Bab 75

871 18 0
                                    

"Lelaki melayu? Eeuuuu!"

Jenny membuat muka meluat sebaik sahaja Sara Sofea meneka jawapan sebagai "lelaki Melayu" ketika mereka sedang berbual di sebuah kelab malam di London mengenai ciri-ciri teman lelaki idaman Jenny.

"Kenapa tidak? Kan awak pun orang Melayu?" tanya Sara Sofea dalam bahasa inggerisnya.

Jenny hanya tersenyum. Jenny, atau nama sebenarnya Siti Jannah adalah antara kawan rapat kepada Sara Sofea. Dia adalah anak kepada salah seorang ahli politik yang terkenal di Malaysia. Tinggal dan bekerja di London.

Jenny dan Sara Sofea agak rapat, mungkin kerana mereka mempunyai susur galur yang sama sebagai orang Melayu di tengah-tengah Kota London ini.

"Awak tanya saya kenapa?"

"Yeah? Kenapa?"

"Lelaki melayu ni tak boleh harap! Pemalas. Tak tahu berdikari. Judgemental! Tak romantik!" Jelas Jenny.

"Teruk sekali ke lelaki melayu ni?"

"Sangat! Teruk!"

"Wow.."

"Trust me baby. Saya dah banyak kali couple dengan lelaki melayu. Semuanya sama! Lebih baik saya couple dengan orang putih. Macam awak..."

Sara Sofea mengangguk-angguk. Itulah kali pertama dia mendengar mengenai ciri-ciri lelaki melayu.

******

Sara Sofea memerhatikan lagak seorang lelaki Melayu yang sedang berdiri sambil nengadap tasik. Dia teringat akan perbualan dirinya dengan rakannya Jenny mengenai lelaki Melayu pada suatu ketika dahulu.

Setelah berfikir panjang, Sara Sofea akhirnya mengambil keputusan untuk menawan hati lelaki melayu itu dan menjadikannya sebagai teman lelaki.

Dengan kata lain, dia ingin merasai sendiri betapa teruknya lelaki Melayu ini!

"Hi!" Sara Sofea menegur lelaki melayu tersebut dengan penuh mesra.

"Hi..." Balas lelaki itu kembali dengan wajahnya yang berkerut. Agak hairan dengan kehadiran tiba-tiba Sara Sofea di sisinya.

"What are u doing alone here? Waiting for someone?" Tanya Sara Sofea lagi sambil melemparkan senyuman semanis mungkin, dengan harapan supaya lelaki melayu itu tertarik dengannya.

Namun lelaki itu menggelabah.

Amin, menggelabah.

Apahal pulak tetiba cakap orang putih ni? Mat Salleh mana ni? Tapi muka macam melayu je?

Mindanya tiba-tiba diserang dengan pelbagai persoalan.

Bercakap dalam bahasa Inggeris sememangnya suatu kelemahan besar bagi Amin. Dia selalu diserang panik seandainya diajukan  percakapan bahasa inggeris kepadanya. Jika dirinya perlu bercakap dalam bahasa inggeris, Amin memerlukan sekurang-kurangnya dua jam bagi membolehkan dirinya betul-betul bersedia. Sebagaimana ketika dirinya pergi ke Turki suatu ketika dahulu.

Jika 'diserang' oleh bahasa inggeris seperti ini...memang naya Amin dibuatnya!

"Err...i look tasik. Look-look.."

Amin, dengan bahasa inggeris kotak-kotaknya.

Sara Sofea tergamam. Bahasa Inggeris apa yang lelaki ni cakap? Langsung tak faham!

Sesaat kemudian barulah Sara Sofea menyedari bahawa lelaki ini mungkin tidak mahir dalam bahasa inggeris. Sepatutnya dirinya sedar dari awal lagi bahawa dia sekarang berada di Malaysia, bukannya di London.

"Hmm...awak.. Awak buat apa di sini?"

Sara Sofea akhirnya bercakap dengan bahasa Melayu. Kali pertama selepas beberapa tahun. Kerana itu bahasa Melayu Sara Sofea kedengaran baku dengan loghat british.

