Malam ne sudah termasuk hari ketiga aku solat sunat Istikharah. Setiap kali kekusutan melanda diri, setiap kali itulah aku akan mengadu dengan Sang Pencipta yang mengenggam hati setiap HambaNya.
Dalam masa yang sama mencari ketenangan disepertiga malam begini. Waktu-waktu macam ne orang lain sudah diulit dengan mimpi namun segelintir daripada mereka ada yang sedang bermunajat kepada Allah SWT.
Waktu yang tepat untuk meluahkan segala rasa kepada sang Pencipta kerana sesungguhnya Allah yang lebih memahami apa yang terbuku dalam hati setiap HambaNya.
Belum luahkan lagi, Allah SWT dah mengetahui terlebih awal.
Seperti biasa persediaan serta kelengkapan solat pasti akan dibantu oleh pembantu khas yang menjagaku, Ria. Wanita itu sangat lembut dalam tutur kata sehingga membuatkan aku terasa selesa berkomunikasi dengannya.
Terselit rasa kagum dalam diri aku apabila melihat Ria begitu cekap dalam melaksanakan kerjanya. Sikitpun dia tak pernah culas mengenai pekerjaannya dalam menjaga serta merawatku.
Pandai Arshan Syiraz memilih setiap pekerja dibawahnya. Senyuman terukir kecil dipinggir bibirku. Tak semena aku memuji nama lelaki itu.
Sejak kejadian tempoh hari, aku dah tak nampak lagi batang hidung Syiraz. Lelaki itu benar-benar maksudkan apa yang dia sampaikan semasa berada di ruang kerjanya malam tu.
Aku menghela nafas. Antara lega atau pun mengeluh.
Lega sebab aku tak perlu tengok wajahnya dan teringat tentang lamaran tu, kalau mengeluh pula? Sedih sebab tak terserempak dengan dia selama beberapa hari ne?
Tak tahu kenapa aku perlu rasa kosong sekarang ne. Dalam masa yang sama hati aku meronta-ronta minta kekosongan itu untuk segera diisi dengan kehadiran lelaki itu.
Aku mengeluh lemah, sekali lagi.
'Mengucap Aira Inaya. Tak patut untuk kau biarkan perasaan itu bermaharajalela sedangkan kau tahu lelaki itu adalah ajnabi kau.' Gumamku, tersedar akan kekhilafan diri sendiri.
"Ms. Aira ada perlukan apa-apa lagi tak?" Soal Ria kepada aku membuatkan aku sedikit tersentak. Wajahnya aku pandang, wanita ini tak pernah lekang dibibirnya untuk senyum. Aku hanya mengelengkan kepala sambil membetulkan posisi duduk di atas katil.
Macam ne jelah rutin aku sepanjang berada disini. Terperap lama dalam bilik. Sekali sekala ada jugalah Madam Catherine membawa aku berjalan-jalan ke pantai.
Tak sangka rumah ne berdekatan dengan pantai. Aku ingatkan semuanya dikelilingi hutan belantara je.
Teringat pula saat aku sedang ralit menikmati keindahan alam itu, madam sempat menyoalku mengenai lamaran Syiraz. Samada aku terima atau tidak.
Awalnya aku cuba untuk menahan emosi. Yelah, aku ingatkan bila aku tak jumpa tuan empunya badan dapatlah aku menenangkan diri. Seperti apa yang lelaki itu minta agar aku fikir masak-masak mengenai lamarannya.
Tapi bila soalan itu diajukan, aku jadi gelabah tak tentu arah. Hakikatnya waktu itu aku masih tak temui lagi jawapan kepada soalan madam tu.
"Ms. Aira.."
"Huh?" Lamunanku terhenti saat suara lunak Ria menyapa pendengaranku. Dia memandangku dengan kerutan didahinya.
"Ms. Aira boleh saya bercakap sesuatu?" Izinnya. Sopan. Tertib.
"Ria nak cakap apa?" Aku memandangnya. Menanti pertanyaan yang bakal diajukannya kepadaku.
"Maaf sebelum tu. Ms. Aira sejak dua menjak ne banyak sangat mengeluh. Boleh saya tahu kenapa?" Soalnya prihatin. Dalam masa yang sama, hal ini perlu disampaikan kepada majikannya juga jika ditanya nanti.
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...