Bicara Hati, Kamelia

1K 61 35
                                    

Sabri bersandar dan tunduk melihat lantai pejalan kaki. Di sebelahnya, Kamelia teresak-esak menahan tangis. Sesekali Sabri dongak kepala melihat orang lalu lalang.

"Kenapa you buat I macam ni? You jahat!" Tangisan Kamelia kedengaran sedikit kuat.

Sabri diserang rasa serba salah. Niatnya tak lebih dari menolong seorang sahabat. Namun, pertolongan yang diberi telah disalah anggap dan menerbitkan rasa cinta dalam hati Kamelia kepadanya.

Sabri geleng kepala berkali-kali. Bukan Kamelia tak cantik orangnya. Tapi itulah, segala nasihat yang diberikan kepada Kamelia cuma nasihat dari seorang sahabat kepada sahabat. Sabri akui, Kamelia semakin jauh berubah, dari seorang yang agak liar dan berpakaian menjolok mata, kini lebih sopan pemakaiannya.

"I anggap you tak lebih dari seorang kawan, I tak boleh...," belum sempat Sabri menghabiskan kata-katanya, Kamelia memotong,

"You sama je macam jantan lain, gemar permainkan perasaan I. I ingat you baik, tapi you sama je! I hate you!" Kamelia memukul dada Sabri berkali-kali. Makin kuat tangisan Kamelia, tersengguk-sengguk bahunya. Sabri mngembangkan sedikit dadanya untuk dipukul Kamelia. Jika itu adalah sejenis pengorbanan, Sabri rela.

"I berubah sebab nakkan cinta dari you, Sab. Cinta, you faham tak?!" tambah Kamelia lagi.

"Sebab you, I dah mula pakai tudung, I ingat lepas ni I nak pakai niqab. Semua kerana you, Sabri!" Bercahaya bebola mata Kamelia. Titisan air jernih jatuh ke pipinya.

Sabri memandang sayu. Terasa seperti dia mahu menyapu air mata yang jatuh itu. Sabri menarik nafas agak panjang dan melepaskannya.

"Pakai tudung tak wajib, Kam. Niqab pun sama. I nak you berubah jadi lelaki, bukan berubah pakai tudung pakai niqab. Kena laknat dengan Tuhan Kam, lelaki dengan lelaki. You reti tak?!" Tegas suara Sabri. Akhirnya sabar yang ditahan sedari tadi, hilang juga.

Kamelia meraung peluk tiang lampu.

Cerita PendekWhere stories live. Discover now