Bab 62

1K 21 0
                                    

"Apa ciri-ciri lelaki idaman Mia?"

Pada suatu hari Datin Hidayah pemilik agensi Daya Bintang Entertainment bertanyakan soalan ini ketika dia sedang minum bersama Mia Sofea di sebuah kafe bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur. Ketika itu mereka sedang berbincang mengenai beberapa tawaran lakonan untuk Mia Sofea. Habis sahaja perbincangan, mereka mula bersembang kosong.

"Eh, Datin ni..itu pulak soalan yang nak ditanya haha," Mia Sofea ketawa.

"Jawab lah Mia. Saya pun nak tahu jugak. Mana tahu, kot-kot saya ada kenal someone yang kena dengan citarasa Mia? Besar pahala saya dapat kalau tolong orang bina masjid.." Datin Hidayah tersenyum.

Mia Sofea mengurut dagunya, mengambil masa berfikir seketika.

"Ciri-ciri eh? Susah lah nak cakap Datin. Jujurnya saya pun tak berapa fikir benda ni sebenarnya ni.." Mia Sofea hanya tersenyum tanpa memberikan jawapan pasti pada soalan tersebut.

"Sekarang memang la tak fikir. Nanti dah sampai masa fikir jugak kan?" Datin Hidayah mengusik Mia Sofea.

"Hehehe. Tapi apa yang boleh saya cakap, saya tak ada la idamkan apa-apa. Bagi saya cukup lah sekadar dia boleh terima diri saya yang sebenar. Sebab macam Datin sedia maklum saya ni kan kasar sikit orangnya. Saya tahu, kat luar sana tu orang nilai saya ni macam perempuan yang lemah lembut, sopan, perfect. Tapi hakikatnya saya tak perfect pun. Saya ni selalu cakap kasar, ganas, tak tahu masak, suka pasang lagu k-pop kuat-kuat, kadang-kadang malas kemas rumah. Kat rumah baju pun tak berlipat..." kata Mia Sofea sambil tersenyum tawar.

Datin Hidayah tersenyum. Dia mendengar kata-kata Mia Sofea dengan teliti.

"Ciri-ciri perempuan melayu terakhir tu langsung takde pada saya. Ada kalanya saya takut jugak, orang akan kecewa bila dah kenal siapa diri saya yang sebenar ni. Lagi-lagi orang lelaki..."

Datin Hidayah terus mendengar kata-kata Mia Sofea, membiarkan Mia Sofea meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Sebab tu...sebab tu saya tak fikir sangat pasal ciri-ciri lelaki idaman ni. Bagi saya, lebih baik jangan fikir. Sebab saya sendiri pun, diri saya yang sebenar ni pun mungkin bukan idaman untuk mana-mana lelaki..." kata Mia Sofea lagi selepas itu.

Datin Hidayah memegang tangan Mia Sofea.

"Mia jangan putus asa. InsyaAllah, jodoh tu tak ke mana. Akan ada seseorang yang boleh menerima diri Mia yang sebenar..." Datin Hidayah memujuk Mia Sofea yang kelihatan sedikit lemah semangat itu.

"Macam susah je Datin? Sebab di depan mata semua orang saya ni macam perempuan perfect. Macam watak-watak yang saya lakonkan. Padahal tu semua lakonan je. Kalau mereka dah kenal je diri saya yang sebenar depan-depan, mesti mereka akan kecewa nanti..." Mia Sofea mengeluh.

"Semua orang? Kamu pasti?"

"Maksud Datin?"

"Awak popular Mia. Sangat popular. Tapi saya yakin, mesti ada seseorang yang tidak mengenali awak. Seseorang yang tidak pernah kenal wajah awak. Yang tak pernah tengok drama atau filem awak. Seseorang yang akan menerima diri awak yang sebenarnya..."

Mia Sofea terdiam mendengar kata-kata Datin Hidayah tersebut. Seketika kemudian, Mia Sofea ketawa kecil.

"Hehehe. Bunyinya macam orang yang duduk dalam gua je Datin? Mustahil lah. Macam prince charming, tapi duduk gua hehehe," Mia Sofea ketawa kecil.

