Chapter 16

714 36 1
                                    


      

         Kedua belah sikunya diletakkan di atas meja. Jari jemarinya yang sedang berpaut antara satu sama lain dileraikan. Kuku ibu jari kanannya digaru-garukan pada bulu kening lebat. Dahi mengukir garis kerutan. Bebola anak mata dari tadi bergerak-gerak membaca setiap butiran-butiran yang ada pada screen Macbook.

Sesekali pandangannya diarahkan ke dinding lutsinar yang berteknologi canggih. Pelbagai jenis maklumat peribadi orang dipaparkan pada screen itu. Dari tempat duduk, dia mengerak-gerakkan jari-jemarinya menghala ke arah screen itu lalu screen itu bergerak ke kiri dan kadang ke kanan mengikut rentak jari-jemari Syiraz.

Seketika, ibu jari serta jari telunjuknya membesarkan kanta layar. Men-zoom-kan gambar seorang lelaki yang berada di tengah-tengah orang ramai.

"Gravis Della, twenty nine years old. Citizen Italy." Ujar Fernandes, anak buah sekaligus merangkap Hacker yang telah berkhidmat dengan Syiraz hampir belasan tahun. Dia adalah salah seorang anak buah Syiraz yang paling susah sekali nak keluar dari menunjukkan identity dirinya. Ibarat bayang-bayang kedua Syiraz.

Fernandes menghulurkan tab GGGc 2139 ke atas meja Syiraz, hologram lelaki itu dipaparkan sederhana besar.

"He's been wanted since five years ago."

"Drug dealer, Flakka?"

Ingatan Syiraz mengimbau tiga tahun yang lepas.

Dua orang lelaki sedang berdiri di celah lorong yang berhampiran dengan kelab malam. Lelaki yang memakai topi dan mask hitam itu bersandar di dinding manakala tangan kanannya menyeluk saku seluarnya. Lelaki yang kedua pula menurunkan badannya, duduk mencangkung di hadapan seorang pemuda yang sedang ralit menyuntik jarum ke lengannya.

"Dove l'hai preso?" (Mana kau dapat benda ne?) Soal lelaki itu sebelum dia mencampakkan plastik kecil putih berisi dadah di dalamnya.

"Paga prima." (Bayar dulu.) Ujar pemuda itu dengan senyuman sinisnya.

Dia berdecit, duit berlonggok itu dilemparkan ke arah wajah pemuda itu. Bukannya dia tak tahu, duit itu akan dihabiskan dengan membeli stock dadah.

"Gravis D." Mudah je bagi pemuda itu membocorkan maklumat pengedar dadah yang bernama Gravis. Tidakkah dia tahu bahawa nyawanya akan melayang jika hal itu dibocorkan kepada pihak ketiga.

Lantak dialah, memang pengakhiran pemuda itu akan mati. Cepat atau lambat. Kalau tak mati disebabkan dadah, pasti akan mati sebab dibunuh oleh Gravis.

Dia yang sedang mencangkung itu kembali berdiri menghadap tuannya. Senyuman sinis diukirkan.

Lelaki yang memakai mask itu mengeluarkan revolver lalu menembak tepat ke arah paha pemuda itu. Dia menyeringai kesakitan. Darah keluar banyak. Tangannya menekan bahagian yang ditembak itu bagi mengurangkan darah keluar dengan lebih banyak.

"Stupido." (Bodoh.) Ucapnya kepada pemuda itu.

"Vi troveranno e vi uccideranno entrambi!" (Mereka akan cari dan bunuh kau berdua!) Tengkingnya sambil menahan rasa sakit kena tembak.

"Prenderci se possono!" (Tangkaplah jika boleh!) Ejek lelaki yang tadinya duduk mencangkung itu.

Pemuda itu berdecit. Anak mata hitamnya berubah menjadi sedikit kecil. Tindakbalas dari dadah yang masuk ke dalam tubuh pemuda itu kini memberi reaksi. Yang tadinya merasa sakit kini kesakitan itu tiada lagi. Dirinya seolah-olah menjadi kebal. Kebal dari rasa sakit.

Itulah kesan dari penggunaan Flakka. Orang yang menggunakannya secara tak langsung akan jadi kebal. Hilang deria rasa sakit. Perwatakan akan jadi pelik seolah olah mereka berada di dalam dunia ciptaan mereka sendiri. Sesetengah ada yang berilusinasi mempunyai kekuatan tenaga yang berlainan. Super power. Mereka juga akan mudah menjadi paranoid.

Pemuda itu terus bangun, wajahnya memaparkan riak bahagia dan benci dalam masa yang sama. Dia mencengkam kolar baju lelaki itu.

"GD ti ho trovato! Ti ucciderò! Hai rubato la sua cosa, vero?!" (GD aku jumpa kau! Aku akan bunuh kau! Kau yang curi barang dia, kan?!) Jerkah pemuda itu.

Dia mengerutkan dahi. Curi barang? Barang apa? Bila masa pula dia curi? Dah kenapa pula dengan penagih dadah ne? Apa benda yang dia merepekkan tu? Dia mengenggam tangan pemuda itu lalu menepisnya kuat. Pemuda itu sedikit terundur.

Lelaki yang memakai mask itu mengacukan revolver nya ke arah dahi pemuda itu. Dia melepaskan tembakan. Darah keluar meluncur laju dari dahi pemuda itu.

"Hoi! Bagilah hint dulu sebelum kau nak tembak. Terkejut aku!" Bentaknya tak puas hati. Lelaki yang memakai mask itu hanya menjongketkan keningnya sebagai jawapan.

Tok tok tok

Madam Catherine datang membawa air minuman untuk Syiraz dan Fernandes. Senyuman tak lekang di wajahnya. Dia tahu tuan mudanya ini tak suka di ganggu waktu dia tengah bekerja tapi apakan daya.

"Mother. How have you been?" Ujar Fernandes kepada ibunya. Dia mendepakan kedua tangannya untuk memeluk Madam Catherine. Pelukan dibalas. Sudah lama dia bersembunyi. Bukan bersembunyi tapi kerjanya yang berlambak itu menyukarkan dia untuk melawat ibunya.

"Well, as you can see." Tutur Madam Catherine dengan nada lembut. Rindunya terubat melihat anak bujangnya yang sorang ini.

Syiraz berdehem. Perbualan dua beranak itu terhenti disitu. Madam Catherine mengalihkan pandangannya ke arah Syiraz.

"Madam, Inaya ada kat mana sekarang? Emiliano ada update?"

"Ada Syiraz."

Syiraz hanya menggangukkan kepala.

"Esok update dekat aku maklumat lelaki tu."

Fernandes mengangguk tanda faham. Syiraz melangkah keluar. Tidak mahu dia berlama-lama di situ. Mahu memberi ruang antara Madam Catherine dan Fernandes berbual-bual.





To be continue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue...

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now