Suasana malam kini bertukar pagi, bintang yang tadinya menemani langit kini tempatnya diambil alih sang mentari pagi. Matahari terbit, memancarkan cahaya ke seluruh pelusuk bumi.
Hanya segelintir tempat saja yang masih malam kerana mengikut putaran bumi pada paksinya, pada bahagian yang tidak terkena pantulan cahaya matahari maka bahagian itulah yang masih gelap.
Bagi pencinta sunrise seperti aku, aku amat mengagumi keindahan suasana di waktu pagi. Rasa tenang menyapa dikalbu. Waktu macam ni hanya segelintir manusia saja yang sudah bangun manakala yang selebihnya masih diulit mimpi, masih leka membungkus diri dengan selimut. Sejuk!
Terdengar bunyi ombak memukul lautan. Kelihatan burung burung berterbangan di dada langit. Alangkah seronoknya jika dapat bergerak bebas seperti burung burung diudara.
Perasaan cemburu diselit dengan rasa bersyukur apabila setiap kali melihat makhluk ciptaan Allah yang satu itu, awal pagi dah mereka keluar daripada sarang untuk mencari makanan.
Jika Allah telah menetapkan rezeki pada binatang dan haiwan ciptaanNya, inikan pula kita manusia. Makhluk Allah yang diberi ciri ciri khas dan unik. Atas kasih sayang Allah jua lah Allah menciptakan setiap satu daripada kita. Dan tak pernah luak rezeki yang Allah berikan. Apa lagi yang tak cukup, kita ne sahaja yang sombong nak meminta pada Allah, malas nak berusaha lebih.
Tumpuan aku kini beralih ke arah lelaki misteri itu. Wajahnya sama seperti tadi dingin dan beku. Nak tengok dia senyum, tayangkan gigi dia pun payah! Bukankah senyum dipagi hari ne lebih baik, pahala bersedekah pun dapat.
Yelah senyum tu kan satu sedekah, kan dapat pahala tu! Mudah dibuat pula tu. Ke dia nak aku buat demo untuk dia baru dia nak senyum? Haih, pelik sungguh mamat ne. Ketat semacam je muka dia. Memang lahir lahir terus buat eksperasi muka begini ke? Nak je aku hempuk kepala dia! Kekwat nohh kau!
'Enough! Aira. Kau sedar tak situasi apa yang kau tengah hadap sekarang ne.' Desis hatiku.
Aku terlupa bahawa sekarang aku tengah berhadapan dengan lelaki ni. Aku tak rasa dia ne orang biasa biasa je. Kalau dilihatkan dari segi pisau dia baling tadi tu, tu bukan calang calang pisau.
Gerber Mark II, tu Army knife.
Macam mana aku tahu? Aku pernah buat research tentang pelbagai jenis pisau semasa aku menyertai salah satu program Martial Art. Maklumlah untuk langkah berjaga-jaga juga, penting untuk kau tahu senjata apa yang musuh kau guna waktu pada waktu darurat macam tu.
Kehadiran lelaki dihadapan ku ini yang muncul secara tiba tiba membuatkan aku tertanya tanya apa identity sebenar dia? Dari cara dia berpenampilan mungkin agak casual but... something fishy about him!
Don't Aira! Rasa ingin tahu kau tu hanya akan membawa kau ke suatu tempat yang kau tak sepatutnya tahu kewujudannya.
Curiosity kills the cat!
Aku telan air liur kasar. Membalas renungan matanya sekali lagi, sungguh aku tak mampu! Ini kalau main lawan mata siapa yang paling awal berkedip, confirm aku kalah!
"Why would you do that to me?" Aku beranikan diri untuk bersuara. Aku ne cakap tak serupa bikin. Awal awal dah pesan 'curiosity kills the cat' nak juga banyak tanya.
"Dan apa yang membuatkan kau boleh terfikir bahawa aku hanya datang untuk menyelamatkan kau?" Kali ne panjang lebar dia bersuara. Menyatakan niat tersembunyi.
Sah! Dia tengok scene tadi dari awal. Ne mesti kes menyorok dulu, after line clear baru datang tolong, konon nak tunjuk jadi hero!
Wait, wait, dia faham bahasa aku? Tapi dari wajahnya takda pula muka iras iras orang Malaysia. Berkali kali pandang, aku yakin dia lelaki yang berasal dari Italy. Memang muka orang Italy pun!
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...