Rabiah ketawa terkekeh-kekeh mendengar jenaka yang dibuat oleh Roni. Tak kering gusi rabiah ketawa. Roni memang benar-benar seorang lelaki yang kelakar, yang buatkan hati Rabiah terpaut dan mencintainya lebih dalam.
"You ni kelakar sangat tau. I tak tau la macam mana jika you tak ada dalam hidup I," kata Rabiah seraya melilit hujung rambutnya ke jari telunjuk. "You tau tak, you adalah diantara berjuta-juta nikmat yang tuhan telah anugerahkan untuk I, jenaka-jenaka you, umpama langit luas yang buatkan I hilang dalam ketenang. Kedamaian," kata Rabiah lagi memuji Roni bertali arus.
"You beruntung kerana kenal I sekarang, Rabi. Dulu I tak macam ni, I pendiam dan tidak suka berbual dengan orang," balas Roni.
"Betul ke?" tanya Rabiah kehairanan.
"Betul, dulu I pendiam sangat. Tak banyk bercakap. I banyak menangis. I tak boleh lakukan banyak perkara. I banyak habiskan masa dengan termenung. Kemudian I tidur. Sehinggakan I perlukan bantuan orang lain untuk bergerak dan buat perkara-perkara yang mudah." Roni telan air liur dan menyedut jus orennya.
"Tapi I tengok you happy go lucky je, tak macam yang you ceritakan pun." Kening Rabiah berkerut-kerut.
"I banyak habiskan masa dengan baring di tilam, bila ada yang menegur, I senyum." Roni merenung ke dalam mata Rabiah. "Entahlah, bila ingat kembali waktu itu, I jadi...." Roni berhenti bercerita dan tunduk.
"Tak apalah, you jangan ingat lagi waktu-waktu tu, you dah okey sekarang, kan?" Rabiah genggam dan meramas-ramas jari Roni.
"Itulah, waktu tu, I kerap menangis, bila mak I bagi susu je I berenti menangis dan tidur. Tak banyak yang I ingat waktu I masih baby. Hik hik hik." Roni ketawa gedik, kelakar benar dia rasa.
Rabiah tersenyum. Dan itu adalah janjitemu terakhir Roni dan Rabiah. Selepas itu rabiah tidak lagi membalas SMS dan mejawab panggilan telefon dari Roni.
