Ah! Asyik carikan orang jodoh je, aku sampai sekarang solo lagi. Rungut azizah dalam hati. Tangannya laju menekan tetikus dan klik gambar beberapa orang lelaki yang mahu dipertemukan dengan jodoh mereka. Azizah tertarik dengan satu gambar seorang lelaki berpakaian kot lengkap bertali leher dan bergambar di sisi sebuah kereta sport. Tengku Johari Alhabsyi, ini mesti keturunan orang arab ni, kaya lak tu. Kata Azizah perlahan.
*****
Azizah berjalan laju menuju ke satu restoran western. Hari ini dia ada temujanji dengan Tengku Johari Alhabsyi. Azizah mengenakan dress labuh warna merah, supaya dia kelihatan garang dan ghairah di mata Tengku Johari Alhabsyi nanti. Sebaik sahaja tangannya mahu menolak pintu kaca restoran western,pintu tersebut terbuka sendiri. "Eh, Tengku Johari , kuat jodoh kita nampaknya,"kata Azizah penuh gedik. Tengku Johari Alhabsyi berlagak gentlemen dengan meminta Azizah masuk dahulu. Sebenarnya Tengku Johari Alhabsyi ada agenda lain, dengan meminta Azizah masuk dahulu, dan dia mengekori dari belakang, maka dengan jelasnya dia dapat melihat punggung lentik Azizah yang dibalut dengan dress labuh merah jenis lycra itu. Serupa celaka perangai Tengku Johari Alhabsyi ini.
Setelah duduk di meja di sudut yang paling hujung dan mempunyai pencahayaan yang agak suram dan romantik, Azizah mula membuat pesanan, nasi goreng lamb chop dan fresh orange. Manakala , Tengku Johari Alhabsyi pula merenung lama buku menu sebelum membuat pesanan serupa dengan Azizah. Azizah tanpa ragu-ragu merasakan bahawa Tengku Johari Alhabsyi adalah jodohnya yang telah tertulis sejak dari dalam perut ibunya lagi. Sudah la romantik, makanan serupa lak tu. Sweetnyaaa.... Kata Azizah dalam hati.
Sementara menunggu pesanan tiba, Azizah berbual kosong dengan Tengku Johari Alhabsyi. Ternyata Tengku Johari Alhabsyi bukanlah seorang yang malu-malu kucing dan pendiam. Perbualan mereka berkisar tentang latarbelakang masing-masing dan seterusnya Tengku Johari Alhabsyi bercerita tentang seekor anak beruk yang ditemuinya ketika masih kecil, dan kemudian beruknya itu terpaksa diserahkan kepada kementerian perlindungan haiwan untuk proses pemulihan akhlak kerana beruknya dikesan bernafsu sesama jantina.
Azizah mengangguk, walaupun dia kurang gemar dengan cerita beruk tersebut, tapi oleh kerana Tengku Johari Alhabsyi seorang yang gentlemen, berketurunan arab dan kaya, Azizah tidak peduli walaupun dia terpaksa mendengar cerita beruk sepanjang hayatnya nanti.
Pelayan restoran datang menghantar makanan dan bil. Azizah tersenyum dan mengatakan kepada pelayan restoran untuk menyerahkan bil kepada Tengku Johari Alhabsyi. Tengku Johari Alhabsyi tersenyum. Manisnya! Kata Azizah dalam hati. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia mengigit-gigit mulut Tengku Johari Alhabsyi Kemudian mereka menikmati hidangan masing-masing.
Kting! Bunyi sudu diletakkan ke dalam pinggan. Tengku Johari Alhabsyi senyum sekali lagi dan minta izin mahu ke tandas. Azizah membalas dengan satu anggukan. Hisap rokok la tu, takapa, dah couple nanti aku paksa dia berhenti merokok. Hihihi. Kata Azizah perlahan.
*****
Johari menjenguk ke luar pintu tandas. Dia melihat ke kiri dan kanan kemudian berjalan terjingkit-jingkit keluar dari restoran melalui pintu dapur. Di lorong belakang restoran western, Johari menarik nafas lega dan membuka dompetnya, ada tiga helai not lima ringgit.
**Baca juga cerita Cinta Itu Ketawa Dan Airmata
