Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul, Turki.
Amin, Mia Sofea dan Hamidah sedang beratur sebelum memasuki pesawat Turkish Airline TK 1442 yang bakal berlepas ke Kuala Lumpur tak lama lagi.
Hamidah berpaling ke belakang memerhatikan Mia Sofea. Kelihatan Mia Sofea juga sedang berpaling ke belakangnya, melihat Amin yang dalam kedudukan kira-kira enam orang di belakangnya. Amin ketika itu sedang berbual dengan seorang lelaki Turki, tidak menyedari bahawa Mia Sofea sedang melihat ke arahnya.
Mia Sofea mengeluh. Hamidah tertawa melihat gelagat Mia Sofea tersebut.
"Eh, mak. Apa tiba-tiba gelak-gelak ni?" tanya Mia Sofea, agak terkejut apabila melihat ibunya sedang memandang ke arahnya.
"Gelakkan kamu lah. Mak tengok kamu curi-curi pandang si Amin tadi hehe," kata Hamidah.
"Ish mak ni..." Mia Sofea mencebik.
"Kamu sebenarnya nak bersembang lagi dengan Amin kan?" usik Hamidah.
Mia Sofea hanya mendiam, tidak membalas usikan Hamidah.
"Alah. Nanti sampai Malaysia kamu cakap lah dengan dia puas-puas. Buat la date dengan dia lagi macam kamu jumpa dia kat tadika tu dulu..." Hamidah tersenyum.
"Susah la mak kat Malaysia nanti. Mak pun faham lah schedule Mia ni macam mana. Pun nak cari tempat sesuai nak jumpa pun susah. Tak kan nak jumpa kat taman permainan tadika tu selalu?"
"Kamu kenal Amin kan? Dia tak kisah semua tu. Mak tahu dia happy jumpa kamu mana-mana pun.."
"Tapi Mia pun nak jugak jumpa dia depan-depan. Macam orang lain. Takde nak main sembunyi-sembunyi macam ni..."
"Mak faham tu..."
"Masa pun takde mak. Nanti dah sampai Malaysia mesti Mia busy sangat sangat sangat nanti..."
"Mia..." Hamidah memegang tangan Mia Sofea. "Mia jangan risau sangat. Kalau dah jodoh, tak kan ke mana. Kamu kat laut Amin kat gunung sekalipun, kalau kamu berdua dah terikat satu sama lain insyaAllah, jumpa jugak kamu nanti. Walaupun tak dirancang. Sebab rancangan tu datang dari Allah, yang tetapkan segalanya termasuklah jodoh kamu dengan Amin..." kata Hamidah lagi.
Mia Sofea terdiam mendengar kata-kata semangat dari ibunya. Seketika kemudian, dia tersenyum.
Ya, kalau dah jodoh. Tak kan ke mana.
*******
Dewan Utama Shah Alam
11 pagi.Sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor akhirnya menutup tirai. Ramai guru-guru mengambil gambar dan berbual antara satu sama lain sebaik sahaja tamat program. Terdapat juga sebahagian dari mereka sudah mula bergerak keluar dari dewan.
Amin pula masih di kerusinya, melihat skrin telefon dan membaca whatsapp. Kelihatan di sekolah SMK Ibrahim Yaakub kini sedang berlangsung acara sukaneka. Habis acara sukaneka barulah sesi persembahan dan penyampaian hadiah diadakan.
Masih sempat untuk ke sekolah ni, getus hati Amin.
"Cikgu..!" Ustazah Husna datang menghampiri Amin yang baru sahaja bangun dari kerusi.
"Eh, ustazah? Ingatkan ustazah dah gerak dulu?" kata Amin.
"Jem lah luar hehe. Semua nak keluar serentak.. Err, cikgu jadi ke nak pergi sekolah ni?" tanya Ustazah Husna.
"Jadi. Saya pun baru nak gerak ni. Ustazah macam mana?"
"Saya pun pergi. Err, cikgu naik motor kan? Atau cikgu nak tumpang kereta saya, kita gerak sekali?"
YOU ARE READING
Isteri Paling Popular!
RomanceCover by: Canva Model: IG @sema.henna Amin adalah seorang guru sekolah menengah yang sukakan kehidupan yang aman, normal dan biasa. Namun segalanya berubah apabila dia dijodohkan dengan Mia Sofea, seorang artis wanita paling popular dan ternama..