Chapter 9

847 47 3
                                    


         

        Malam pun tiba, aku memerhati keadaan sekeliling. Kawasan ne agak jauh dari bandar. Kiri dan kanan penuh dengan hutan belantara yang tebal.

'Dia nak bawa aku pergi mana? Dan siapa dia ne? Kenapa tak hantar aku balik ke Santorini je? Jangan dia buat benda yang bukan-bukan sudah. Ah! Menyesal aku ikut Emiliano balik tadi. Kalau tak aku takkan berada bersama lelaki asing ini.' Desis hatiku. Rasa nak menangis je. Perasaan takut menyelubungi diri.

"Ya Allah, lindungilah aku." Doaku, halus saja ayat itu keluar dari bibir cukup hanya aku yang mendengarnya.

Hujan turun renyai-renyai sebelum diganti dengan hujan lebat. Dia memperlahankan sedikit kelajuan motorbike nya sebelum motorbike nya berhenti di suatu kawasan.

Dari pengamatan aku, di depan itu ada penjaga yang menjaga kawasan itu. Membuntang mata aku apabila aku melihat ada robot yang berada di dalam sedang membuat pemeriksaan. Mata robot itu memancarkan cahaya merah, cahaya itu membuat imbasan ke arah kami dari atas sampai bawah sebelum pagar besi yang tinggi itu dibuka luas bagi memberi laluan untuk kami masuk ke dalam kawasan itu.

Penjagaan keselamatan dalam kawasan ne ketat. Bukan sebarang orang boleh masuk ke tempat ini.

Sampai saja di depan sebuah rumah, lelaki itu terus menunggang motorbike nya menuju masuk ke tempat letak kenderaan. Laluan masuk ke tempat itu pun agak ke jauh sedikit.

Aku ternganga. Mata tak berkedip memerhati sekeliling.

'Banyaknya kereta berjenama yang tersadai dekat sini. Dia buat koleksi ke apa?' Gumam ku sendiri.

Seusai turun dari motorbike nya, belum sempat aku nak membuka helmet, lelaki itu lantas membukakan helmet itu untuk aku. Sebelum tangannya beralih membuka helmet yang terletak elok di kepalanya. Aku tergamam. Perasaan segan menyelubungi diri.

Aku ingat aku dah boleh tengok wajah dia selepas dia buka helmet dia. Tetapi, malangnya dia memakai mask berwarna hitam. Eh, dia tak rasa lemas ke? Dah lah pakai helmet, pakai mask pula tu.

"Let's go" Arahnya kepada aku yang dari tadi berdiri tegak di sebelah motorbike nya, entah sudah berapa lama aku tercegat dekat situ sampai tak perasan yang lelaki itu kini berdiri di hadapan pintu lift. Aku berlari anak menuju ke arahnya.

Ekor mataku melihat jarinya menekan butang nombor tiga, ke bawah.

Eh, bukan ke atas meh? Kenapa kena turun pula? Setahu aku tadi rumahnya bukan jenis yang bertingkat-tingkat. Bukannya ada tiga tingkat pun. Di luar nampak biasa saja rumahnya itu.

Takkanlah rumah bawah tanah. Aku menekup mulut seketika sebelum anak mata kami saling bertemu. Jelas wajahnya berkerut kelihatan kehairanan dengan tingkah laku aku itu. Aku hanya membalas dengan gelengan kepala menandakan 'tiada apa-apa'.

Pintu lift terbuka. Aku masih setia mengikuti langkahnya kemudian mata aku tertacap ke arah seluruh ruang tempat itu. Kebanyakkan warna yang memenuhi ruang itu hanya hitam dan kelabu sahaja. Takda seri langsung tapi sedap mata memandang, sesuai dengan aura dingin lelaki itu.

Setiba di pintu bilik, lelaki itu menyuruh aku untuk masuk.

"Its your now." Ucapnya sebelum berlalu pergi.

"Wait!"

Langkah kakinya terhenti kemudian memusingkan badannya ke arah ku. Menanti aku meneruskan ayat-ayat aku yang seterusnya.

"Why am I here? And who are you? Where is Emiliano?" Bertubi-tubi soalan yang aku utarakan kepadanya dan seperti tadi riak wajahnya terbias selamba dengan renungan tak tajam dan tak juga lembut. Bercampur aduk.

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now