Bab 85.2

2.6K 32 12
                                    

Seperti biasa, Mia Sofea membaca surat khabar di dalam keretanya ketika perjalanan menuju ke set penggambaran pada pagi itu.

"Geng Kak Long?" Mia Sofea terkejut.

"Hah? Apa tu?" tanya Yayat di sebelahnya.

"Tak. Ini ada berita pasal kumpulan gengster Geng Kak Long. Kelakar pulak nama tu.." jawab Mia Sofea.

"Geng Kak Long? Apahal kelakar sangat nama tu?"

"Itulah. Bagi la nama ganas sikit kan? Ini nama 'Kak Long'. Macam-macam la zaman sekarang ni..." Kata Mia Sofea sambil melipat kembali surat khabar tersebut. Dia kemudian meletakkan kembali naskhah surat khabar tersebut di ruang poket kerusi di hadapannya.

"Geng Kak Long...mesti ketua diorang ni perempuan kan?" Yayat meneka.

"Mungkin. Wah, scary la. Perempuan pun boleh jadi ketua gangster!" Kata Mia Sofea.

"Kau lagi la gengster..."

"Apa kau cakap?"

"Eh, takde. Hehe..."

"Sebut pasal kak long-kak long ni, si Mail dengan Zam ada contact kau tak? Macam dah lama pulak aku tak dengar khabar diorang.." Mia Sofea mengurut dagunya memikirkan hal Mail dan Zam.

"Oh, tak ada pulak... Tapi, eh? Apa diorang buat sebenarnya sampai hilang punya lama?" Tanya Yayat.

"Entah. Aku pun tak pasti. Itu hari Zam dengan Mail ada jumpa aku. Diorang kata apa entah aku pun tak faham. Diorang mintak izin aku, lepas tu diorang blah..." Jawab Mia Sofea.

"Ish. Mintak-mintak la bukan buat kerja haram!"

"Alah. Tak ada nya. Aku dah pesan kat diorang awal-awal jangan buat benda pelik, jenayah ke apa.."

"Itulah.."

Perbualan mengenai Mail dan Zam habis di situ sahaja. Mia Sofea dan Yayat kemudiannya berbual perkara lain yang menjurus kepada aktiviti Mia Sofea untuk hari ini. 

Pada malamnya selepas selesai semua penggambaran, Mia Sofea akhirnya pulang ke rumah. Sebaik sahaja memasuki kawasan rumah dia dikejutkan dengan Mail dan Zam yang sedang bermain dengan kucing-kucing Mia Sofea di luar pintu.

"Astaghfirullahal'azim korang ni! Terkejut aku!" Mia Sofea menggelengkan kepalanya.

"Ah! Kak Long! Apa khabar!" kata Mail dan Zam serentak sambil menundukkan badannya tanda hormat  sebaik sahaja menyedari kehadiran Mia Sofea.

"Apa korang buat sini?" tanya Mia Sofea.

"Tak ada Kak Long. Kitorang cuma nak bagi report je hehe," jawab Mail.

"Laa... Telefon si Yayat je lah!"

"Err..phone kitorang rosak Kak Long. Jatuh itu hari. Itu pasal kitorang datang sini terus hehe," kata Zam pula.

"Macam-macam la korang ni. Hah, Korang ni pergi mana sampai lama sangat tak nampak ni?"

"Maaf Kak Long. Kitorang lambat sikit. Tapi kerja kitorang dah setel. Geng Parang Hitam dah tak ada. Kitorang dah berjaya hapuskan!" kata Mail dengan bangganya.

"Geng Parang Hitam? Apa tu?" tanya Mia Sofea kehairanan. Dia blur.

"Betul Kak Long. Diorang semua dah kena tahan polis. Kawasan kita dah bersih, tak kan kena kacau lagi!" sambung Zam pula.

"Geng Parang Hitam apa ni?" Mia Sofea mengulangi soalannya.

"Geng Parang Hitam tu lah...yang kami bagitau Kak Long dulu? " kata Zam

"Yang ganggu kawasan kita tu?" Sambung Mail pula.

"Ish. Tak ingatlah aku. Tapi, eh. Geng Parang Hitam... Bukan ke yang masuk surat khabar pagi tadi?"

"Betul Kak Long. Yang tu lah. Masuk suratkhabar tuu! Bangga jugak kitorang bila baca hehe!" Mail tersengih-sengih dan menunjukkan thumbs up kepada Mia Sofea.

"Tapi, jab! Kejab.. Apasal korang terlibat pulak? Seingat aku, pagi tadi aku terbaca Geng Parang Hitam ni ada pergaduhan dengan Geng Kak Long... Eh?" Mia Sofea menyedari sesuatu.

"Geng Kak Long tu, Kak Long punya geng lah. Kitorang la tu!" kata Mail.

"Ehh???!!!"

"Betul Kak Long..." kata Zam selepas itu.

"Macam mana korang boleh buat geng pulak ni?" Tanya Mia Sofea, suaranya hampir menjerit kerana terlampau terkejut.

"Kitorang bukannya nak buat geng pun. Tapi makin lama, makin ramai pulak yang join kitorang lawan Geng Parang Hitam tu. Lepas tu ada sorang budak tu tanya apa nama kumpulan kita. Saya jawab, kumpulan kita tak ada nama. Semua di bawah Kak Long je. Dari situ, dapat lah nama kumpulan Geng Kak Long..." jelas Zam.

"Jadinya, ketua geng-geng korang ni...?"

"Eh? Kak Long la ketua dia. Boss kitorang. Nama pun Kak Long, kan?" kata Mail.

Melopong mulut Mia Sofea mendengarnya. Ternyata ketua kumpulan gangster perempuan yang disebutnya pagi tadi adalah dirinya sendiri!

Hampir terduduk Mia Sofea dibuatnya. Kalau benda ni tersebar, Mia Sofea adalah ketua kumpulan gangster boleh kecoh satu Malaysia!

"Korang tak ada buat apa-apa jenayah kan?" tanya Mia Sofea meminta kepastian.

"Ish. Tak ada Kak Long! Kan Kak Long dah pesan kitorang jangan buat kerja-kerja macam tu!"

"Be-berapa ramai geng korang ni?" tanya Mia Sofea dalam keadaan dirinya belum bersedia menerima perkara ini sepenuhnya.

"Saya rasa...ada lah dalam lima puluh orang," jawab Mail.

"Ya Allah," Mia Sofea menepuk dahi. Tak sangka ramai sebegitu.

Mia Sofea mula berfikir. Kalau dia bubarkan sahaja Geng Kak Long ni tak boleh jugak. Nanti kalau dilepaskan mereka semua mungkin membuat jenayah di tempat lain pula. Tak pasal-pasal dirinya akan dibebani perasaan bersalah nanti.

Tiada jalan lain, melainkan terpaksa menjadi ketua kumpulan Geng Kak Long ni.

Mia Sofea akhirnya menjadi ketua kumpulan gengster!

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now