Fuck, fuck, fuckkk! Abdul Mubin mencarut sambil melemparkan beg kerja atas sofa. Geram benar Abdul Mubin ketika itu. Tambahan pula sewaktu Abdul Mubin mahu menghempaskan tubuhnya atas sofa, kakinya pula tersepak ashtray. Berterabur puntung dan abu rokok atas lantai.
Fuck, fuck, fuckkkkkkk! Kali ini lebih panjang harakat Abdul Mubin mencarut. Dua kali panas hati Abdul Mubin waktu itu.
"Mende aok ni, Mubing? Macam orang tak ada akal je keh tengok. Fuck sana fuck sini? Aok hisap gam ke?" Tanya Marzuki.
"Keh panas hati betul la, dah 3 kali keh tengok wayang cerita tu. Sama je. Fuck, wayang, fuckk!" Marah Abdul Mubin lagi.
Marzuki geleng kepala. Dalam hati Marzuki berdoa dalam bahasa melayu semoga iblis fuck segera keluar dari tubuh Abdul Mubin.
Abdul Mubin bersandar di sofa. Asap memanjang keluar laju dari mulut dan ada sedikit asap keluar melalui hidungnya. Jika dilihat betul betul, Abdul Mubin tidak ubah seperti gunung berapi yang baru sahaja selesai memuntahkan laharnya.
"Aok dari tadi fuck, fuck, fuck cuba cerita, mende yang aok maroh sangat tu?" Marzuki cuba memujuk.
Abdul Mubin tenyeh puntung rokok dalam ashtray. Keaadanya sudah tenang. Benarlah kata pepatah, hisaplah sebatang rokok, nescaya ketenangan pasti muncul.
"Keh dah 3 kali, Ki. Tengok wayang tu. Sama je. Tak berubah langsung. Sakit hati keh ni, Ki." Airmata Abdul Mubin mula bergenang di kelopak matanya. Benarlah kata satu pepatah lagi, biarkan lelaki itu marah semahunya, pasti airmata akan melembutkan jiwanya.
"Memang la sama, aok kan tengok cerita yang sama. Mana boleh ending dia berubah, Mubing."Marzuki lembut memujuk.
"Aok tak paham, Ki. Aok bayangkan, pompuan dalam rumoh tu tengah buka baju nak mandi. Satu satu baju dia dah bukak, tinggal seluar dalam dengan coli je, elok je dia nak buka coli, keretaapi lalu. Lepas tu habis cerita wayang tu." Abdul Mubin cucuh sebatang rokok lagi.
"Semalam keh pergi tengok lagi cerita tu, sampai je bahagian pompuan tu nak buka coli, keretaapi lalu lagi. Hari ni pun sama, sampai je bahagian tu, keretaapi lalu. Fuck la, Ki. Fuckkk!" Abdul Mubin mula berang.
"Ye la, dah tu kenapanya?" Marzuki sedikit hairan.
"Esok keh nak gi tengok lagi, mana la tahu keretaapi tu terlambat esok, dapat la keh tengok pompuan tu telanjang." Bersungguh sungguh kelihatan wajah Abdul Mubin.
Marzuki pasang kuda kuda bersedia mahu terajang Abdul Mubin.
![](https://img.wattpad.com/cover/78300784-288-k381905.jpg)