Bab 36

973 23 0
                                    

Liyana Amin tersenyum.

Bekas pelakon wanita nombor 1 negara itu kini berasa puas. Perancangannya setakat ini berjalan dengan lancar...

Mia Sofea bakal dijatuhkan!

Liyana Amin menyedari Mia Sofea adalah seorang artis yang mempunyai sebuah reputasi yang amat baik. Kerana itu jika fitnah ingin dikenakan ke atasnya, fitnah tersebut haruslah disusun dengan rapi dan juga perlu mengambil pertolongan pihak berpentingan yang lain.

Melihat kepada Pilihanraya Negeri Kedah yang bakal diadakan tidak lama, Liyana Amin mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan seorang ahli politik yang agak terkenal,

Iaitu Dato' Seri Hamdan Kassim, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

*****

Sebulan lepas.

Di hadapan kolam renang di sebuah resort mewah, kelihatan seorang lelaki 50-an sedang duduk berehat di kerusi malas. Tangannya memegang segelas jus oren yang mempunyai payung kecil di atasnya.

Tipikal perbuatan orang-orang kaya..

Seorang wanita cantik kemudiannya muncul dari belakang dan menegur lelaki 50-an tersebut.

"Dato'...?"

Lelaki 50-an, atau sebenarnya Dato' Seri Hamdan Kassim berpaling ke kanan dan melihat Liyana Amin yang sedang tersenyum. Dato' Hamdan Kassim memandang Liyana Amin bersahaja tanpa respon. Dia kemudian berpaling wajahnya kembali melihat ke arah kolam. Kelihatan riak wajahnya sedikit bosan.

"Kamu nak apa lagi Liyana? Saya dah tak boleh tolong kamu lagi. Tiap kali saya tolong, kamu yang jatuhkan kerjaya kamu sendiri. Saya tolong lagi, kamu jatuhkan balik. Sampai bila? Lama kelamaan nanti orang akan nampak perkaitan kamu dengan saya. Macam-macam orang buat spekulasi kat saya nanti!" kata Dato' Seri Hamdan Kassim.

Liyana Amin hanya tersenyum.

"Dato', tak kan Dato' dah lupa sumbangan saya pada Dato' dulu?" kata Liyana Amin.

"Kamu nak ugut saya?" Dato' Seri Hamdan Kassim memandang Liyana Amin dengan riak wajah tidak puas hati.

"Eh, terserah lah pada Dato' nak fikir apa... Saya dah tak kisah dah," jawab Liyana Amin dengan bersahaja.

Dato' Seri Hamdan Kassim terus merenung wajah Liyana Amin dengan tajam.

Tidak dinafikan, Liyana Amin merupakan salah seorang key person kepada kerjaya Dato' Seri Hamdan Kassim sekarang. Dahulunya Dato' Seri Hamdan Kassim hanyalah seorang ahli politik yang biasa. Namun atas bantuan Liyana Amin yang sering menyalurkan pelbagai maklumat sulit berkaitan dengan bidang hiburan kepadanya, Dato' Seri Hamdan Kassim akhirnya berjaya menduduki tempatnya sekarang.

Setiap industri hiburan di mana-mana negara ada sisi gelapnya masing-masing. Mengambil contoh Korea Selatan yang terkenal dengan budaya K-pop, mereka juga mempunyai sisi gelapnya tersendiri apabila beberapa artis mereka dikatakan pernah terpalit dengan pelacuran sebagai harga yang perlu dibayar sebelum memasuki bidang hiburan K-pop. Begitu juga dengan Bollywood. Bidang perfileman Bollywood dikatakan telah diterajui oleh beberapa keluarga tertentu yang mempunyai pengaruh besar sehingga dapat mengawal ahli politik dan polis yang kemudiannya memberikan 'lesen' untuk mereka membuat sesuka hati sehingga melampaui undang-undang.

Begitu juga dengan industri hiburan Malaysia.

