Terdengar bunyi tembakan yang disasarkan dari arah kanan. Spontan badan aku menoleh ke belakang. Yang lebih tepatnya, menoleh ke arah bunyi tembakan yang dilepaskan tadi. Tembakan itu tidak ditujukan ke arah aku.
Perasaan bercampur lega dan gelisah. Serta merta. Mana taknya, kedudukan musuh saat ini sangat hampir dengan aku.
Aku pantas melangkahkan kaki bersembunyi di sebalik kayu besar dibahagian tepinya yang ada satu lubang sederhana besar namun penuh dengan daun-daun dan ranting kayu yang melingkar. Aku menyorok dibalik tempat itu.
"Apa yang kau tembak tu bangang?!" Tengking salah seorang daripada mereka. Mereka berjalan semakin menghampiri ke tempat persembunyian aku. Aku menekup mulut manakala mata dikatup sekuat yang mungkin. Risau jika tempat persembunyian ku diketahui oleh mereka.
"Aku nampak dekat bushes tu bergerak-gerak tadi. Dekat sana." Jawab lelaki itu. Terketar-ketar suaranya, takut kena marah. Mungkin. Dia sedar akan kesilapannya yang bakal mengundang kemarahan tuannya.
"Weh, mana ada apa-apa kat sana. Angin malam kut." Suara seorang lagi lelaki menyapa ke halwa telinga aku. Kawan kepada lelaki yang kena marah tadi.
"Blahh lah! Pergi cari perempuan tu cepat. Aku tak rasa perempuan tu lari jauh dalam hutan ne." Arah ketua mereka.
"Baik boss!" Kedua orang lelaki itu serentak menjawab arahan dari tuan mereka.
Aku melihat mereka sedang berlari menuju ke arah hadapan. Hilang saja kelibat mereka, aku menghela nafas. Lega.
Mujur ada tempat untuk aku berlindung. Jika nak diteruskan larian dengan kaki aku yang terhinjut-hinjut ne, belum tentu aku akan selamat dan belum tentu aku dapat lari jauh dari mereka.
Dengan perlahan aku keluar dari tempat persembunyian aku. Aku duduk bersandar dibawah pokok besar itu. Kaki dilunjurkan kehadapan.
Kepala ditundukkan memandang ke arah bahagian abdomen aku. Membuntang mata aku tatkala melihat serpihan kaca yang bersaiz sederhana besar itu tertusuk ke dalam bahagian kulit abdomen aku. Kulit abdomen aku koyak. Darah pekat mengalir. Kain jubah yang melekap pada badan aku basah akibat darah itu.
Patutlah terasa nyilu di bahagian itu dan disebabkan terlampau memikirkan cara untuk melarikan diri dari ditangkap oleh pihak musuh, aku sampai tak perasan dengan keadaan diri sendiri yang sedang luka parah.
Panik punya pasal!
Sekarang ne apa yang harus aku lakukan ialah aku kena rawat luka ne. Serpihan kaca itu aku biarkan tanpa perlu mencabutnya. Risau jika dicabut nanti, darah akan keluar semakin banyak. Risiko kekurangan darah amat tinggi jika aku mengambil keputusan sedemikian.
Tanpa membuang masa, aku mengoyakkan bahagian hujung kain jubah. Kain itu aku lilitkan pada bahagian betis yang terkena tembakan tadi. Aku mengikat kain itu agak sedikit kuat dan perkara itu membuatkan aku nengerang kesakitan. Bibir digigit kuat. Nyilu, itu yang aku rasakan apabila isi kulit terasa ditekan.
Selesai sahaja melilit luka dengan kain. Aku menyandarkan kepala pada pokok itu. Kepala didongakkan sedikit ke atas. Dada langit yang sedikit terbias itu, ditatap lama. Bintang-bintang bertebaran. Indah.
Orang lain menikmati pemandangan malam yang bertemankan cahaya bintang dalam situasi yang menyenangkan. Bergurau senda dengan orang tercinta dan disaksikan oleh bintang yang berkerlipan.
