Krak!
Kedengaran bunyi benda plastik dipijak. Spontan Yayat berpaling ke lantai dan melihat telefonnya dipijak oleh seorang budak lelaki.
"Eh?" budak lelaki itu terkejut.
"Phone akuu-" Yayat hampir nak menjerit namun mujurlah dia dapat mengawal perasaannya.
"Apa ni letak phone atas lantai? Kan dah kena pijak?" budak lelaki itu menyindir Yayat.
"Eh budak ni. Aku bagi kang..." Yayat menjengil ke arah budak lelaki tersebut.
"Nak kena pijak lagi?"
"Eeeii!"
Budak lelaki itu ketawa dan berlalu pergi. Yayat menggelengkan kepalanya. Kurang ajar sungguh budak-budak zaman sekarang.
Yayat menoleh kembali ke arah Hamidah dan pemuda itu. Namun mereka sudah tiada di meja mereka. Mungkin sudah berlalu pergi semasa dirinya sedang bergaduh dengan budak itu tadi.
Yayat memandang ke arah kiri dan kanan mencari mereka. Akhirnya Hamidah dan pemuda itu kelihatan berjalan keluar dari restoran.
Dengan penuh berhati-hati, Yayat mengekori mereka. Ke mana pula mereka pergi selepas ini?
Akhirnya Yayat mendapati mereka pergi menaiki kereta masing-masing. Maksudnya mungkin urusan mereka di sini sudahpun selesai.
Yayat mencekak pinggangnya. Dia masih lagi hairan, adakah pemuda itu betul-betul calon suaminya Mia Sofea?
Seingatnya Hamidah pernah memberitahu bahawa calon suami Mia adalah seorang cikgu yang bekerja di sekolah kerajaan. Jika diamati kembali, sememangnya pemuda itu mempunyai aura seorang cikgu.
Tapi entah mengapa Yayat berasa enggan untuk menerima hakikat tersebut. Tak kan suami Mia seorang yang biasa macam ni? Jatuhlah standard Mia sebagai artis popular nanti!
Yayat tidak berpuas hati.
Dia akhirnya mengambil keputusan untuk mengekori pemuda tersebut. Yayat akan menjadi spy pada petang ni!
Yayat memusingkan badannya untuk pergi mengekori pemuda yang bersama dengan Hamidah tadi..
Aduh!
Yayat jatuh terduduk. Tanpa disangka dia terlanggar dengan seseorang.
Dan orang itu adalah Amin, pemuda yang bersama dengan Hamidah tadi!
"Eh, sori bang. Terlanggar pulak.." Amin segera meminta maaf sambil menghulurkan tangannya membantu Yayat untuk bangun.
"Tak apa.." kata Yayat, bangun dengan sendiri tanpa menyambut tangan Amin. Yayat sebenarnya sangat terkejut. Dia sedaya upaya berlagak biasa di hadapan orang yang diekorinya tadi ini.
"Sori bang. Saya rushing sikit. Nak kejar kunci kereta yang tertinggal dalam restoren. Maaf ya?" kata Amin lagi.
"Hmm. Tak apa. Pergilah kejar kunci kereta awak tu.." kata Yayat dengan wajahnya yang sombong.
"Terima kasih.." sebaik sahaja mengucapkan terima kasih, Amin terus pergi berlalu dari situ dan memasuki restoren bagi mengambil kunci keretanya yang tertinggal di atas meja ketika berbual dengan Hamidah tadi.
Yayat memerhatikan Amin dari jauh.
Dia mengurut dagunya, bermonolog sendirian.
"Ok, baik jugak budak ni. Tahu mintak maaf. Tapi jangan harap aku nak terima kau jadi suami Mia! Kalau orang biasa macam kau jadi suami Mia, rosak kerjaya Mia nanti!" Yayat mendengus.
Dan dengusan serta monolog Yayat itu didengari oleh budak lelaki yang memijak telefon Yayat tadi.
Dia memerhatikan Yayat sambil menggelengkan kepalanya. Yayat terkejut dengan kehadiran tidak disangka budak lelaki itu disebelahnya.
"Mak! Ada orang gila kat sini!" budak lelaki itu berlari sambil menjerit memberitahu kepada ibunya tentang Yayat.
"Ahh...?" Yayat terpaku. Dia berasa amat malu sekali.
"Dah-dah. Jangan dekat dengan dia. Bahaya..." ibu kepada budak lelaki tersebut menarik tangan budak itu dan terus berlalu dari situ.
Yayat menutup mukanya. Terasa malu yang teramat sangat!
Ini semua salah lelaki tu!
YOU ARE READING
Isteri Paling Popular!
RomanceCover by: Canva Model: IG @sema.henna Amin adalah seorang guru sekolah menengah yang sukakan kehidupan yang aman, normal dan biasa. Namun segalanya berubah apabila dia dijodohkan dengan Mia Sofea, seorang artis wanita paling popular dan ternama..