"Berapa dik?"
"10 ringgit bang!"
Amin mengeluarkan dompetnya, bersedia untuk membayar.
"Eh, kau nak bayar? Biarlah aku yang bayar kan aku yang ajak?"
Mia Sofea menahan Amin.
"Kan saya yang order tadi mestilah saya yang bayar, kan? Takpe next time kita makan lagi awak bayar, okey?"
Amin tersenyum, menghargai tindakan Mia Sofea yang menawarkan dirinya untuk membayar.
Next time...
Tak semena-mena Mia Sofea tersenyum sebaik sahaja mendengar perkataan tersebut.
Amin kemudian menghulurkan not wang sepuluh ringgit kepada remaja lelaki penjual burger tersebut.
"Terima kasih bang. Jual ya?"
Remaja lelaki penjual burger kemudian memerhatikan Mia Sofea.
"Kak. Muka kak macam artis la. Dari tadi saya dah perasan sebenarnya.."
Amin dan Mia Sofea sedikit terkejut dengan kata-kata tersebut. Sedetik kemudian mereka tersenyum.
"Awak tengok muka akak ni macam siapa?"
Amin bertanya, cuba menguji.
"Macam Mia Sofea!"
Mia Sofea kemudiannya tertawa sambil menggelengkan kepalanya.
"Dah selalu orang cakap macam tu. Tapi kalau betul kakak ini Mia Sofea, macammana?"
Sekali lagi Amin cuba menguji.
"Ish! Tak kan lah artis Mia Sofea tu makan burger tepi jalan macam ni malam-malam bang. Lagipun, err..."
"Lagipun apa?"
"Mia Sofea kan lemah lembut sikit. Tapi kakak ni macam kasar sikit lah.."
Kah kah kah!
Berdekah Amin ketawa. Mia Sofea kemudiannya melepaskan satu tumbukan ke lengan Amin. Amin masih lagi ketawa sambil menggosok lengannya yang sakit.
"Sorry kak.."
Mia Sofea tidak memberi respon permohonan maaf remaja lelaki tersebut.
"Ala dik, benda betul nak mintak maaf buat apa? Ah, terima kasih ya? Saya beli.."
Ujar Amin sambil berlalu dari situ dan menarik baju lengan Mia Sofea menuju ke basikal mereka.
Mia Sofea kelihatan masam mencuka.
"Aish, budak tu ada ke kata aku ni kasar?"
Mia Sofea membentak.
"Eh, salah ke?"
"Tak. Bukan masalah tu... Yang kau pulak ketawa gelak-gelak apasal? Kelakar ke?"
"Laa...pasal kelakar la saya gelak! Hahaha!"
Mia Sofea sekali lagi kegeraman. Dia cuba memukul Amin namun Amin mengelak. Mia Sofea mencuba lagi namun Amin tetap mengelak. Mereka kemudian berkejar-kejaran mengelilingi basikal, dengan Mia Sofea yang cuba memukul dan Amin yang cuba mengelak.
Remaja lelaki penjual burger tadi hanya memerhatikan mereka dari jauh sambil menggelengkan kepalanya...
"Ish, macam budak-budak!"
Setelah puas berkejaran, dengan termengah-mengah Amin mengajak Mia Sofea untuk pulang. Beralah, Mia Sofea setuju untuk pulang.
Mereka kemudiannya menaiki basikal, dan bergerak menuju ke rumah Amin.
Perjalanan dari gerai burger ke rumah Amin itu sebenarnya tidaklah begitu jauh. Kira-kira 3 simpang sahaja. Lima belas minit kemudian, Amin dan Mia Sofea akhirnya tiba di rumah Amin.
Sebaik sahaja tiba di hadapan pagar rumah, Amin melihat ibunya Rugayyah sudahpun menunggu di pintu dengan wajah yang penuh dengan kerisauan. Segera Amin memanggil ibunya.
Wajah kerisauan Rugayyah kemudian bertukar menjadi gembira. Seketika daripada gembira, wajah Rugayyah bertukar pula menjadi marah. Marah kerana Amin tidak menghubungi dirinya selepas pulang lewat.
Dan daripada marah, wajah Rugayyah bertukar lagi menjadi terkejut...
Terkejut, apabila melihat Mia Sofea berada di samping Amin!
Dengan penuh rasa hormat, Mia Sofea menghampiri Rugayyah yang masih lagi terkejut itu. Mia Sofea menghulurkan tangan untuk berjabat salam.
"Mak cik..."
Mia Sofea bersalam sambil mencium tangan Rugayyah.
"Mia Sofea ke ni?"
Rugayyah masih seakan tidak percaya. Tiba-tiba sahaja Mia Sofea berada di hadapannya.
"Hehehe. Mia la ni mak cik!"
"Macam mana Mia..eh?"
"Mia lah tu ma! Tak kan la hantu raya dia pulak hehe.."
Kata Amin sambil menyusun kasutnya di rak.
"Ah, err.. jemput la masuk dulu Mia."
"Mak cik, boleh Mia pinjam telefon sekejab? Mia nak telefon mak. Mak Mia tak tahu lagi Mia kat sini. Risau pulak dia nanti.."
"Eh? Boleh-boleh. Telefon dekat dapur sana tu. Mia pakai je!"
"Terima kasih mak cik..."
Mia Sofea memasuki rumah dan terus menuju ke dapur untuk menelefon ibunya Hamidah untuk memberitahu dia kini sedang berada di rumah Amin.
Rugayyah memerhatikan Mia Sofea yang sedang berjalan menuju ke dapur itu.
Dia kemudian memandang ke arah Amin yang sedang tersengih-sengih.
"Hehehe. Jangan risau mak! Nanti Amin cerita. Panjang ceritanya hari ni!"
YOU ARE READING
Isteri Paling Popular!
RomanceCover by: Canva Model: IG @sema.henna Amin adalah seorang guru sekolah menengah yang sukakan kehidupan yang aman, normal dan biasa. Namun segalanya berubah apabila dia dijodohkan dengan Mia Sofea, seorang artis wanita paling popular dan ternama..