Sedangkan aku?
Aku hanya mampu menyaksikan langit malam dengan keadaan yang sangat memilukan. Seperti sekarang.
"Ya Allah.. Aku merayu sangat-sangat. Lindungi aku." Tuturku sayu. Saat ini aku merasa sangat tidak bermaya. Aku seakan putus harapan. Hanya doa saja yang mampu aku panjatkan.
Tiba-tiba kepala aku terasa berpinar-pinar. Aku mendesis sakit. Tangan kanan diangkat memijat dahi berkali-kali.
Sedang leka mengurut dahi, fikiran aku melayang memikirkan keadaan Emiliano. Menyesal aku membiarkan dia berada di dalam kereta itu seorang diri. Kan bagus kalau saat ini, dia duduk bersebelahan dengan aku. Sama-sama melarikan diri dari musuh.
Nafas berat dilepaskan.
Aku menekup muka dengan kedua belah telapak tangan. Menangis sepuas hati bagai tiada hari lain. Pelbagai jenis emosi yang menyapa sanubari. Lemah!
Telapak tangan dijatuhkan ke riba daripada menekup wajah aku. Nafas yang tidak teratur ditenangkan. Air mata diseka kasar. Bebola mata aku jatuh ke arah gelang yang masih setia berada di pergelangan tangan aku.
Gelang pemberian Arshan Syiraz.
Gelang berbentuk hati itu ditilik dengan penuh teliti. Butiran air mata yang tadinya berjaya diseka kini jatuh berderai. Cengeng sangat aku ne.
Jari jemari aku mengusap lembut gelang itu. Kemudian aku membuka gelang dari pergelangan tangan dan meletakkannya di atas telapak tangan.
Dahi aku berkerut tatkala melihat gelang yang berbentuk hati itu ada lampu kecil yang berkelip-kelip, memancarkan cahaya berwarna biru. Aku meletakkan ibu jari pada bahagian itu. Tanpa semena, gelang itu memancar ke atas. Aku terpana melihat hologram yang membentuk keyboard kecil yang ada nombor. Holographic Bracelet for security.
"Nak kena taip nombor apa ne?" Soalku sendiri.
"Try taip nombor telefon Madam Catherine." Cadangku. Hanya nombor telefon madam saja yang aku tahu. Nombor telefon Syiraz dan Mr. Ace aku tak tahu dan tak pernah minta pun nombor diaorang berdua tu.
'CODE IS INVALID"
"Nombor apa nak kena tekan ne?" Keluh aku.
"Tarikh lahir aku?" Kening dijongket ke atas. Jari jemari aku lincah menaip nombor tarikh lahir.
Still sama! Code tak sah katanya. Aku sudah mula panik. Percubaan kali kedua gagal.
Nombor alamat rumah, nombor plat kereta, tarikh pertemuan pertama aku dengan Syiraz pun tetap tak sah juga. Aku menghela nafas berat. Makin sakit kepala aku memikirkan code apa yang betul.
"Think Aira, Think!"
Tiga puluh minit aku membazirkan masa 'try and error'. Nombor-nombor yang aku tekan semuanya tak tepat. Usaha aku langsung tak membuahkan hasil.
SECRET CODE!!
Ya, aku baru teringat tentang code rahsia itu.
Tanpa membuang masa, jari jemari aku menaip angka dua tujuh enam. Code itu bermaksud 'Help Me!' atau 'Help Me Please!'.
SEND!
"Alhamdulillah." Tuturku girang. Aku menekup wajah sambil menangis. Lega. Sesekali, aku menyeringai menahan sakit di bahagian abdomen. Luka itu tak terlalu besar, sederhana saja namun serpihan kaca itu agak bergesel dengan isi kulit aku menyebabkan ia koyak sedikit di bahagian tepi. Anggaran untuk saiz serpihan kaca itu adalah lima centimeter namun kulit aku terbuka dalam enam centimeter lebih.
Nyilu!
To be continue...
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...