"Sono tutti... già morti. Non possono catturare quella donna.." (They are all... already dead. They can't catch that woman..) Terketar-ketar suara lelaki itu menyampaikan berita yang baru diterimanya sebentar tadi kepada tuannya yang sedang duduk di kerusi. Tuannya itu duduk membelakanginya manakala dia berdiri di hadapan, meja menjadi penghalang mereka saat ini.
Lelaki itu masih menundukkan kepala, gerun dengan tuannya yang dikenali sebagai manusia yang sangat kejam. Mampu melakukan apa sahaja demi menunaikan hasrat jahatnya.
"tst tst stupido. Uccidi tutti i loro familiari." (Tst tst stupid. Kill all their family members.) Arahnya senada tanpa menoleh ke arah anak buahnya.
"Se lo meritano dopotutto." (They deserve it after all.) Sambungnya lagi namun nadanya kali ini terdengar lebih sinis. Suara tawanya membuatkan anak-anak buahnya yang turut berada di ruangan itu, naik bulu roma. Menakutkan.
"Farò come tuo comando!" (I will do as your command!) Jawab lelaki itu dengan yakin. Lelaki itu masih dalam keadaan menunduk, bebola matanya mencuri pandang ke arah tepi, melihat anak buah tuannya yang lain.
Dengan Isyarat matanya yang dikecilkan serta keningnya diangkatkan sedikit, anak buah tuannya yang berdiri agak sedikit jauh darinya itu, mengangguk seakan faham dengan isyarat yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.
"Eseguiremo subito il tuo comando, signore!" (We will carry out your command immediately, sir!) Mereka menjawab dengan serentak lalu badan ditundukkan sedikit tanda hormat.
"Heh, assicurati solo che... non deludermi questa volta." (Heh, just make sure ... don't let me down this time.) Nadanya masih terdengar sinis. Antara percaya ataupun tidak dengan kemampuan anak-anak buahnya.
Bukannya apa, setiap anak buah yang dipilih serta yang bekerja dibawah kepemimpinannya itu semuanya daripada ahli-ahli yang mahir dalam setiap pertempuran, mahir dalam mempertahankan diri dan mahir dalam bermain dengan senjata api.
Anak buahnya bukan calang-calang orang.
Tapi apakan daya, sejak akhir-akhir ini anak-anak buahnya yang hebat-hebat itu, kononnya. Tumpas ditangan orang yang tak sepatutnya diganggu.
You messed with the wrong person.
Gentar? Tidak sama sekali! Dia lagi suka akan permainan barunya ini. Semakin mencabar permainan itu, semakin seronok yang dia rasakan. Satu hari nanti, dia sendiri yang akan turun padang dan tumpaskan 'lelaki misteri' itu. Tidak sabar dia ingin mengetahui identiti lelaki misteri itu.
Siapa dia? Lelaki misteri itu selalu menggangu rancangannya setiap kali dia ingin 'berurusan' dengan perempuan itu. Apa hubungan mereka?
Membayangkan itu saja sudah membuatkan dia tersenyum sinis. Akal jahatnya berfungsi tika ini, seakan menghantar signal dalam benaknya yang sudah 'berkarat' dengan pelbagai muslihat.
"Non lo faremo!" (We won't!) Masing-masing menayangkan wajah yakin. Yakin bahawa misi mereka kali ini akan berjaya.
"Riguardo a quella donna.. cosa dovremmo farle?" (About that woman.. what are we supposed to do to her?" Tanya lelaki yang masih setia menanti arahan dari tuan mereka. Tentu lelaki itu sudah mempunyai muslihatnya sendiri. Mana mungkin tuannya akan melepaskan perempuan itu begitu saja.
Mendengarkan soalan yang keluar dari mulut anak buahnya, dia segera memusingkan kedudukannya. Menghadap anak buahnya. Sistem penglihatannya melihat wajah anak-anak buahnya yang masih tidak berani menatap wajahnya. Takut.
"Rios, portamela viva!" (Rios, bring her to me alive!) Arah lelaki itu tegas. Wajahnya bengis. Sebut sahaja tentang perempuan itu, dadanya membuak ganas. Emosi yang sedang ditahannya tadi kini bergelora hebat.
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...