Bab 84

1K 22 0
                                    

Nama Mia Sofea naik lagi.

Kali ini adalah kerana kehadiran Sara Sofea yang merupakan kakak kandung kepada Mia Sofea. Jika Sara Sofea adalah orang biasa, mungkin masyarakat tidak peduli. Namun setelah diselidiki, kakak Mia Sofea itu bukanlah calang-calang orangnya. Seorang model terkenal dan CEO muda berpengaruh di sebuah syarikat fesyen di London.

Dengan kata lain, power dan pengaruh Mia Sofea semakin bertambah. Orang-orang politik yang dahulunya cuba untuk pergunakan populariti Mia Sofea, perlahan-lahan telah mengundurkan diri mereka. Tidak berani menyentuh Mia Sofea lagi.

Nama Mia Sofea semakin besar.

Kesan daripada perkara ini, Sara Sofea juga mula berubah. Dia tidak lagi bergaul secara bebas seperti mana dahulu. Tidak lagi menyertai parti-parti liar. Sara Sofea juga telah memutuskan hubungan dengan semua teman lelakinya. Dia lebih menjaga hubungannya dengan orang lain. Ini adalah demi untuk memelihara reputasi baik adiknya Mia Sofea.

Amin pula semakin resah. Perkara ini semakin membebankan Amin sebenarnya. Populariti dan pengaruh Mia Sofea yang semakin bertambah membuatkan Amin terasa semakin bimbang apa yang akan berlaku nanti seandainya masyarakat mengetahui akan hubungannya dengan Mia Sofea.

Tidak dapatlah dia menjalani kehidupan dengan tenang di sekolah lagi...

"Cikgu!"

Amin terkejut daripada lamunannya. Suzana dan Suhaina ketawa, melihat cikgunya itu terkejut.

Pada ketika itu, pasukan bola jaring sekolah sedang menjalani latihan demi menghadapi pertandingan bola jaring peringkat daerah. Mereka gagal tahun lalu selepas terkandas di peringkat separuh akhir. Kali mereka mereka berazam untuk memenangi peringkat daerah dan seterusnya mewakili daerah mereka untuk ke peringkat negeri pula. Dan seterusnya, ke peringkat kebangsaan.

"Ada apa Su?" tanya Amin. Amin hanyalah pengurus pasukan. Yang memantau latihan kebiasaannya adalah jurulatih mereka, Ustazah Husna.

Namun, Ustazah Husna belum hadir ke sekolah lagi. Masih bercuti selepas Hari Guru pada bulan lalu.

"Tak ada apa cikgu. Bosan lah..." Kata Suzana.

"Bosan?"

"Kitorang berlatih benda sama je cikgu. Kitorang nak juga berlatih teknik-teknik, macam kitorang buat dengan ustazah dulu.."

"Yalah, cikgu. Mana Ustazah Husna ni? Cuti lagi ke dia?" sambung Suhaina pula.

Amin tidak menjawab. Dia sendiri tidak tahu dimanakah keberadaan Ustazah Husna sekarang. Kali terakhir mereka berhubung, semasa Hari Guru yang lalu. Selepas itu, mereka langsung terputus hubungan. Mesej dan panggilan Amin kepada tidak terjawab.

"Entahlah...cikgu pun tak tahu.."

Amin memerhatikan pelajar-pelajar lain yang masih lagi sedang berlatih dengan gigih. Namun latihan yang dibuat oleh mereka biasa-biasa sahaja. Sekadar latihan rutin.

Dia tidak boleh buat apa-apa dalam hal ini. Ini kerana Amin bukanlah jurulatih bola jaring yang bertauliah. Dia langsung tak ada latar belakang dan pengalaman dalam sukan bola jaring ni. Dia cuma tahu serba sedikit tentang peraturan sahaja, itu pun dipelajarinya selepas menjadi pengurus untuk pasukan bola jaring sekolah ini.

"Cikgu carilah ustazah kat rumah dia cikgu," Suzana memberi cadangan.

"Ah, tak manis pulak macam tu. Kan ramai lagi cikgu perempuan kat sini?" Jawab Amin.

"Eh, cikgu? Entah-entah Ustazah Husna kahwin tak? Itu yang dia cuti lama. Alamak..." Kata Suhaina pula.

"Kenapa 'alamak' pulak? Baguslah kalau dah kahwin kan? Benda baik tak boleh tangguh," kata Amin. Serta merta dia terasa dengan kata-katanya itu.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now