Bab 67

966 23 0
                                    

2002

Rugayyah bergegas pergi ke rumah Hamidah sebaik sahaja dia menerima panggilan mengenai kehilangan Mia Sofea. Turut bersama dengan Rugayyah ialah Amin.

"Kak Yah...!" Hamidah memeluk Rugayyah sebaik sahaja dia melihat kehadiran Rugayyah di rumahnya. Kelihatan juga beberapa anggota polis di situ sedang sibuk mencari petunjuk di sekitar kawasan rumah Hamidah.

"Hamidah..." Rugayyah tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya seakan kelu dengan situasi yang tidak disangka ini.

Seorang anggota polis wanita kemudiannya datang menghampiri mereka.

"Puan, kami sudah selesai buat siasatan di sini. Apa yang kami dapati memang tak ada tanda-tanda pencerobohan dalam rumah ni.." kata anggota polis wanita itu.

"Aku dah agak! Ini semua kerja jantan tak guna tu! Dia yang bawak lari Mia!" Hamidah gagal mengawal perasaannya.

"Pihak kami masih cuba untuk menjejaki bekas suami puan. InsyaAllah, ada apa-apa kami akan terus maklumkan kepada puan.."

Rugayyah sedikit hairan. Bekas suami?

Anggota polis wanita itu kemudiannya meminta diri dari situ untuk menyambung siasatan tahap seterusnya di balai. Dia sempat memberi isyarat kepada Rugayyah supaya tengok-tengokkan Hamidah. Rugayyah mengerti isyarat daripada anggota polis wanita itu.

Sebaik sahaja para anggota polis pergi dari rumah Hamidah, Rugayyah terus menjemput Hamidah untuk duduk di sofa. Menenangkan Hamidah terlebih dahulu.

Hamidah mula bercerita,

"Pagi tadi bekas suami saya datang. Dia nak ambik Mia pergi ke London. Katanya dia tak percaya saya boleh tanggung Mia kat sini. Kononnya saya tak cukup pendapatan sebagai novelis.."

"Kenapa sekarang?"

"Sebab Mia dah 5 tahun. Dia nak Mia mula belajar kat sana. Dia tengking saya, katanya saya boleh musnahkan masa depan Mia kalau Mia duduk kat Malaysia ni. Dia nak Mia ikut jejak langkah kakak dengan abang dia belajar kat sana.."

"Tapi kalau Mia nak duduk dengan Midah kat sini, kena ikut Mia lah.."

"Itu yang saya cakap kat bekas suami saya tu! Tapi dia tak nak. Dia tak peduli kehendak Mia. Dia nak jugak Mia pergi ikut dia ke London. Saya pun melawan. Kami bergaduh besar.. Nasib baik dia tiba-tiba dapat call. Dia terus keluar dari rumah lepas tu.."

"Masa tu Mia ada lagi?"

"Masa tu Mia ada lagi. Tapi lepas tu saya masuk dapur sekejab saya keluar tengok Mia dah tak ada..."

"Ada call bekas suami Midah?"

"Dia off kan telefon dia. Sebab tu saya yakin dia yang culik Mia!"

Hamidah terus menangis sambil ditenangkan oleh Rugayyah. Pada masa tu Amin yang berusia tujuh tahun itu hanya berdiri di sudut ruang tamu, tidak memahami apa yang berlaku.

Tanpa mempedulikan mereka, Amin mengambil keputusan untuk menerokai rumah Hamidah ini. Amin berjalan ke sana dan ke mari, pergi ke dapur, pergi ke tingkat dua dan seterusnya memasuki bilik tidur Mia Sofea.

Sebaik sahaja memasuki bilik tidur Mia Sofea, hati Amin seakan menjentik memberitahu sesuatu. Dia kemudiannya membuka almari pakaian dan melihat Mia Sofea yang sedang teresak-esak perlahan.

"Awak buat apa kat sini?" Amin bertanya.

Mia Sofea tidak menjawab. Dia terus teresakan.

"Mari, kita turun bawah. Jumpa mak awak?"

Amin terus memujuk. Namun masih tidak dipedulikan oleh Mia Sofea.

"Kenapa awak menangis ni?"

Amin bertanya lagi. Esakan Mia Sofea beransur henti. Dia bersedia untuk menjawab soalan Amin.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now