Bab 85

1.2K 27 0
                                    

Tuk! Tuk!

Pintu pejabat pengetua diketuk.

Amin kemudiannya muncul di muka pintu. Dia memandang ke arah pengetua Haji Kamarudin yang sedang duduk bersama seorang perempuan muda yang tidak dikenali, berambut pendek separas bahu dan memakai pakaian t-shirt biru berlengan panjang. Umurnya dalam lingkungan 20-an. Nampak tegap dan berkeyakinan.

"Haji panggil saya ke?" tanya Amin.

"Haa...Amin. Masuk-masuk. Kenalkan, ini Safiyyah," kata Haji Kamarudin merujuk kepada perempuan muda di hadapannya itu.

"Hi, cik.." Amin menyapa.

"Safiyyah ni bekas pemain bola jaring negara. Wakil sukan SEA. Haa...nanti dia akan jadi jurulatih pasukan bola jaring kita. Gantikan Ustazah Husna lepas ni. Jadinya kamu sebagai pengurus bola jaring, bincang dengan Safiyyah lah kalau ada apa-apa ya?" Kata Haji Kamarudin.

"Ga-ganti Ustazah Husna?" Amin sedikit terkejut.

"Oh, Ustazah Husna dah berhenti mengajar. Dia kan baru kahwin. Katanya nak fokus kat keluarga dia...eh? Kamu tak tahu ke?" tanya Haji Kamarudin.

"Tak tahu pulak saya haji..."

"Ah, tak apa. Nanti kita cakap pasal tu. Jom, kita bincang pasal perancangan pasukan bola jaring sekolah kita dulu..." kata Haji Kamarudin selepas itu.

"Baik haji.. "

Amin, Safiyyah dan Haji Kamarudin duduk bersama-sama berbincang tentang pasukan bola jaring sekolah.

Selesai perbincangan mereka, Haji Kamarudin terus memberitahu Amin mengenai Ustazah Husna. Menurut Haji Kamarudin, Ustazah Husna telahpun berkahwin pada minggu lepas. Dia mengambil cuti selepas Hari Guru untuk persiapan majlis perkahwinannya.

Haji Kamarudin sendiri tidak menyangka bahawa Ustazah Husna mengambil cuti untuk berkahwin. Asalnya dia memberitahu Haji Kamarudin ambil cuti kerana ada hal keluarga ingin diselesaikan. Tapi tiba-tiba mendapat khabar dari Ustazah Husna bahawa dia ingin berhenti mengajar kerana akan berkahwin.

"Tak apalah...kita doakan yang terbaik untuk ustazah. Saya pun terkejut jugak, macam tiba-tiba je berlaku. Tapi, tak apalah. Dah selamat semua. Orang datang dan pergi tu benda biasa. Yang ada kat sini, teruskan lah fokus pada anak didik kita..." Haji Kamarudin memberi pesanan.

"Baik haji..."

"Kamu okey tak? Hehe.." tanya Haji Kamarudin.

Serta merta Amin dapat mengagak akan ada usikan yang akan keluar dari mulut Haji Kamarudin.

"Okey je haji. Saya cuma fikirkan pasal budak-budak bola jaring tu semua. Apa pulak reaksi diorang bila dapat tahu berita ni nanti..." Amin menepis usikan yang bakal keluar itu dengan mengalihkan hal kepada pelajarnya pula.

"Oh...itulah. Mintak-mintak tak ganggu fokus mereka..." Kata Haji Kamarudin. Tak jadi nak usik Amin.

Setelah berbual beberapa perkara lain dengan Haji Kamarudin, Amin kemudiannya keluar daripada pejabat pengetua tersebut.

Jiwa Amin kini terasa sedikit kosong. Ketiadaan Ustazah Husna sedikit sebanyak membuatkan suasana di sekolah baginya menjadi sedikit berbeza.

Namun, seperti apa yang diperkatakan oleh Haji Kamarudin, orang datang dan orang pergi. Itu perkara biasa.

Yang ada di sini, teruskan perjuangan untuk mendidik anak bangsa...

******

Sebulan yang lepas...

Selepas selesai sambutan Hari Guru, Ustazah Husna berbual-bual seketika dengan pelajarnya di dalam dewan. Dari jauh, Ustazah Husna melihat Amin yang juga sedang berbual dengan pelajarnya.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now