Majlis Persandingan akan bermula 10 minit je lagi. Majlis ne dipenuhi dengan pelbagai lapisan status sosial. Bermula dari kenalan mama dan papa sehingga ke kenalan belah pihak lelaki. Bahkan anak-anak yatim serta orang yang kurang berkemampuan juga turut memeriahkan lagi majlis persandingan kedua mempelai;
Arshan Syiraz dan Aira Inaya.
Pasangan sejoli, sama kacak sama cantik.
"Mana pengantin lelaki dan perempuan kita ne? Lambat lagi ke tu?" Ucap juru pengacara majlis. Siapa lagi kalau bukan Emiliano. Syiraz suruh dia jadi pengapit, dia taknak.
Boleh pula dia kata, jadi pengapit ne membosankan. Tugasnya hanya mengipas orang je. Haram jadah punya member.
"Haa dah sampai pun pengantin lelaki dan pengantin perempuan kita.. music please." Arah Emiliano.
"Awak, kita dah sampai ne. Awak dah boleh letak saya dekat atas kerusi roda." Soalku kepadanya.
"No need, Mia bella." Ujarnya sambil menatap anak mataku dengan senyuman terukir indah dibibirnya.
Senyumannya dibalas sederhana. Mataku memandang ke arah pentas itu. Lama lagi nak sampai ke arah tempat duduk itu.
"Awak tak penat ke dukung saya ne?" Soalku serba salah. Dia hanya membalas dengan gelengan kepala. Tatkala kakinya memijak selangkah ke arah pentas itu.
Lagu pun berkemundang, mengiringi setiap langkah kami.
Oh, no, did I get too close?
Oh did I almost see what's really on the inside?Seraya itu, terdengar tepukan demi tepukan yang memeriahkan lagi suasana berganti dengan alunan musik itu.
All you insecurities
All the dirty laundry
Never made me blink one timeUnconditional, Unconditionally
I will love you unconditionally
There is no fear now
Let go and just be free
I will love you unconditionally'Syiraz ne biar betul. Dia ke yang pilih lagu ne?' Terasa tika ini pipi ku sedang berona merah kerana terdengar ada suara suara orang yang berada di dewan ne yang seakan memuji kami. Dek kerana taknak diketahui oleh orang dengan wajah merah menahan malu malu kucing macam ne, aku menekupkan wajah aku ke leher Syiraz manakala dibahagian hujung kanan dahiku berlaga dengan tulang dagu tirus miliknya.
Syiraz tergamam.
"Sayang, boleh tak jangan goda aku dekat sini. Behave please." Aku tersentak.
"Bila masa pula saya nak goda awak.. Oh yang ne eh." Suara diperlahankan sedikit. Anak mataku berlari ke arah lehernya Syiraz kemudian anak matanya pula ku cari.
Tatkala anak mata kami bertembung. Aku tayang muka tak bersalah dengan senyuman dibuat-buat. Malu.
"Sorry.."
Come just as you are to me
Don't need apologies
Know that you are worthyI'll take your bad days with your good
Walk through the storm, I would
I do it all because I love you
I love youLirik ne. Lirik ne memang kena dengan situasi kami tadi. Aku teringat mengenai apa yang Syiraz katakan tadi semasa hendak menuju ke pentas ne.
"Sayang nak dengar yang lebih cliche tak?" Soalnya kepada aku. Riak wajah kosong aku pamerkan. Ikutkan hati, malas aku nak layan dia ne. Kang ada je nanti benda merepek yang dia sebut. Dahlah sekarang ne Syiraz semakin galak nak menyakat aku je kerjanya.
"Apa dia? Bagitahulah cepat. Saya ne bukannya dapat baca apa yang awak fikirkan melalui anak mata awak, yang awak tu dari tadi duk tenung-tenung saya dah kenapa?" Mendengar sahaja itu, Syiraz ketawa.
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...