"Laa...awak boleh cakap melayu rupanya!" Amin menghembuskan nafas kelegaan. Mati la dia kalau terus menerus bercakap bahasa inggeris tadi.

"Saya boleh cakap malay..tapi sudah lama tak cakap. Saya ingat-ingat lupa.." jelas Sara Sofea.

"Hmm...awak tak duduk sini ke?"

"Duduk? U mean sit? Sini tak ada kerusi mana boleh saya duduk.."

"Bukan...! Maksud saya, awak tak tinggal di sini ke?"

"Tidak. Saya tinggal di Britain. London.."

"Ooh..! Patutlah! Awak buat apa sini? Ada buat program dengan student kat sini ke?" Tanya Amin, sedikit teruja.

Sara Sofea tersenyum. Nampaknya 'connection' berjaya diwujudkan. Peluangnya untuk memikat lelaki ini agak cerah!

"Ya. Saya ada program di sini tadi. Sekarang saya hanya jalan-jalan, tengok suasana di Universiti Putra ini.."

"Macam tu.."

"Awak pelajar kat sini ke?"

"Eh? Bukan. Saya bekas pelajar. Saya datang sini sebab nak jumpa bekas lecturer saya. Nak bagi surat jemputan untuk datang majlis reunion nanti..."

"I see. Saya ingatkan awak student kat sini. Nampak muda lagi!"

"Hehehe. Biasalah.."

"So, apa awak buat di tasik ni sorang-sorang?"

Ah, terpaku sedikit Amin dibuatnya dengan soalan tersebut. Agaknya mungkin terlihat aneh oleh orang lain dengan perbuatan seorang diri berdiri sambil mengadap tasik.

Acah-acah jiwa kacau macam tu.

"Tak ada..saya cuma teringat kenangan lalu. Itu je.."

"Kenangan lalu? Is it...girl? Awak teringat perempuan awak?"

"...ya. Macam tu lah.."

Memikirkan bahawa perempuan tersebut tidak mengenali dirinya, malahan tidak tinggal di Malaysia, Amin mengambil keputusan untuk bersifat terbuka sahaja dengan perempuan tersebut.

"I see..."

Sara Sofea menunjukkan riak wajah yang sedih. Namun jauh di sudut hatinya, dia amat gembira. Lelaki yang sedang kecewa amatlah senang untuk dipikat!

Amin pula berasa hairan. Apahal pulak perempuan ni macam sedih? Nampak sedih sangat ke perbuatan aku ni berdiri sorang-sorang depan tasik? Getus fikiran Amin.

"That is life..we have up and down. But somehow life must goes on. We always will find something better in front of us one day..." Sara Sofea memberi kata-kata semangat kepada Amin.

Amin mengangguk kepalanya sambil tersenyum. Hakikatnya, dia langsung tak faham sepatah haram pun ayat bahasa inggeris yang dilontarkan perempuan di hadapannya ini.

"Kalau awak tak kisah, boleh temankan saya jalan-jalan di sini? Di samping itu awak boleh ceritakan kisah kenangan awak kepada saya.." kata Sara Sofea lagi. Dia bergerak ke tahap yang seterusnya dalam usaha memikat Amin.

Ahh...sudah.

Amin mengeluh. Tapi hanya di dalam hati sahaja.

Dia sebenarnya ingin terus pulang ke rumah. Selesai berjumpa dan menghantar surat jemputan majlis reunion kepada bekas pensyarahnya tadi, Amin terpandang pula tasik Varsiti yang terhampar indah di tengah-tengah Universiti Putra ini. Serta merta Amin teringat akan kenangannya dating bersama Mia Sofea di sebuah tasik di kota Istanbul suatu ketika dahulu.

Maka Amin mengambil keputusan untuk singgah sebentar di tasik ini, sekadar untuk mengimbau kenangan dan perasaan jiwangnya terhadap Mia Sofea. Asalnya tidak lama, mungkin lima ke sepuluh minit sahaja.

Namun, mungkin dia terpaksa meluangkan lebih masa di sini, selepas pertemuan yang tidak disangka dengan perempuan aneh di hadapannya sekarang!

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now