Cerita Yang Sungguh Geram

1.7K 66 53
                                    

Celaka! Encik Supian mencarut. Dia benar-benar geram, tidak ada yang mampu menghalang rasa geram dalam tubuhnya melainkan kuasa Tuhan yang maha esa. Dia berjalan mundar-mandir keliling bilik kerjanya sambil mulut tidak berhenti memaki hamun. Jika Encik Supian menyebut subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallahu wallahu akbar, nescaya dia akan memperolehi banyak pahala.

Encik Supian meluru ke kerusi kerjanya, ditumbuk kerusi tersebut berkali-kali sehingga patah lapan, walaupun dikuasai rasa geram Encik Supian masih mampu berfikir dengan waras, tak mahu dia mengambil risiko menumbuk dinding atau kaca, itu kerja orang bangang, geram sampai mencederakan diri sendiri. Mata Encik Supian melilau mencari objek lembut yang boleh dia tumbuk untuk melepaskan kegeramannya. Puas dia mencari namun tidak ada. Dia keluar dari bilik kerja dengan niat mahu menumbuk sofa di tempat menyambut tetamu.

"Encik Supiannn!" tegur Maimon perempuan receptcionist sambil belit jari telunjuk ke rambut.

Mata Encik Supian bulat memandang ke Maimon yang sedang berkelakuan sungguh gedik itu, geramnya jadi 2 kali ganda.

"Kenapa Encik Supian pandang Mon macam gitu, malu Mon tauuu," kata Maimon dengan suara yang sengaja diserakkan dan mata yang terkebil-kebil.

Encik Supian menghampiri Maimon, Maimon senyum nakal sambil gigit bibir. Tidak lama kemudian Encik Supian beredar meninggalkan Maimon.

"Huuu, huuu, huuu, apa salah Mon, Encik Supian, apaaa salahhh Monnn."

Maimon menangis di bawah meja sambil peluk kerusi, meratapi nasib hidupnya yang telah ditempeleng oleh Encik Supian, pipi Maimon yang gebu serupa kuih pau jadi kempis serupa bola tak ada angin. Rambutnya juga serabai.

Encik Supian berlari menuju ke luar pejabat, sebelum keluar sempat juga dia tempeleng sekumpula pemuda yang datang mahu interview kerja. Encik Supian tiba di luar pejabat, dia lihat 5 buah kereta polis bersusun di bahu jalan, beberapa orang anggota polis menjerit dan mengacukan mesingan ke arah sebuah kereta.

"Apa hal riuh-riuh ni?" tanya Encik Supian dengan nada yang tegas dan sombong.

"Kami tengah buat operasi mahu memberkas kereta yang dipandu secara bahaya dan membabi buta," jawab seorang anggota polis yang memakai spek mata hitam sambil memegang cawan kertas berisi kopi dan mengunyah donut.

Celaka! Encik Supian singsing lengan baju dan mengejar kereta yang dipandu oleh seorang perempuan bernama Letty. Melihat dia dikejar oleh seorang pemuda berwajah bengis, Letty menekan habis pedal minyak dan sesekali dia membuat apungan tayar ketika membelok. Encik Supian terus mengejar, Letty melanggar pembahagi jalan, Encik Supian juga melanggarnya. Letty melanggar pondok telefon, Encik Supian juga berbuat demikian. Separuh dari bandar musnah akibat dari impak perbuatan mereka berdua.

Srettt!!! Letty menekan pedal brek secara mengejut, dia menangis kerana tidak terduga oleh akalnya dia akan dikejar oleh seorang pemuda ketika dia memandu Mustang dengan kelajuan penuh. Letty keluar dari kereta dengan meletakkan kedua tangannya di belakang kepala, tanda menyerah diri. Encik Supian menghampiri Letty dan memberi satu tumbukan ceduk ke rusuk sebelah kanan, Letty terduduk dan muntah menahan kesakitan.

Setelah itu, Encik Supian kembali berlari menuju ke pejabat. Dia terus menuju ke bilik kerjanya, telefon bimbit dia ambil dan buka aplikasi instagram.

Celakaaa! Encik Supian kembali geram, mulutnya memaki hamun sambil tangannya menyiat helaian kertas A4 menjadi halus. Terpapar di skrin telefon bimbitnya permintaan untuk mengikuti laman instagram crush-nya belum diterima.

Cerita PendekWhere stories live. Discover now