Membuntang mata aku tatkala melihat kereta yang merempuh kami tadi sekali lagi ingin melanggar kereta Emiliano yang rupanya sudah renyuk habis di setiap bahagian kereta. Depan, belakang, kiri dan kanan.
DUMM!!
STREETTT!!
Dentuman kuat yang melanggar di bahagian pintu kanan bahagian belakang, menyebabkan kereta digeser keluar dari arah jalan tar. Terbabas ke siring jalan yang di penuhi dengan hutan tebal.
Air mata aku mengalir deras dan meluncur laju apabila aku melihat Emiliano yang tadinya tidak sedarkan diri. Kini perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Dia terbatuk kecil. Tangannya diangkat ke kepala. Menahan sakit dibahagian kepalanya.
Tak lama itu, dia menoleh ke arah aku yang masih lagi tak berhenti-henti daripada menangis. Dia membuka seatbelt nya bagi memudahkan tangan dan badannya bergerak sedikit menghampiri kedudukan aku.
"Aira.. Keluar sekarang." Tangannya memaut bahuku agar aku menoleh ke arahnya. Suaranya terdengar seakan tidak berdaya dan sedang menahan sakit.
Aku memerhatikan keadaannya. Dia bukan hanya luka dibahagian dahi malah, badannya jelas dipenuhi darah. Aku tak tahu, dekat mana punca darah itu keluar. Tapi aku yakin badannya turut terluka.
Semasa kereta itu merempuh kami buat kali pertama, ianya merempuh di bahagian sisi hadapan tempat pemanduan. Jadi tak mustahil luka itu akibat dari rempuhan itu. Di tambahkan lagi dengan kereta tergolek menyebabkan kecederaan lain yang timbul.
Aku mengelengkan kepala berkali-kali. Aku tidak mahu meninggalkan seorang diri disini. Wajah Emiliano aku tatap. Simpati. Keadaannya jauh lebih teruk berbanding dengan keadaan aku.
"Aira! Go. Now!! Nyawa kau dalam bahaya sekarang ne!" Bentaknya kuat sehingga percikan darah akibat batuk keluar dari mulutnya. Pandangan matanya jelas menunjukkan bahawa dia mendesak aku untuk segera keluar dari kereta ini.
"Saya taknak! Saya takkan berganjak dari tempat ne kalau awak tak keluar dengan saya sekali." Tegas aku separuh merayu agar dia mengikuti permintaan aku. Aku tak sanggup nak tinggalkan dia.
"Jangan degil Aira! Pergi sekarang!" Tanpa mempedulikan aku, dia menolak tubuh aku keluar. Tidak terlalu kasar kerana keadaannya sekarang sangat lemah. Namun hal itu membuatkan tubuh aku terkeluar sedikit dari badan kereta. Pintu kereta di bahagian sisi aku sudah lama terbuka. Bukan terbuka tapi sudah tercabut!
Aku melihat dari jarak yang agak sedikit jauh dari kereta Emiliano, pintu kereta pertama yang menyuluh lampu terang ke arah kami tadi itu dibuka oleh seseorang. Aku jadi semakin takut.
Bebola mata aku bergerak ke arah tiga orang lelaki berbadan sasa yang keluar dari kereta itu. Di tangan masing-masing memegang senjata api.
Mata aku membuntang. Tubuh mengeletar kuat. Kaki seakan tidak mahu berganjak dari situ.
"Go Now Aira! Runnn!!" Bahu aku terhincut sedikit akibat terkejut dengan jerkahan Emiliano.
"Emilianoo.. Please please lari dengan saya. Saya takuttt.." Semakin kuat aku menangis.
BANG!!
Bunyi ledakan senjata api yang dilepaskan ke udara sekali lagi mengejutkan aku. Tapi kenapa kena dilepaskan ke udara? Apa motif mereka jika bukan untuk membunuh mangsa?
Dari apa yang aku lihat mereka tidak berniat ingin membunuh mangsa, mereka hanya ingin mencederakan mangsa saja.
Amaran kah?
"Run now or both of us will die. Here." Nada Emiliano lemah namun masih tersisa ketegasannya.
Aku mengesat air mata aku yang masih tersisa dengan tangisan menggunakan belakang telapak tangan. Darah yang mengalir di tangan aku itu terkena sedikit pada wajah akibat tindakan aku mengesat air mata pada bahagian pipi.
Aku kumpulkan segala kekuatan yang ada agar dapat berdiri dan menyeimbangkan badan. Aku menolehkan wajah ke arah mereka sebelum kaki aku membawa masuk ke dalam hutan.
"Hoi.. Kejar dia!" Arah salah seorang daripada mereka tatkala melihat aku sedang berlari. Nak berlari pun terasa sakit seluruh badan. Sekali lagi aku dikejutkan dengan bunyi tembakan secara rawak ke arah aku.
Tanpa dijangka belakang betis aku terkena tembakan. Hal ini menyebabkan larian aku menjadi terhinjut-hinjut kerana sakit.
Aku menoleh ke belakang mereka masih mengejar aku walaupun aku tidak dapat melihat dengan jelas namun sistem pendengaran aku menangkap bunyi kayu dan juga daun-daun kering yang dipijak oleh mereka.
Terbit rasa takut yang sangat dahsyat dalam hati aku. Kemana aku nak lari ne. Keadaan di dalam hutan ini sangat gelap. Buntu.
Penat dan sakit yang aku rasakan sekarang. Sudah berapa lama aku berlari pun aku tidak pasti.
Kotak fikiran aku melayang memikirkan keadaan Emiliano. Semakin jauh aku berlari, semakin deras air mata aku mengalir. Aku seakan kehilangan jejak mereka. Tak pasti sama ada aku betul-betul sudah hilang jejak mereka.
Aku menghentikan larian. Aku memusingkan kepala ke kiri dan kanan. Meninjau keadaan sekeliling sekaligus mencari tempat bersembunyi.
"Hoiii perempuan, baik kau keluar sekarang sebelum kepala kau berkecai aku tembak!" Jerit lelaki itu. Jarak aku dengan suara itu agak sedikit jauh tapi dekat bagi sistem pendengaran aku.
Aku tersentak. Dada aku berombak laju.
Matilah aku kali ni!
Mana aku nak bersembunyi sekarang ne?
"Arsh, tolong sayaa.." Aku menyeru nama Syiraz tanpa sedar. Air mata mengalir laju bagai tidak mahu berhenti. Aku menekup mulut agar suara tangisan aku tak kedengaran oleh mereka.
BANGG!!
To be continue...
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...