabkan kaki awak lumpuh. Bukan tu je, kesan kemalangan menyebabkan tulang belakang awak.. Injured." Ujar doktor itu dengan nada yang agak sedikit sayu. Bersimpati dengan nasib pesakitnya.

"You mean, Paraplegia." Soalku menuntut kepastian.

"I bet you already know the causes since you're a doctor too. Dr. Aira Inaya." Ujar doktor perempuan itu.

Aku mengangguk. Faham dengan apa yang doktor itu sedang sampaikan. Aku cuba memaparkan riak wajah tenang walaupun dalam hati aku sekarang ne sedang berkecamuk.

"Doktor.." Bebola mata aku bergerak mencari-cari nametag pada kot putih yang melekap pada badannya.

"Nur Erina Zandy. Just called me Dr. Erin." Cantasnya sambil senyum tak lekang dibibir. Aku membalas senyuman itu.

••¢••

Arshan Syiraz masuk ke dalam ruangan bilik hospital itu. Semalam dia dah bagitahu awal-awal yang dia akan bawa gadis itu balik ke rumah. Rumah Madam Catherine.

Sistem penglihatannya melihat gadis itu sedang duduk di kerusi roda yang tengah ralit melihat ke arah luar jendela dengan pakaiannya sudah diganti. Gadis itu memakai nude blause style baggy dengan plain white skirt, digayakan sekali dengan white belt dan shawl berwarna putih. Sempurna pada pandangan matanya.

Namun sayang, sejak kemalangan seminggu yang lepas, gadis yang duduk membelakanginya itu selalu termenung. Wajahnya dah tak seceria dulu. Pernah sekali dia mendengar gadis itu menangis teresak-esak sewaktu dia ingin memeriksa keadaannya. Pilu hatinya melihat nasib yang menimpa gadis itu.

"Ehemm.." Langkah kakinya dibawa menuju ke arah gadis itu, Syiraz berdiri disebelah kanannya.

Lamunan aku terhenti tatkala mendengar suara orang berdehem, aku mengangkat wajahku melihat ke arahnya. Retina mataku melihat Syiraz sedang berdiri disebelahku dengan wajahnya tenangnya. Dia mengangkat sedikit bahagian tepi bibirnya, hanya sesaat. Aku membalas senyumannya. Kelat.

Mana tak kelat, kalau nak senyum tu senyumlah betul-betul. Senyum sampai ke telinga, ini tak. Haish.

"Awak dah bagitahu family saya yang saya belum dapat balik Malaysia lagi?" Soalku kepadanya. Bebola mata aku digerakkan semula melihat ke arah luar jendela itu. Memikirkan hal itu je dah buat aku bertambah sedih.

Aku rindu mama.

Air mata dah mula bergenang di tubir mata namun cepat-cepat aku seka dengan belakang tapak tangan.

"Dah. Kau jangan fikirkan sangat tentang hal tu. Sekarang ne kau cuma perlu focus untuk sembuh je." Ujarnya dengan nada suara mendatar. Kedua belah tangannya mencapai pemegang kerusi roda itu.

"Jom. Balik." Dia menarik kerusi roda itu menuju ke arah pintu bilik itu.

"Tak boleh ke saya balik Malaysia even dengan keadaan macam ne?" Soalku, kepala didongakkan sedikit untuk melihat reaksi Syiraz.

Syiraz menghentikan langkah. Dia menundukkan wajahnya memandang aku. Aku mengerut dahi, menanti jawapan darinya.

"Tak. Biar aku yang jaga kau." Syiraz memandang semula ke hadapan. Dia meneruskan semula perjalanan mereka.

Aku mencebik, tak puas hati.

Sampai sahaja di tempat letak kereta. Syiraz meminta bantuan dari dua orang Nurse perempuan untuk memapah aku masuk ke dalam perut kereta, pintu kereta ditutup oleh Syiraz.

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now