Bab 73

977 19 0
                                    

Apa yang terjadi kepada Yayat?

Yayat, selepas mendapat khabar berita bahawa Amin berada di hospital dia terus bergerak keluar mencari kesahihan berita yang membimbangkan ini.

Bersama Kak Mastura, Yayat bergerak menuju ke hospital berdekatan bagi mencari Amin. Yayat terlupa untuk mengembalikan telefon bimbit Mia Sofea kerana terlalu tergesa-gesa.

Setibanya di hospital, Yayat terus bertanyakan kaunter jika ada pesakit atau mangsa kemalangan bernama Amin yang baru masuk hospital hari ini.

Dan benar, ada pesakit bernama Amin yang baru mendaftar masuk di hospital tersebut akibat kemalangan. Namun jumlahnya adalah tiga orang. Maka Yayat terpaksa menunggu mereka selesai rawatan dan pembedahan di wad kecemasan. Namun akhirnya, kesemua mereka bukanlah Amin yang dicarinya.

Masa sudahpun menjengah petang.

Bimbang akan Mia Sofea yang masih berada di sekolah SMK Ibrahim Yaakub tersebut, Yayat terus tergesa-gesa untuk kembali ke sekolah untuk menjemput Mia Sofea pulang. Namun terlalu tergesa-gesa, Yayat kemudiannya tergelincir di tangga hospital.

Tergelincir, dah menimpa Kak Mastura yang berada di hadapannya.

Akibat daripada itu, kedua-dua mereka jatuh daripada tangga. Yayat mengalami patah kaki manakala Kak Mastura terseliuh pinggang.

Mereka dimasukkan ke hospital pada saat itu juga! Telefon mereka juga rosak akibat terjatuh dan mereka tidak dapat menghubungi sesiapa!

******

Mia Sofea dan Hamidah akhirnya tiba di hospital bagi melawat Yayat. Sebaik sahaja melihat Mia Sofea, Yayat menjerit nama Mia Sofea sekuat hati. Dia bersungguh-sungguh meminta ampun dan maaf dari Mia Sofea.

"Tak apa..."

Kata Mia Sofea bersahaja.

"Eh? Kau tak marah kat aku ke Mia?"

"Tak apa..tak marah pun."

"Tapi..kan aku tinggalkan kau sorang-sorang kat sekolah tu? Mesti kau sunyi kan? Tak ada orang temankan kau, tak ada orang nak bercakap dengan kau, kau tak boleh pergi mana-mana...sorry lah Mia!"

Mia Sofea memandang Yayat sambil mengerutkan wajahnya. Seketika kemudian dia tersenyum.

Ternyata apa yang disebutkan Yayat itu langsung tidak berlaku kerana sebenarnya dia bersama dan berduaan dengan Amin.

"Tak apa..aku tak kisah pun!

Mia Sofea tersenyum. Senyum dengan penuh kerahsiaan.

"Betul ke kau tak kisah ni?"

"Betul..."

"Err... Ini Mia ke ni? Ke ada makhluk lain resap masuk kau ni. Lain macam ke baik?"

"Kau nak kena cebik? Nak patah kaki yang lagi sebelah?"

"Haa..ini barulah Mia!"

Hamidah yang melihat telatah mereka yang seakan adik beradik itu mula tertawa.

Tawaan Hamidah yang tadinya penuh keceriaan kemudiannya dengan perlahan bertukar menjadi suram.

Ingatan dirinya terhadap anak sulungnya yang juga kakak kepada Mia Sofea mula menjengah fikirannya sekaligus membuatkan emosi Hamidah menjadi sedikit sebak.

Masuk tahun ini, sudah sepuluh tahun Hamidah berpisah dengan anak sulungnya itu. Mereka langsung tidak berjumpa antara satu sama lain, bahkan walau mengirim surat atau berhubung dengan telefon sekalipun.

Siapa yang tak sayang anak? Hamidah sudah berkali-kali mencuba untuk menghubungi anaknya namun usaha selalu terhalang oleh perlakuan bekas suaminya yang kini tinggal di London bersama isteri baru dan anak mereka.

Jauh di sudut hati Hamidah, dia berharap agar dirinya dan Mia Sofea dapat bertemu kembali dengan anak sulungnya itu...

*******

KLIA

Seorang wanita cantik tinggi lampai, berusia lingkungan lewat 20-an keluar dari pintu ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Wanita tersebut, dengan kaca mata hitamnya memandang ke sana sini mencari sesuatu.

Seorang lelaki, juga berusia 20-an kemudian kelihatan berlari-lari anak menuju ke arah wanita cantik tinggi lampai itu.

"Sorry for the late Miss Mia!"

Kata lelaki melayu itu dengan berbahasa Inggeris.

Wanita berkaca mata hitam itu kemudian membuka kaca mata hitamnya, dan memandang tajam ke arah lelaki muda melayu yang masih termengah-mengah itu.

Lelaki muda melayu itu juga memandang tepat ke arah wanita tersebut. Hatinya terusik dengan kecantikan wanita itu. Langsung terlupa dengan kesalahannya yang datang lewat tadi.

"Do u know how long I have been waiting here??"

Wanita tersebut kelihatan marah namun kecantikannya juga langsung tidak terjejas.

"Sorry..sorry again. Traffic jam..." Lelaki itu kemudian berhenti berkata-kata. "May I know u are malay right? Can we speak in bahasa? I'm a bit awkward speaking english with a fellow Malay-"

"No!! Please. Speak english with me. I don't know much about bahasa.."

Kata wanita itu dengan loghat britishnya.

Lelaki itu mengangguk faham. Dia kemudiannya membawa wanita itu ke kereta Mercedes yang dipandunya, bersedia untuk menghantar wanita itu ke tempat yang dijanjikan...

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now