"Eh? Cikgu jumpa siapa tu?"
Ketika dalam perjalanan melintasi kantin sekolah, Suhaina dan Suzana terserempak dengan Amin yang sedang bercakap dengan seorang lelaki di meja kantin.
"Haah la? Ayah budak kot.." jawab Suzana sambil mengecilkan matanya melihat.
"Tapi muda sangatlah kalau nak kata ayah. Abang agaknya?" tanya Suhaina lagi.
"Mungkin...? Hah. Dia dah gerak dah tu.." tunjuk Suzana ke arah mereka selepas melihat lelaki yang bercakap dengan Amin tadi bangun dari kerusi. Selepas bercakap seketika, lelaki tu kemudiannya berlaku pergi meninggalkan Amin tanpa bersalam.
"Eh? Dah dia tu kenapa? Macam tu je dia tinggalkan cikgu tak salam tak apa?" Suhaina terasa sedikit emosi dengan perbuatan lelaki itu. Manakala Suzana hanya berdiam diri. Cuba mengamati wajah lelaki tersebut selepas wajah lelaki itu mula kelihatan pada pandangan mereka.
"Lelaki tu macam pernah nampak la..?" kata Suzana selepas itu. Dia cuba mengingati siapa, tapi gagal.
"Siapa?" tanya Suhaina.
"Tak ingat. Tapi macam pernah jumpa la..." berkerut wajah Suzana cuba mengingat.
"Itulah. Abang budak sekolah ni la kot? Dah-dah jom jumpa cikgu. Tanya dia apa yang berlaku tadi," kata Suhaina sambil menarik tangan Suzana. Suzana menuruti sambil tersenyum.
Suhaina dan Suzana mula menghampiri Amin. Amin juga menyedari kehadiran mereka.
"Eh? Kamu tak balik lagi?" tanya Amin sebaik sahaja melihat mereka.
"Nak balik lah ni cikgu! Tapi tulah ternampak pulak cikgu bersembang dengan laki tu. Err, siapa tu cikgu?" tanya Suhaina, cuba mengorek. Manakala Suzana di sebelah mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Eh, sibuk je budak-budak ni..!" kata Amin sambil mengerutkan wajahnya.
"Ala, cikgu!" Suhaina seakan merengek.
"Bukan apa cikgu. Sebab kitorang nampak orang tu macam ada masalah je dengan cikgu. Bersalam dulu pun tak sebelum dia blah tadi," jelas Suzana. Dia berpaling ke arah lelaki tersebut yang masih kelihatan sedang berjalan pergi. Riak muka Suzana jelas terpancar ketidakpuashatian.
Lelaki tersebut (Yayat) tiba-tiba berhenti berjalan dan menoleh ke arah mereka. Cepat-cepat Suzana mengalihkan pandangannya.
"Alamak, cikgu! Dia pandang sini pulak!" kata Suzana dengan suara agak nyaring kerana teruja dengan situasi yang mengejutkan dan suspen itu. Suhaina di sebelah ketawa besar.
"Haa! Yang kamu tengok-tengok dia kenapa? Biar jelah dia!" Amin tersenyum, agak geli hati dengan situasi tiba-tiba ini. Dia sendiri tidak menyangka bahawa Yayat boleh pula tiba-tiba berpaling ke arah mereka.
Suzana menoleh lagi ke arah lelaki itu (Yayat) dengan ekor matanya. Ternyata lelaki itu tidak memandang ke arah mereka lagi, namun dia berdiri tegak pula tidak bergerak dari kedudukannya.
"Eh, cikgu? Dia buat apa pulak tu tercegat je?" tanya Suzana seolah berbisik.
"Ha ah cikgu..takut kitorang tengok.." Suhaina sedikit bimbang.
"Dah-dah. Biar je dia. Dia tak makan orang. Kamu balik je rumah. Tak payah pikir pasal dia lagi," kata Amin.
"Tapi cikgu tak bagitau lagi kitorang dia tu siapa!" Suhaina mengingatkan.
