Berbuka Dengan Makwe III

615 16 13
                                        

Roni sedikit berang apabila melihat kekasihnya lekas lekas menamatkan panggilan tanpa mengucapkan selamat berbuka kepada ibunya. Kata kekasih Roni, dia tidak mahu berbasa basi kerana sudah hampir masuk waktu berbuka. Roni geleng geleng kepala.

"Dengan siapa pun awak, apa pun yang awak buat, panggilan daripada seorang ibu adalah paling penting." Roni geleng kepala sekali lagi.

Kekasih Roni tunduk memandang lantai, mengakui kesilapannya dan terus naik saksi bahawa Ronilah laki laki yang akan membimbingnya ke jalan yang lurus, jalan orang orang yang beriman dan bertakwa.

"Lainkali jangan buat lagi, awak kena ingat! Ibu adalah ratu hati, bila berduka ibu hiburkan selalu. Ingat!" Sedikit keras suara Roni memberi peringatan.

Kekasih Roni angguk kepala sambil mengesat airmata penyesalan. Melihat kekasihnya sedang menangis, Roni berhenti memarahi kekasihnya itu. Memandangkan waktu berbuka sudah hampir benar Roni tak mahu marah marah lagi, tambahan pula di depan rezeki.

"Awak kena ingat satu lagi, siapa pun kita, jangan pernah sesekali lupakan pesanan seorang ibu. Kena ingat sampai bila bila. Saya dari kecik lagi mak saya pesan, kalau tak larat nak puasa penuh, puasa separuh hari dulu. Sampai sekarang saya ikut pesan mak saya tu. Saya tak lupa." Lembut Roni memujuk.

Mata kekasih Roni dari redup kerana banyak menangis bertukar jadi bulat. Kekasih Roni minta izin mahu ke tandas untuk basuh muka.

Azan pun berkumandang.

Kekasih Roni belum kembali dari tandas. Roni buka aplikasi whatsapp mahu hantar mesej, display picture bekas kekasihnya tidak lagi kelihatan.

Cerita PendekCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang