"Alamat ni dekat sini, kan?" tanya seorang brader spek mata hitam seraya menunjukkan sekeping surat.
Hamsani yang sedang mencuci motorsikal berkuasa tingginya datang menghampiri brader spek mata hitam dengan sedikit rasa tak puas hati.
"Ha'ah, betul la, apahal?" balas Hamsani dengan suara yang penuh berlagak.
"Dah berapa kali kompeni aku bagi surat? Tak bayar juga pasal apa?" kata brader spek hitam, menampar surat ditangannya berkali kali.
Hamsani kembaki melihat surat tersebut dan dibacanya penuh teliti. "Rileks la, bang. Jangan kecoh macam ni, malu orang lain dengar nanti." Suara Hamsani sedikit melemah.
"Tau pulak malu, tau pulak. Tadi bukan main berlagak nak mampus!" kata brader spek mata hitam.
"Mende boleh bincang, bang. Kita bincang dulu ya, saya masuk buat teh O, kena rokok dua tiga bataang baru sedap berborak, ya dak?" kata Hamsani tersengih sengih serupa kerang buruk.
"
Dah, dah. Malas aku layan ko. Bagi aku buat kerja aku, cepat setel, cepat sikit aku blah," kata brader spek hitam seraya turun dari motosikalnya."Rileks, bang. Rileks, kita bincang dulu." Hamsani meminta simpati.
"Dah, dah. Ko jangan bising, aku tumbuk karang." Brader spek hitam menayang penumbuknya di depan muka Hamsani.
*****
Malam itu, Hamsani dan dua lagi rakan serumahnya duduk di luar rumah bertemankan cahaya bulan.
Gila betul la, aku dah pesan banyak kali, bayar, bayar, bayar! Yang degil sangat pasal apa? Nak mampus ke apa? Fak laaa, fakkk!" Hamsani memngamuk serupa seekor gorila yang marah kerana habitatnya diancam.
"A... aaku mintak maaf la, aku bukan sengaja nak buat macam gitu," kata Abdul Mubin, rakan serumah Hamsani.
"Tak ada, tak ada maaf maaf, kena bayar la, mende gini bukan boleh buat main main. Aduhhh!" marah Hamsani seraya menghembus asap rokok ke udara. Jika tadi Hamsani kelihatan serupa seekor gorila, kali ini dia lebih mirip dengan seekor naga Tasik Chini yang marah kerana sisiknya dicabut oleh penduduk yang tinggal berhampiran Tasik Chini.
"Errr... ko tolong pergi bayar boleh? A.. aaku, a... aaku..." belum sempat Abdul Mubin menghabiskan kata katanya, Hamsani melompat bangun dari kerusi dan bersilat di tempat parking motosikal akibat terlalu marah dan jika dia tidak bertindak demikian, nescaya Abdul Mubin patah dua diterajang olehnya.
*****
Hamsani melihat bangunan di depannya, kemudian melihat alamat pada kertas yang ditinggalkan oleh brader spek hitam kelmarin. Setelah benar benar pasti tidak tersalah alamat, Hamsani melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.
Di bangku panjang yang disediakan, Hamsani lihat ramai juga orang duduk di situ. Hamsani geleng kepala bila melihat kebanyakkan dari mereka adalah sebangsa dengannya.
Hampir 25 minit menunggu, Hamsani dipanggil oleh seorang perempuan. Lekas lekas dia bangun dan pergi ke arah perempuan yang memanggilnya. "Ni duitnya, kak. Cukup, kalau tak percaya kira la," kata Hamsani penuh kesopanan dan kesusilaan.
Perempuan di depan Hamsani tersenyum sambil menulis borang, "Lainkali jangan tangguh tangguh, bayar awal," kata perempuam itu sambil meminta tandatangan Hamsani. "Bekalan elektrik akan disambung semula selepas jam lima petang nanti," kata perempuan itu lagi.