Selesai sahaja turun dari kapal persiaran itu, aku mengikuti langkah kaki Emiliano sehingga ke tempat letak kereta. Dari ekor mataku, aku melihat jarinya sedang menekan butang yang ada pada kunci keretanya.Dia membuka pintu kereta yang berjenama Mitsubishi Outlander Phev berwarna black-mate, agar aku segera memboloskan diri masuk ke dalam perut keretanya, tak ubah seperti gaya seorang puteri raja saja perlakuannya terhadapku.
Aku mengeleng-gelengkan kepala dan melemparkan senyumanku kepadanya.
"Thankyou" ucapku setelah aku duduk dibahagian tempat duduk bersebelahan dengan pemandu.
Emiliano mengangguk dan membalas dengan senyumannya. Aku tak sangka kalau si Emiliano ne senyum, dia ada lesung pipi dekat sebelah kanan. Menambahkan lagi aura handsome dia tu.
Di bahagian sisi cermin penumpang aku melihat dia meletakkan luggage ku masuk ke dalam bonet kereta. Tak lama itu, telefonnya berdering, aku melihat jelas terpancar riak risau bercampur cemas. Entah apa yang si pemanggil itu katakan kepadanya sehingga wajah Emiliano berubah menjadi tegang sekali.
Selesai sahaja dia menamatkan perbualannya di corong telefon bimbitnya, Emiliano terus meluru masuk ke dalam kereta. Kenderaan dipandunya mula menyerebu masuk ke atas jalan raya.
Suasana dalam kereta saat ini agak sedikit canggung. Dia diam, aku pun diam. Tiada sebarang bunyi yang dikeluarkan.
"Aira.." Dia memulakan perbualan.
Weh, sebelum ne dia tak pernah panggil nama aku, I mean dia selalu gelarkan aku sebagai 'saya,awak'. Aku dah mula rasa tak sedap hati.
"Kenapa?" Soalku. Aku cuba menyembunyikan perasaan yang tengah bergelora saat ini.
"First, saya nak minta maaf dekat awak. Second.." Belum sempat dia meneruskan ayatnya.
Sebuah kereta berjenama Volvo s60 menghentam bonet belakang kereta Emiliano. Kedudukan ku terdorong sedikit ke depan. Sedikit je tak banyak sebab aku pakai seatbelt. Thanks seatbelt!
"Awak ok tak?" Nada suara Emiliano bertukar risau. Risau jika aku ada terluka agaknya.
Aku mengangguk kepala berulang kali. Jari jemariku mengenggam kuat tali seatbelt. Gila tak takut. Dalam keadaan kereta kena kejar pula tu.
"Siapa mereka tu Emiliano? Kenapa kejar kita?" Tanyaku. Nada suara ku tak usah ditanya. Faham faham je lah keadaan orang yang tengah takut tu macam mana.
Emiliano hanya mendiamkan diri, seketika tadi aku sempat terpandang raut wajahnya yang cemas bertukar menjadi menyeramkan, bibirnya ternaik sedikit seakan senyum sinis.
Ah! Mamat ne psiko ke apa?
Sekarang ne situasi kereta ne dengan kereta yang mengejar kami dah macam fast and furious. Laju membelah jalan raya.
Makin seriau aku bila Emiliano memandu dalam kelajuan yang sangat pantas, melebihi had kelajuan yang telah ditetapkan. Ini kalau kat Malaysia, habis kau kena kejar dengan pak polisi.
Manakala kereta yang menghalang laluannya, dipotong satu persatu oleh Emiliano. Dari gaya Emiliano, ini bukan pertama kali lelaki itu membawa kereta seperti ini, dah macam expert sungguh. Sepertinya dia sudah terbiasa dengan situasi sekarang.
Aku yang duduk disebelahnya, tak berhenti mulutku terkumat kamit membaca doa. Ya Allah, bagai nak gugur jantung saat ini.
Semakin dekat tarikh aku nak pulang ke Malaysia, macam macam benda buruk yang berlaku dekat aku.
Jalan raya yang tadinya luas kini menjadi sempit, jalan raya yang Emiliano tempuh sekarang hanya ada satu laluan saja, kereta yang mengejar kami dah tak dapat menghimpit hanya membuntuti dari belakang saja. Jika nampak peluang, kereta yang berada di belakang akan menghentam bonet belakang kereta Emiliano.
Pemandangan di sebelah kanan ialah bukit curam, manakala di sebelah kiri pula jurang tinggi. Ini kalau tersalah langkah, habislah kita! Ditambah dengan jalan raya yang agak sedikit bengkang-bengkok.
Emiliano menekan earbuds yang terselit di telinga, menandakan dia sedang menerima panggilan dari seseorang.
"She's with me right now."
Dahi ku berkerut. Dia tengah bercakap tentang aku ke? Tapi kenapa?
"Negative Injured."
"XC9899 Black Volvo S60"
"Roger, Ace" Emiliano mematikan earbud kemudian dibukanya cermin tingkap lalu dicabut earbud kemudian dibuangnya keluar.
Aku yang dari tadi hanya menjadi pendengar yang setia, mengangkat kening tanda meminta penjelasan dari Emiliano.
"Aira, nanti awak keluar dari kereta ne.." Dia jeda sekejap sebab nak memberikan fokus pada pemanduannya.
"Keluar? Dengan situasi sekarang? Awak nak saya terjun dari kereta ne ke?"
Dia menganggukkan kepalanya tanpa menoleh ke arahku.
"Itu dah macam kes bunuh diri je tu. Saya taknak!" Bantahku.
Permintaannya itu melampau, besar risiko. Walaupun situasi kami sekarang memang dah bahaya sangat dah.
"Aira, listen. There's a man who's ride a motorbike will take you. He'll be arrive in a minute soon. Get ready." Arahnya tanpa meminta persetujuan dariku terlebih dahulu.
"Tapi macam mana dengan awak?"
"I'll handle this."
"What?!"
Sebuah motorbike BMW S 1000 RR berwarna silver-black muncul dari arah belakang kemudian menyeimbangi posisinya dengan kereta yang dipandu oleh Emiliano.
Seketika terdengar bunyi berdas-das tembakan ke arah kami. Nasib baik kenderaan yang dipandu Emiliano kalis peluru. Aku ketakutan, wajah Emiliano aku pandang. Dia beriak selamba cuma setiap kali dia melihat wajahku, terpamer wajah risaunya.
Ya, dia risaukan tentang keselamatanku.
Lelaki yang menunggang motorbike itu menghulurkan tangannya ke arahku.
"Jump Now, Aira!" Kali ni nada suara Emiliano berubah keras, tiada lagi nada lembut yang dikeluarkan.
Aku membuka pintu kereta dengan teragak agak. Macam macam perkara yang sedang bermain dibenak aku sekarang. Kemudian aku memandang ke arah lelaki itu.
Pintu kereta sudah terbuka luas.
"Trust me." Dia menghulurkan tangannya ingin menyambutku.
Entah syaitan mana yang merasukku, mendengar saja suara lelaki itu, aku terus menjadi yakin. Huluran tangannya aku sambut. Pegangan lelaki itu kuat seakan tak mau dilepaskan.
Memanglah kalau dia lepaskan karang, wajah aku yang akan terseret di atas permukaan jalan raya ne karang. Naya cantik-cantik macam ne kena bekas jalan raya. Tepuk dahi!
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...