"Haa...awak ketawa sekarang Mia. Kalau betul-betul orang tu wujud, apa tindakan Mia?" Datin Hidayah cuba menguji Mia Sofea.

"Kalau orang macam tu wujud? Hmm...mula-mula saya akan totally jadi diri saya yang sebenar depan lelaki tu. Takde plastik-plastik. Seandainya dia masih sukakan saya, masih tetap menerima diri saya...saya berjanji. Saya berjanji akan menjadi pasangan yang dia idamkan. Pasangan yang terbaik untuk hidup dia!"

Datin Hidayah tersenyum. Dia berasa amat bangga dengan Mia Sofea. Jauh di sudut hatinya, dia berdoa agar Mia Sofea akan dipertemukan dengan lelaki sedemikian...

********

"Baiklah. Anugerah yang seterusnya....!"

Di SMK Ibrahim Yaakub, majlis sambutan Hari Guru masih lagi berlangsung. Ketika ini, acara penyampaian anugerah guru sedang diadakan. Di pentas, kelihatan pengacara majlis Tengku Mikael teruja mengumumkan anugerah yang seterusnya.

"Anugerah seterusnya, Guru Bahasa Inggeris Paling Popular. Anugerah ini dimenangi oleh.....! Bam! Bam! Bam! Sir Rosli!!!"

Tepukan gemuruh diberikan. Sir Rosli kemudiannya bangun dari tempat duduknya sambil tersengih-sengih. Dia berjalan menaiki pentas untuk mengambil anugerah yang disampaikan oleh tuan pengetua Haji Kamarudin itu. Selesai sahaja mengambil gambar, Sir Rosli kemudiannya terus berjalan turun dari pentas.

"Baiklah. Kita pergi ke anugerah seterusnya, iaitu anugerah Guru Bahasa Melayu Paling Popular...!" Tengku Mikael pengacara Majlis meneruskan acara tersebut.

Wooo!!! Hadirin yang hadir mula bertepuk tangan dengan meriah, seolah-olah sudah mengetahui siapakah yang akan memenangi anugerah itu.

"Siapa yang menang agaknya?" Tengku Mikael cuba bersenda dengan hadirin, selepas melihat mereka bersikap penuh keterujaan.

"Cikgu Amin!"

"Cikgu Amin!"

"Cikgu Amin!"

Sana sini para pelajar memanggil nama Amin. Mia Sofea turut berbangga apabila mendengar nama Amin dipanggil sedemikian oleh pelajar sekolah ini.

Tapi, malangnya...

"Yazza, anugerah guru Bahasa Melayu Paling Popular jatuh kepada Cikgu Amin! Tapi malangnya Cikgu Amin tak ada bersama kita hari ni. Dia ada hal sikit kat luar..." Tengku Mikael memberitahu situasi yang berlaku itu kepada hadirin. Mereka yang mendengar mula berbisik-bisik sesama mereka.

Mia Sofea terasa semakin lemah semangat. Dia mengharapkan Yayat untuk datang dengan segera membawakan berita mengenai Amin. Namun, Yayat pula entah ke mana.

"Baiklah. Anugerah terakhir, iaitu Anugerah Guru Paling Popular SMK Ibrahim Yaakub! Untuk anugerah ini kami ingin menjemput artis jemputan kita, Mia Sofea untuk menyampaikan anugerah!" Pengacara majlis mempersilakan Mia Sofea untuk menyampaikan anugerah tersebut kepada pemenang.

Sebaik sahaja nama Mia Sofea disebut, terus bergegar dewan SMK Ibrahim Yaakub itu. Mereka bertepuk tangan dan menjerit, lebih mantap dari yang sebelum ni. Ternyata aura Mia Sofea lebih kuat berbanding aura guru-guru mereka sendiri.

Dengan segala kekuatan yang ada, Mia Sofea terus melangkah naik ke pentas. Walaupun hatinya sedang gelisah sekarang, Mia Sofea harus mengekalkan senyuman demi peminat-peminatnya.

Mia Sofea akhirnya berdiri di tengah pentas, menanti penerima anugerah di samping pengetua Haji Kamarudin.

"Baiklah. Anugerah seterusnya, Guru Popular SMK Ibrahim Yaakub jatuh kepada....!"

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now