Chapter 45

412 33 2
                                    

              Awal pagi setelah menunaikan solat subuh bersama dengan Syiraz. Kami mengambil masa setengah jam untuk mengaji bersama-sama. Meluangkan masa bersama sang Pencipta terlebih dahulu sebelum memulai hari yang baru.

"Awak.. Awak tahu tak saya suka surah apa?" Soalku kepadanya setelah kami selesai mengaji dan mentadabur Al-Quran.

"Sayang suka baca surah apa?" Soalnya kembali.

"Surah Yusuf."

"Why?"

"Sebab Surah Yusuf banyak mengajarkan kita tentang erti kesabaran diatas segala kesulitan yang datang menimpa kita. Seperti Nabi Yusuf, sabar diatas kebencian abang-abangnya. Dia dicampak dan dibuang oleh abang-abangnya. Abang kandung pula tu."

"Tapi.. itu tak memutuskan semangat Nabi Yusuf untuk meneruskan hidup. Dari perjalanan kisah Nabi Yusuf, kita dapat ambil iktibar bahawa Nabi Yusuf sentiasa yakin yang Allah akan selalu ada bersamanya." Terangku penuh bersemangat. Setiap kali membaca tafsir Surah Yusuf ne, semangat aku menjadi seakan membara.

"Sama macam sayang. Insha Allah." Ujar Syiraz.

"Eh, kenapa pula?" Soalku menginginkan penjelasan.

"Sebab sayang sentiasa sabar dengan nikmat ujian yang Allah berikan pada sayang. Sayang lupa? Sudah berapa kali sayang dikejar dan hampir dibunuh oleh pihak musuh yang sayang sendiri tak kenal siapa mereka. And look at you now, masih disini, kuat menghadapi ujian Allah." Ujar Syiraz.

"Sayang.. Sayang tahu tak apa tanda Allah sayang pada setiap hambaNya?" Soal Syiraz.

Aku diam, menanti jawapannya. Teruja pula bila ada sesi macam ne. Mudah-mudahan berterusan dan berkekalan sampai bila-bila. Aamiin.

"Saat Allah memberikan ujian pada hambaNya. Sayang tanam ayat Al Quran ne dalam hati, Allah berfirman:

"Patutkah manusia rasa mereka dah beriman cukup dengan kata mereka dah beriman sedangkan mereka tak diuji. Orang beriman terdahulu pun diuji." Surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3."

Aku mengangguk berkali-kali. Benar, ujian itu tanda Allah sayang pada HambaNya.

"Kesimpulannya, dalam kisah Nabi Yusuf itu ada happy ending nya. Sayang nak tahu tak apa happy ending nya tu?" Soal Syiraz lagi.

"Nak.. Nak.." Aku mengangguk. Gaya dah macam kanak-kanak ribena je. Syiraz ketawa kecil.

"Abang-abang Nabi Yusuf dah pun bertaubat dan meminta maaf kepada Nabi Yusuf. Macam tu lah kehidupan kita, manusia jika hatinya tidak disandar pada cinta Allah, hati mereka akan menjadi keras disebabkan terlampau mencintai dunia. Itu yang dipanggil sebagai buta mata hati. Mereka celik luaran tapi buta dalaman." Jeda.

"Sebab tu lah, setiap kali kita memandang nikmat yang Allah berikan pada orang lain, kita kena ucap Masya Allah, Subhana Allah. Puji Allah dulu sebelum puji makhlukNya sebab nikmat tu semua datang dari keizinan Allah S.W.T."

"Diingatkan juga apabila kita diberi ujian, kena sebut Alhamdulillah dulu sebab di antara berbillion-billion manusia dekat atas bumi ne, Allah pilih kita untuk menghadapi ujian tu." Sambungnya lagi.

"Insha Allah." Aku mengukir senyuman yang tak lekang dibibir. Teruja mendapat ilmu baru dari sang suami.

"Alhamdulillah. Dah jom siap-siap. Kejap lagi aku keluar beli makanan untuk sarapan pagi. Sayang ada nak kirim apa-apa tak?" Aku diam, memikirkan sesuatu.

"Snacks." Kemudian aku tersengih.

"Ok." Syiraz bingkas bangun lalu menyimpan kain sejadahnya.

Pukul sembilan pagi setelah sarapan, aku duduk di atas sofa. English novel yang sempat aku bawa semasa di Kuala Lumpur aku belek. Satu persatu helaian kertas itu diselak.

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now