Emiliano yang hanya fokus memandang ke hadapan tanpa menoleh ke arah aku bersuara lagi.
"Kenapa Aira?" Hairan dia apabila dari ekoran matanya mengerling sekilas ke arah aku yang masih membelek satu persatu fabrik yang ada pada kain itu.
Sapu tangan yang diberi oleh Emiliano di pandang silih berganti dengan sapu tangan Syiraz. Sekejap dilibas ke kiri sekejap dilibas ke kanan.
Aku baru perasan yang benang halus mengukir bentuk salju itu lebih kemas serta unik rekaan jahitannya. Berkali-kali aku menenyeh bahagian kelopak mataku. Jelas dipenglihatan anak mata aku bebenang itu mengukirkan bentuk salju separuh siap yang ditepinya membentuk kaligraf huruf L.
Bukan seingat aku, tempoh hari masa aku melihat sapu tangan itu, bentuknya diukir salju sahaja. Tak pula aku perasan kaligraf L itu. Sama! Cuma warna saja yang berbeza. Sapu tangan itu berwarna hitam pekat manakala jahitan salju berkaligraf L itu berlainan warna. Cantik!
Aku memalingkan wajah memandang Emiliano yang sedang fokus memandu. Diaorang berdua ne memang kembar ke apa? Sapu tangan pun hampir sama. Cuma watak mereka ne je lah yang berbeza. Yang sorang tu tak habis-habis dengan perangai kerek dia, yang dekat sebelah aku ne pula, hmm dia ne jenis yang boleh dibawa bincang. Bolehlah.
"Jangan tenung saya lama-lama Aira. Someone will get jealous. Don't make he mad, if don't.." Ujarnya dengan nada sedikit tegas namun ayat dihujung terpaksa digantungkannya. Saja nak buat orang cuak lah tu. Wajahnya tetap tidak berganjak. Masih menumpukan perhatian pada pemanduannya. Tidak menoleh sedikit pun ke arah aku namun anak matanya dapat menangkap reaksi aku yang menatapnya melalui cermin hadapan kereta.
"Kalau tak apa?" Balas aku dengan nada tak puas hati. Aku tak suka orang bercakap separuh-separuh ne. Boleh jadi bahan gaduh kalau macam ne. Tak memasal overthinking pula nanti.
"Kepala hilang daripada badan." Ujarnya dengan wajah serious. Dia memandang ke arah aku sekilas sebelum memandang ke hadapan semula.
Tak nampak pada wajah Emiliano menunjukkan tanda-tanda yang dia sedang bergurau. Tak sama sekali. Dia tak bermain saat mengutarakan ayat itu.
Aku meneguk air liur kasar. Entah kenapa bunyi itu seumpama ugutan di pendengaran aku.
"Tapi bukan kau yang kena. Aku." Dah ber-kau-aku pula dah. Lagi bertambah cuak aku. Aku jadi tak senang duduk.
"He will not dare to harm you. Well, he might can but he won't do that."
"Di..dia tu siapa?" Suara aku terketar-ketar menahan ketakutan. Tak ubah gaya seperti cacing kepanasan. Gelisah!
Emiliano yang sedar akan perubahan tingkah laku aku, menghamburkan ketawa. Tangannya yang satu itu sedang menahan perut akibat senak mengetawakan aku. Geli hati mungkin dengan reaksi cuak yang aku tak mampu nak sembunyikan.
"Just kidding. Saya bergurau je lah Aira. Tak payah lah buat muka macam tu." Sisa tawanya masih kedengaran. Puas hati agaknya menyakat aku.
"Hish, kalau ye pun bergurau janganlah sampai mention kena pancung kepala. Ingat kita ne dekat zaman carnibal ke apa?" Suara aku sudah beransur lega. Aku membetulkan tempat duduk, wajah sengaja aku paling kan ke arah cermin, memandang keluar.
Kiri kanan masih hutan. Gelap. Masih lama lagi ke nak sampai airport ne. Lebuh raya pun belum kelihatan.
Carnibal? Bulu roma aku menegak. Fikiran tengah bermain dengan imaginasi. Dalam hutan ne agak-agak ada manusia tak yang tinggal? Manusia carnibal. Seram pula bila difikir-fikirkan. Macam-macam scene mengerikan serta menjijikkan dah bermain di benak aku sekarang.
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...