Bab 55

1K 30 2
                                    

SMK Ibrahim Yaakub
9 pagi.

"Tak sangka ya haji dapat jemput Mia Sofea datang ke sekolah kita. Saya macam tak percaya lagi..." Hajah Aminah, penolong kanan 1 berbisik kepada Haji Kamarudin. Matanya bersinar memandang ke arah Mia Sofea yang sedang duduk  di kerusi VIP selang dua kerusi kiri Haji Kamarudin. Turut ada bersama mereka adalah Puan Noraini, bekas pengetua SMK Ibrahim Yaakub yang turut dijemput untuk menghadiri Hari Guru ini. Di sebelah kiri Mia Sofea pula adalah Yayat, yang kelihatan teruja apabila duduk di kerusi VIP buat kali pertama.

Ketika itu, mereka sedang mendengar ucapan pembukaan daripada pengacara majlis, Tengku Mikael Tengku Mansor daripada Tingkatan 5 Sains 1. Tengku Mikael yang juga pengerusi pelajar itu kelihatan lebih semangat dan teruja daripada kebiasaan,

Semua orang tahu, ini kerana Mia Sofea sedang berada di hadapannya.

"Yang Berbahagia, Pengetua SMK Ibrahim Yaakub, tuan Haji Kamarudin bin Mat! Yang Dihormati, bekas pengetua, Puan Hajah Noraini Daud! Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Sekolah SMK Ibrahim Yaakub!
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian! Dan tak lupa artis jemputan yang amat kita kasihi, cik Mia Sofea...!!"

Yaaaahhhh!!!

Bergema tepukan gemuruh, jeritan dan laungan di dalam dewan tersebut sebaik sahaja nama Mia Sofea disebut. Seolah-olah nama lain yang disebut sebelum itu langsung tidak wujud.

Ucapan pembukaan oleh Tengku Mikael itu diteruskan. Namun ucapan tersebut menjadi terlalu panjang, meleret-leret dan keluar dari point sebenar. Ini gara-gara Tengku Mikael terlalu teruja apabila artis terkenal Mia Sofea sedang berada di hadapannya.

Maisarah, naib pengerusi pelajar yang sedang berada di belakang pentas mula menggelengkan kepalanya. Kalau ini berterusan, boleh satu hari si Tengku ni bagi ucapan kalau macam ni. Tanpa membuang masa, Maisarah bergerak ke sebelah pentas dan memberi isyarat kepada Tengku Mikael untuk berhenti dan segera memulakan majlis.

Mujurlah Tengku Mikael itu terpandang Maisarah dan memahami isyarat yang diberikan.

"Eh? Err.. Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Tuan Pengetua, untuk itu dipersilakan Tuan Haji Kamarudin untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan..."

Tepukan gemuruh diberikan. Haji Kamarudin selaku pengetua sekolah naik ke pentas untuk memberi ucapan. Dalam masa sama, Tengku Mikael ditertawakan dan dibahan oleh rakan-rakannya di belakang pentas kerana bercakap terlalu panjang dan meleret tadi.

*******

Dewan Utama, Shah Alam
9 pagi.

Di dalam dewan utama, kelihatan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amir Bakri sedang menaiki ke pentas untuk memberikan ucapan.

Amin, dan sekalian guru yang hadir ketika ini memberikan tepukan yang gemuruh.

"Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan salam
sejahtera. Terima kasih tuan pengacara majlis kerana menjemput saya ke pentas. Bismillahirrohmanirrahim. Yang Amat Berbahagia...."

Datuk Seri Amir Bakri memberikan ucapannya. Namun ketika pertengahan ucapan, dia terdiam seketika. Datuk Seri Amir Bakri meninjau hadirin yang sedang berada di hadapannya sekarang dan tersenyum.

"Haish...muram je semua? Maaflah, saya tahu la majlis kat sini tak ada artis popular, tak macam sekolah yang satu tu. Sini ada saya yang gemuk ni je atas pentas. Sabarlah ya cikgu-cikgu tengok saya sepanjang hari ni?" Datuk Seri Amir Bakri berseloroh. Para hadirin yang mendengar spontan ketawa, geli hati dengan kata-kata tersebut.

Amin turut ketawa. Namun tawaaan Amin mula kendur apabila beberapa orang menoleh ke arah Amin sambil tersenyum. Seorang lelaki 50-an, yang duduk bersebelahan Amin pula menepuk belakang Amin sambil ketawa.

Amin tersenyum. Hanya melayani situasi tersebut walaupun tidak faham apa sebenarnya yang berlaku.

Datuk Seri Amin Bakri meneruskan ucapan perasmiannya. Pada ketika ini Amin sudahpun berada dalam dunianya sendiri, memikirkan dan menghubungkan segala perkaitan aneh yang berlaku semenjak dua menjak ini.

Pertama, Haji Kamarudin tiba-tiba berterima kasih berkenaan dengan esei Mia Sofea yang ditulis oleh anak muridnya suatu ketika dahulu,

Kemudian, satu sekolah berbicara mengenai Mia Sofea,

Ustazah Husna juga bertanyakan kepada Amin jika dirinya tidak meminati Mia Sofea,

Juga, tiada guru yang sukarela menyertai sambutan Hari Guru peringkat Negeri ini semata-mata ingin meraikan Hari Guru di sekolah. Seolah-olah ada sesuatu yang istimewa di sekolahnya,

Dan akhirnya, apabila Menteri Besar berseloroh mengenai artis popular, automatik semua memandang ke arah Amin.

Hmmm...

Hmmm....

Hmmm...

Eh?

Amin mula berpeluh. Badannya terasa panas. Dadanya berdegup kencang. Dia dapat mengagak apa yang sebenarnya berlaku!

Dengan perlahan, Amin mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya. Terbeliak mata Amin apabila melihat ratusan pesanan whatsapp dari pelbagai group masuk ke telefonnya. Ada yang dari group guru, ada yang dari group kelas, ada dari group bola jaring dan sebagainya..

Dada Amin berdegup dan berdegup.

Amin membuka whatsapp-nya, ingin mengenalpasti apa yang sebenarnya  diperkatakan oleh para penghuni sekolahnya sehingga whatsapp mendapat notifikasi banyak sebegini dalam masa yang singkat.

BOOM!!!!

Pesanan whatsapp Amin dipenuhi dengan gambar dan perbualan mengenai Mia Sofea di SMK Ibrahim Yaakub!

Sahih! Mia Sofea kini sedang berada di sekolahnya!

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now