Bab 83

1K 22 0
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

3 petang.

Setelah tiga hari meluangkan masa di Malaysia, tibalah masanya untuk Sara Sofea kembali ke London. Jika diikutkan jadual asal hanyalah dua hari, namun kerana ingin meluangkan sedikit masa dengan Mia Sofea, Sara melanjutkan masanya di Malaysia ini selama tiga hari.

Di KLIA, Sara Sofea dihantar oleh pemandu yang disediakan oleh syarikatnya. Pada mulanya Mia Sofea yang ingin menghantar kakaknya itu ke lapangan terbang, namun ditegah oleh Sara kerana bimbang akan mencetuskan kekecohan pula. Iyalah, peminat Mia Sofea berada di merata-rata tempat.

Kini, Sara Sofea sedang duduk menunggu seorang diri di sebuah kerusi. Terasing dan bersendirian di kalangan ramai manusia di balai pelepasan itu.

Sara Sofea memejam matanya. Mengingati kembali setiap detik yang dirinya telah luangkan ketika berada di Malaysia ini.

Apa yang boleh dia katakan, setiap detik itu amat berharga. Sudah tentu, hidupnya akan berubah sama sekali selepas ini. Sara Sofea berjanji pada dirinya sendiri akan cuba menjaga dirinya sebaik mungkin supaya tidak hanyut ditenggelami oleh kehidupan yang sosial lagi bebas di Kota London lagi.

Tinggal satu jam lagi sebelum waktu penerbangan. Sara Sofea kemudiannya bangun dan mula berjalan menuju ke Gate C6 yang telah ditetapkan untuk penerbangannya.

Semasa berjalan, Sara Sofea terpandang sepasang anak beranak, ibu dan anak perempuan yang sedang berjalan bersama-sama berpimpinan tangan. Si ibu, dalam lingkungan 30-an manakala anak perempuannya, dalam umur 5 tahun.

Kenangan lama mula menjengah fikiran Sara...

*****

1997

Sara Sofea, 5 tahun sedang sambil bersiar-siar di sebuah taman bunga sambil berpimpin tangan dengan ibunya, Hamidah.

"Ini bunga apa mak?" tanya Sara kepada Hamidah.

"Ini namanya bunga Anggerik Sara.."

"Yang ni kecik-kecik ni?"

"Ini bunga jarum..

"Yang kuning ni?"

"Bunga Alamanda"

"Yang merah ni?

"Bunga raya"

Sara bertanyakan kepada Hamidah setiap jenis bunga yang ditemuinya di taman tersebut. Setiap pertanyaan Sara dijawab dengan mesra dan penuh kasih sayang oleh Hamidah.

"Mak..."

"Ya, sayang?"

"Adik bila keluar mak? Bosan la Sara main sorang-sorang..."

"Tak tahu lagi Sara. Nanti adik nak keluar adik bagitau ya?" Hamidah berseloroh.

"Suruh la dia keluar cepat mak! Boleh Sara main dengan dia!"

"Hmm...kejab mak tanya adik ya? Adik, adik. Adik nak keluar tak? Apa? Nak duduk dalam dulu? Okey, boleh. Adik duduk dalam baik-baik ya?"

"Alaa....!"

"Sara sabar ya? Nanti sampai masa adik keluar, Sara boleh lah main dengan adik? Okey?"

"Okey mak. Nanti bila adik keluar Sara nak jaga adik. Jaga sampai bila-bila!"

"Sampai bila-bila?"

"Bila-bila-bila!"

"Kalau adik dah besar macam mak pun, Sara nak jaga jugak?"

"Nak jaga jugak! Sara akan jaga adik sampai bila-bila!"

Hamidah tersenyum bangga dengan anaknya itu.

"Eh, kucing?" Tak semena-mena, perhatian Sara beralih kepada seekor kucing oyen pula yang melintas di belakang Hamidah. Hamidah turut berpaling ke belakang dan melihat kucing tersebut.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now