"Nama awak apa?" Soalku kepadanya.
"Puan Aira, panggil je saya Qaira." Ujarnya sopan.
"Tak payahlah berpuan-puan ne. Panggil Aira je. Just anggap macam kawan, boleh?" Senyuman dilorekkan untuk Qaira. Tak dinafikan gadis ini sangat cantik, sesuai dengan namanya.
"Err.. Takpa ke kalau panggil nama je. Saya segan lah pula." Risau jika kerjanya dicampur-aduk dengan hal-hal seperti ini. Dia kalau boleh nak kekalkan status pekerja manakala Puan Aira merupakan isteri kepada Tuan Besarnya.
"Takpa. Saya rasa tak selesa kalau Qaira berpuan-puan dengan saya."
Qaira akhirnya pasrah.
"Aira nak tukar baju dulu? Pakaian Aira, saya dah letakkan dalam wardrobe tu." Usai memilih pakaian serta membantu aku memakai pakaian. Qaira meminta izin untuk keluar membawa makanan.
Dek kerana bosan menunggu makanan sampai. Aku mengeluarkan telefon canggih milikku lalu aplikasi Instagram dibuka. Reels menjadi santapan. Dari atas sampai bawah video itu menjadi tatapan. Sekejap tergelak apabila content lawak menjamu mata.
Tinggg
Ikon whatsapp dibuka. Nama pengirim mesej itu membuatkan aku senyum sampai ke telinga.
Aiman Zheyuan.
Sesaat kemudian, Syiraz datang membawa makanan. Seperti yang dikatakannya sebentar tadi, dia akan menemani isterinya makan. Namun, keterujaan itu singgah sekejap tatkala dia melihat isterinya langsung tak menyedari kehadirannya.
Malah isterinya itu sedang ralit berbalas mesej dengan seseorang sambil tersengih-sengih. Siapa pula yang kacau daun waktu-waktu macam ne yea?
Dia duduk di sofa yang menghadap tempat duduk isterinya itu. Setelah meletakkan makanan di atas meja. Syiraz mengeluarkan telefon.
'Sayang. Cuba pandang depan.'
Melihatkan reaksi terkejut isterinya, membuatkan dia semakin tertanya-tanya. Dah kenapa pula dengan isterinya itu.
"Awak.. Dah lama ke awak duduk kat situ?" Soalku binggung. Terkejut sebab tiba-tiba Syiraz mesej lepas tu suruh aku pandang depan pula tu. Nasib baik takda sakit jantung.
"2 minutes ago."
"Awak marah ke sebab saya tak sambut awak masuk tadi?" Soalku teragak-agak. Aku dah macam penjenayah yang menunggu masa untuk dihakimi saja. Berat sungguh masalah ne kalau dia dah tunjuk perangai dingin dia tu kat aku.
Dari ekor matanya, aku dapat mengagak bahawa dia inginkan penjelasan dari aku.
"Oh ne, saya tengah balas text kawan lelaki saya. Dah lama tak borak lama-lama dengan dia. Hari tu kita orang sembang berbasa-basi je sebab dia kejar masa nak buat kerja." Jelas aku panjang lebar. Berharap agar dia reda.
"Sorry Mia Bella. I didn't mean to mad at you. Lagipun, aku tak kisah kau nak text dengan siapa. As long as, you know your limits." Tenang saja nadanya.
"Ok, saya janji lepas ne saya akan lebih tumpukan perhatian dekat awak. Taknaklah jadi macam tadi, awak masuk dalam bilik ne pun saya tak perasan." Ujarku dengan nada sedih. Sungguh, saat ne aku rasa macam nak nangis sebab sanggup buat dia tertunggu-tunggu macam tu.
"No need. Its just a small matter, sayang."
Aku menganggukkan kepala.
"Awak, saya lapar. Jom makan." Pelawa aku. Tak mahu meneruskannya. Agak janggal bila situasi itu terjadi tapi mujurlah Syiraz tak berkecil hati.
Selesai je makan, Qaira datang membawa empat jenis pencuci mulut.
"Awak, nak tanya boleh?" Soalku. Syiraz yang sibuk menaip sesuatu di atas screen gadget terhenti seketika aktivitinya. Telefon pintar diletakkan di atas meja bagi memberi tumpuan penuh kepada isterinya.
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...