Walaupun tidak segelap industri K-pop atau Bollywood, industri hiburan Malaysia turut mempunyai sisi gelapnya apabila beberapa ahli politik dikatakan mempunyai tangan yang mengawal industri ini. Mereka sesuka hati memberikan dana kepada agensi dan produksi berkaitan dengan kroni mereka. Selain itu, beberapa artis juga telah dipaksa untuk berkahwin dengan ahli politik supaya mereka dapat mengekalkan populariti mereka. Jika mereka enggan, kerjaya mereka akan dijatuhkan. Paling kotor, beberapa artis juga terlibat dengan pelacuran kelas atasan dengan ahli-ahli politik serta kroni mereka.

Segala maklumat yang berkaitan dengan sisi gelap itu telah disalurkan oleh Liyana Amin kepada Dato' Seri Hamdan Kassim yang kemudiannya dijadikan sebagai senjata untuk menjatuhkan lawan politiknya.

Ini kerana pada zaman sekarang, maklumat adalah senjata yang paling ampuh.

Paling terbaru, kes skandal seks antara seorang artis baru dan bekas menteri sewaktu ketika dahulu. Dato' Seri Hamdan Kassim lah yang membongkarkan skandal ini, dengan maklumat yang diberikan oleh Liyana Amin. Disebabkan oleh pembongkaran ini, populariti Dato' Seri Hamdan Kassim semakin meningkat dan dia akhirnya dipilih untuk menjawat jawatan menteri kabinet sehinggalah sekarang.

Liyana Amin juga mendapat ganjaran daripada perkara ini. Atas bantuan tangan ghaib dari Dato' Seri Hamdan Kassim, Liyana Amin telah mendapat pelbagai tawaran berlakon tanpa henti dan dia akhirnya berjaya menempatkan dirinya sebagai pelakon nombor satu di Malaysia.

Namun, kerjaya telah musnah dek kerana sikapnya sendiri dan juga kerana kehadiran Mia Sofea.

"Baiklah, Liyana. Kamu bagitau dulu apa yang kamu nak," Dato' Seri Hamdan Kassim mula berlembut. "Kalau saya setuju nak tolong, saya tolong. Kalau tak, saya terpaksa tolak.." sambungnya lagi.

"Saya ni sebenarnya nak tolong Dato'. Bukan Dato' yang tolong saya," jawab Liyana Amin.

"Haa?? Apa kamu cakap ni?"

"Dato', tak lama lagi Pilihanraya Negeri Kedah akan diadakan, betul? Ramai orang kata pembangkang bakal mengambil alih negeri Kedah ni disebabkan pengaruh kerajaan yang semakin berkurang, betul tak?"

"Jadinya?"

"Bagaimana jika saya tolong Dato'?"

"Kamu? Nak tolong apa? Hahahaha! Apa yang kamu faham pasal politik kita ni? Kamu tu artis je?"

"Jangan lupa Dato'. Artis ni lah nak bantu kerjaya politik Dato' dulu.."

Dato' Seri Hamdan Kassim berhenti ketawa. Dia memandang wajah Liyana Amin dengan wajah yang serius.

"Baiklah. Bagitau. Apa yang kamu boleh tolong?" kata Dato' Seri Hamdan Kassim selepas itu.

"Macam ni Dato'. Populariti parti kerajaan sekarang jatuh dengan pelbagai isu yang berlaku kan? Sebab tu tak mustahil kalau dikatakan pihak pembangkang boleh menang pilihanraya Kedah lepas ni.." Liyana Amin mula berhujah.

"Hmm. Teruskan..."

"Jadinya, kita perlu pulihkan balik populariti parti kerajaan ni Dato'!"

"Pulihkan? Macam mana?"

"Kita tumpang populariti orang lain!"

"Hah? Tumpang populariti? Nak tumpang populariti siapa?"

Liyana Amin tersenyum, dengan senyuman yang penuh dengan kejahatan.

"Mia Sofea!"

"Mia Sofea?!"

Dato' Seri Hamdan Kassim tergamam. Dia sama sekali tidak menyangka nama itu yang keluar dari mulut Liyana Amin.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now