"Oh, so u are from Malaysia?"
"Yes I from Malaysia!"
Amin kelihatan berbual dengan seorang lelaki tua warga Turki ketika membeli Macun, sejenis manisan tradisional Turki yang dibuat seakan-akan gula-gula lolipop di tepi jalan. Amin juga bertanyakan kepadanya jika ternampak orang Malaysia yang lain di sini, namun lelaki tua itu menggelengkan kepalanya memberitahu dia tidak begitu mengenali yang mana satu orang Malaysia di Turki ini.
"I like Malaysia people. But I always confused with people from other country like Indonesia or Philippines. They look same. So I dont know if I saw Malaysia or not.." jelas lelaki tua Turki tersebut.
Amin mengangguk faham. Walaupun dia tidaklah begitu fasih berbahasa inggeris, dia masih dapat memahami beberapa isi penting dalam percakapan lelaki tua tersebut.
Setelah bersalam, Amin mengucapkan selamat tinggal dan meneruskan perjalanannya.
Seperti yang dikatakan oleh lelaki tua Turki tersebut, sememangnya susah untuk dibezakan antara orang Malaysia ataupun orang Indonesia dan Filipina di sini. Amin pernah terserempak dengan sekumpulan orang berkulit sawo matang, malangnya mereka bukan dari Malaysia sebaliknya daripada Indonesia.
"Kamu seorang sini ya pak?" seorang lelaki Indonesia berbual dengan Amin ketika mereka makan bersama di sebuah restoren. Kumpulan pelancong dari Indonesia tersebut mempelawa Amin untuk makan bersama mereka.
"Sorang saja pak.." jawab Amin sambil menilik-nilik kopi Turki di hadapannya. Pertama kali Amin melihat cara pembuatan kopi Turki yang menggunakan pasir panas tersebut. Kelihatannya sangat ajaib.
"Maksudnya kamu sudah biasa backpacker ke mana-mana?" tanya lelaki Indonesia yang kelihatannya sebaya dengan Amin itu.
"Eh, tak ada la Ricky. Ini saya pun first time pergi oversea ni.." Amin memberitahu kepada lelaki Indonesia bernama Ricky tersebut.
"First time kamu bilang?" Ricky kelihatan sangat terkejut. Dia memandang ke arah seorang wanita disebelahnya, mungkin isteri kepada Ricky. Wanita tersebut turut sama terkejut.
"Kok aneh mas first time backpacker udah ke Turki? Apaan kamu gak pergi tempat lain dahulu? Indonesia atau Thailand?" kata wanita Indonesia tersebut sambil berkerut wajahnya.
"Iya Pak? Backpacker seorang diri udah ke Turki terus? Saya rasa ini agak bahaya Pak?" sambung Ricky selepas itu.
Dengan tenang Amin minum kopi Turki tersebut. Hmm, sedap...
"Tak apa kak, pak Ricky. Tak apa. Saya di sini sekejab sahaja. Saya sebenarnya bukan mau melancong mana-mana pak tapi saya sebenarnya mau..." Amin terdiam. Dia tak tahu bagaimana ingin meneruskan percakapannya.
"Mau apa?" Ricky bertanya.
"Mau cari perempuan ya?" wanita Indonesia itu meneka. Sebuah tekaan tepat menusuk ke jantung Amin. Hampiri tersembur kopi Turki Amin dibuatnya.
"Haaa...betul apa aku bilang bukan? Kamu mau cari perempuan? Cinta hati kamu ya?" kata wanita Indonesia itu lagi dengan nada yang penuh keterujaan.
Amin hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum, tidak berkata apa-apa. Ricky pula memandang Amin dengan perasaan yang aneh.
Selesai sahaja makan petang bersama, Amin akhirnya bersalaman dan berpisah dengan kumpulan pelancong Indonesia tersebut.
Ricky memerhatikan Amin yang meneruskan perjalanannya seorang diri itu.
"Gila ini Pak Amin. Kok sanggup pergi ke Turki seorang diri semata-mata ingin cari cinta hatinya?" kata Ricky.
"Ish. Kamu apa tahu mas? Ini namanya cinta!" wanita Indonesia tersebut menyiku suaminya itu sambil tersenyum. Jauh di sudut hatinya dia mendoakan yang terbaik untuk Amin.
"Cinta...? Heh! Kalau aku gak peduli langsung..." Ricky menggelengkan kepalanya perlahan.
"Apa kamu bilang?" wanita Indonesia itu menyinga. Dia terus memukul-mukul lengan suaminya itu. Ricky hanya ketawa sahaja sambil menahan sakit.
YOU ARE READING
Isteri Paling Popular!
RomanceCover by: Canva Model: IG @sema.henna Amin adalah seorang guru sekolah menengah yang sukakan kehidupan yang aman, normal dan biasa. Namun segalanya berubah apabila dia dijodohkan dengan Mia Sofea, seorang artis wanita paling popular dan ternama..