Keluar sahaja dari Operating room, aku masuk ke ruang kerja lalu melabuhkan punggungku di atas kerusi.Laptop yang berada di atas meja, ku buka. Jari jemariku ligat mengetik keyboard. Fail peribadi pesakit aku selak. Satu persatu aku teliti.
Tangan ku terhenti pada salah satu fail peribadi milik pesakitku. Fail itu menarik perhatianku. Ada sesuatu hal yang ganjil mengenai maklumat tentang prosedur pembedahannya.
Kemudian ku belek semula bahagian hadapan fail untuk melihat nama pesakit sekali lagi.
Huruf namanya bertukar tempat. Menyusun perkataan yang baru.
Ts. Zamri bin Mohd.
Membuntang mataku. Papa!
Tak mungkin. Berkali kali aku mengelengkan kepala.
Aku tersentak. Wajah ku angkat memandang ke arah pintu. Pintu diketuk kuat tapi takdalah kuat sangat sampai nak roboh pintu bilik tu.
Entah kenapa tiba tiba gegedang telingaku mendengar suara papa dari luar.
Jantungku berdegup laju, perlahan lahan kaki ku melangkah ke arah pintu. Saat ini tanganku tidak mahu bekerjasama dengan hati.
Perasaan ingin tahu semakin membuak buak. Tombol pintu kupulas perlahan. Pintu dibuka.
Terpempan wajah bersih papa. Papa melemparkan senyumannya. Aku tergaman. Keadaan ku masih statik di situ.
Sukar untuk ditafsir dengan keadaan sekarang. Kalau ini mimpi tolong jangan sedarkan aku ke dunia realiti.
Wajah dihadapanku ini, wajah yang sangat aku rindui. Pemergian papa adalah atas kesilapanku. Walaupun waktu itu Dr. Aiman berkeras menyangkalkan bahwa prosedur semasa berada di dalam OR adalah bukan berpunca dari kesalahan teknikal yang aku lakukan.
Tanpa sedar air mataku jatuh membasahi pipi. Papa mendepakan tangannya. Isyarat pelukan diberi.
Senyumannya tak lekang dari bibir.
Belum sempat aku ingin memeluknya, terasa nyeri dibahagian abdomen ku. Ada objek tajam yang menikam dari belakang sehingga tembus ke bahagian depan perut.
Penglihatan samar yang tadinya masih tersisa air mata, ku tundukkan. Berderau jantung apabila aku melihat mata pisau yang terkeluar menembus perut.
Figura di belakangku menarik pisau itu dengan pantas tanpa rasa teragak agak. Tanpa rasa kasihan. Seolah nyawa ku adalah permainan baginya.
Badanku jadi sedikit terbongkok ke depan lalu ditegakkan semula bagi mengimbangi badan agar tak jatuh tersungkur.
Bibirku mengeluarkan cecairan darah pekat. Percikan darah akibat batuk terkena pada pakaian putih bersih papa.
Tangan kanan dipempan ke mulut manakala tangan kiri masih menahan perut agar darah tak keluar banyak sedari tadi.
Dalam menahan kesakitan, aku mengerut dahi, semakin lama kelibat papa semakin menghilang.
Aku mengangkat tangan kanan ku ke hadapan untuk mencuba menggapai papa dengan harapan papa akan berhenti namun sangkaan ku meleset dengan sekelip mata kelibat papa sudah tiada di depan mata.
Lesap.
Aku dapat merasakan figura yang berdiri tepat di belakangku itu tadi kemudian perlahan lahan mengundurkan diri. Terdengar dengan jelas bunyi tapak kasutnya.
Ktok ktok ktok.
Tak lama kemudian bunyi suara ketawa milik seorang lelaki silih berganti. Dapat dirasakan bahwa lelaki itu sedang ketawa tanda berpuas hati. Atau mungkin gila!
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...