Habislah.. Habislah aku kali ne. Mana aku nak larikan diri kat dalam cruise ne. Pepagi macam ne, takda siapa pun yang akan bangun. Nak harapkan pekerja dekat sini, hampeh! Batang hidung diaorang pun tak nampak. Makan gaji buta ke apa! Bahkan semut pun tak sudi nak menolong aku sekarang.Ting! Mentol idea berbunyi dan bernyala. Impuls saraf menghantar isyarat pada otak. Nasib baik time time darurat macam ne otak bergeliga aku berfungsi.
Eh! Geliga lah sangat.
Mataku melilau mencari jalan keluar. Kena cari kalau tak duk tercegat menghadap tiga malaun yang kita tak jangka bila bila saja akan membuat tindakan yang aggressive.
Dan aku selaku seorang doktor yang cantik lagi bijaksana, aku tak ingin diriku tercedera kerana kebodohan malaun-malaun yang berada di hadapan ku kini. Yelah, kalau orang sakit aku boleh rawat tapi kalau aku sakit siapa nak rawat? Hah jawab, jawab.
Nak tunggu prince charming datang tolong, hmp lambertt lagi! Silap silap haribulan, dah nak jadi nazak baru dia datang tolong. Malas aku, bagus selamatkan diri dulu. Lambat lambat nanti kang haaa~ Melayang nyawa aku.
Mata ku melilau lilau melihat keadaan sekeliling. Siap dengan package kepala dibawa ke kiri ke kanan. Dah serupa orang tak betul aku tengok. Boleh pula dalam keadaan macam ne kau mengutuk diri sendiri. Tepuk dahi!
'Ya Allah, selamatkanlah hambaMu yang kerdil ini. Aku taknak diapa-apakan oleh tiga orang mamat ne. Ntah apa salah aku sampai diaorang ne kacau aku.' Rasa nak nangis je, tapi ditabahkan hati supaya tak nampak lemah di depan tiga lelaki ne.
Alhamdulillah, di hujung laluan setiap bilik ada pintu kecemasan. Peluang emas untuk aku larikan diri. Sebelum itu, aku toleh wajahku semula ke arah mereka bertiga. Sorang sorang ku pandang sebelum aku tersenyum kambing kearah mereka.
Aku tengok takdalah hesmes sangat diaorang bertiga ne. Dah lah kemetot, harap badan je sasa. Huishhh, Aira sempat kau meng-body shaming kan orang eh.
"Tak sangka pula, perempuan ne kuat semacam. Sakit pula tu tendangan dia." Lelaki yang aku tendang tadi bersuara.
Eh, boleh cakap melayu rupanya. Ingatkan orang sini tadi. Tapi kalau dibandingkan memang jauh beza dengan orang Italy yang tinggi lampai. Tak semua ok, tak semua.
"Hahaha, kau lemah! Kena tendang dengan perempuan sikit dah nak mengelupur." Kata kawannya yang berbaju merah.
Lelaki yang aku tendang tadi tu pakai baju warna kuning manakala yang sebelah kiri itu pula berwarna hijau. Dah macam warna lampu isyarat pulak.
Kali ne aku join lelaki berbaju warna merah ketawa. Tanda menyetujui apa yang dia katakan sebentar tadi.
Tawaku terhenti apabila ketiga tiga mereka memandang tepat ke arah anak mataku. Oh-oh! Air liur ku telan kasar.
"I'm so dead!"
Lantas kaki ku berlari ke arah pintu kecemasan. Derapan kaki mereka bertiga terdengar. Ya, kami berkejaran saat ini. Semakin aku lajukan kaki untuk berlari, semakin laju juga mereka mengejarku. Tapi aku tak hiraukannya.
Ini Aira Inaya lah bekas olahragawati, pelari top one berturut turut semasa di University dulu. Nak kalahkan mereka bertiga ne, peanut je. Dengan kaki kemetot tu, jangan harap dapat kejar aku.
Aku menolak pintu kecemasan dengan keadaan tergesa gesa. Terbuka sahaja pintu itu. Aku termati kata. Dihadapan ku kini ada banyak anak tangga. Antara aku kena memilih untuk menuruni anak tangga atau..
Belum sempat nak buat pilihan disebabkan tiga malaun tu dah semakin menghampiri pintu kecemasan tu. Aku terus menaiki anak tangga, aku lajukan langkah kaki.
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...