"Ha'ah la cikgu!" Suzana pula menyokong.
Amin menggarukan kepalanya. Sibuk betul budak-budak ni..
"Dia tu sebenarnya...-" percakapan Amin terhenti. Dia teringat sesuatu.
Alamak!
Suhaina dan Suzana ni peminat tegar Mia Sofea. Kalau dirinya bagitau lelaki yang ditemuinya tadi adalah pengurus Mia Sofea, 'meletup' Suhaina dan Suzana nanti!
"Err..tu kawan cikgu. Dia ada masalah sikit, pasal bos dia. Nak bincang dengan cikgu. Tu yang datang sekolah ni nak jumpa cikgu.."jelas Amin. Dia tidak menipu di sini, cuma tidak bercerita secara terperinci sahaja.
Boleh saja kalau Amin katakan lelaki adalah abang pelajar di sini, atau cikgu daripada sekolah lain untuk meringkaskan cerita. Namun sebagai seorang cikgu, adalah suatu perkara yang pantang bagi Amin kalau menipu anak murid sendiri.
"Laa..tu je ke cikgu? Ingatkan apa tadi. Bosan lah.." Suhaina mencebik bibirnya.
"Itulah..." Suzana juga menunjukkan tanda hilang minat. Dia sempat menoleh ke arah Yayat. Namun lelaki itu sudahpun tiada dan berlalu pergi.
Amin tersenyum. Dia berjaya mengalihkan perhatian pelajarnya daripada bertanyakan tentang Yayat lagi.
Namun...
Sampai bila?
Nak tak nak, berita tentang perkahwinannya dengan Mia Sofea akan diketahui oleh semua orang juga nanti, termasuklah Suhaina dan Suzana. Silap-silap, nanti mereka pun akan mengecam Yayat sebagai pengurus Mia Sofea nanti.
Dan pada masa itu juga, mungkin dia tidak dilayani sebagai Cikgu Amin lagi. Sebaliknya dilayan sebagai suami kepada Mia Sofea...
"Cikgu, kitorang pulang dulu lah!" Suzana mula membetulkan beg galasnya, bersedia untuk bergerak pulang.
"Ha'ah la cikgu! Kitorang balik dulu lah. Cikgu bila balik?" tanya Suhaina pula.
Pada ketika ini, Suzana menerima satu notisfication dalam telefonnya. Dengan segera Suzana mengambil dan membacanya.
"Nanti cikgu balik. Ada kerja la--"
"Aaa!!!!"
Belum sempat Amin menghabiskan kata-katanya, kedengaran Suzana menjerit sambil merenung skrin telefonnya dengan wajah terkejut.
"Zana? Ada apa ni?" Amin sedikit bimbang, kalau-kalau Suzana menerima berita kecemasan dari keluarganya. Manakala Suhaina merapati Suzana dan melihat ke arah skrin telefonnya. Dan Suhaina turut terkejut!
"Zana, Ina? Ada apa ni? Ada berlaku apa-apa ke ni? Cakaplah nanti cikgu tolong!" kata Amin. Dadanya berdegup kencang menunggu kata-kata Suzana dan Suhaina.
"Cikgu..." Suzana memandang Amin dengan wajah seakan tidak percaya. Amin mempersiapkan dirinya untuk menerima sebarang berita tidak baik yang keluar dari mulut Suzana nanti.
"Cikgu... Mia Sofea nak kahwin!!!" Suzana menjerit.
"Aaaa!!!!!" Suhaina juga turut menjerit dengan emosi yang penuh dengan perasaan terkejut.
Manakala Amin pula tergamam, tidak mengeluarkan sebarang reaksi.
Tiba-tiba blank.
YOU ARE READING
Isteri Paling Popular!
RomanceCover by: Canva Model: IG @sema.henna Amin adalah seorang guru sekolah menengah yang sukakan kehidupan yang aman, normal dan biasa. Namun segalanya berubah apabila dia dijodohkan dengan Mia Sofea, seorang artis wanita paling popular dan ternama..