Laman Cari Jodoh

623 39 100
                                    


Azizah berpuas hati melihat hidangan makan malamnya. Sayur kobis masak lemak putih, ikan kembung goreng, sambal belacan dan teh 'O' ais limau. Seperti kebiasaan yang sering dilakukan oleh orang lain, Azizah mengambil beberapa keping gambar hidangan makan malamnya dan memuatnaik ke laman social miliknya dengan kapsyen, 'tak pandai masak pun, tapi boleh la sikit-sikit. Hiks!' tulis Azizah. Walaupun sebenarnya dia mengharapkan pujian dari netizen. Azizah menadah tangan membaca doa makan, walaupun rambutnya diwarna dengan warna perang berkarat, dan gemar berpakaian menjolok mata itu tidak membuatkan Azizah tidak berdoa ketika hendak makan.

Selesai menikmati makan malamnya, Azizah duduk di balkoni dan melihat ke angkasa. Bulan ada bintang jadi teman, tapi aku masih sendiri. Kata Azizah dalam hati. "Yes!" Tiba-tiba Azizah menjerit. Kemudian lekas-lekas dia mengambil telefon pintarnya. Mod kamera ditukarkan ke kamera hadapan. Azizah mula membuat beberapa gaya. Pipi dikembungkan, mulut dimuncungkan sedikit. Akhir sekali dia menarik sedikit leher bajunya ke bawah sehingga menanampakkan alur buah dadanya.

Setelah ,memilih beberapa keping foto dan berpuashati dengan foto-foto tersebut, Azizah log in laman sosialnya. Dia pergi ke halaman cari jodoh. Azizah membaca rules yang ditetapkan oleh halaman tersebut dan memuatnaik foto-fotonya deng menulis kapsyen, 'tak cantik serupa makwe-makwe korang pun, tapi kalau mahu berkenalan add-lah. Ahaks!' Azizah terus post di laman cari jodoh.

Azizah mula membayangkan yang post-nya akan mendapat berpuluh ribu like, dan beribu-ribu komen. Azizah mula hanyut dalam halusinasi ciptaannya, hanyut hingga ke tengah lautan yang tidak berketepian, sesekali disegarkan ombak yang mendatang. Azizah kini berada di atas perahu ditengah-tengah lautan. Azizah mula ketakutan dan menjerit meminta tolong. Suara jeritannya dapat didengar hingga ke tujuh lautan.

Dari jauh, kelihatan beribu-ribu perahu yang yang dinaiki oleh lelaki-lelaki berpakaian hitam berkayuh deras menuju ke perahu Azizah. Di baju lelaki-lelaki tersebut tertulis #rusukkanan, #bakalimammu, #mrperfectinisuamimu, dan #bae. Setibanya lelaki-lelaki berperahu di depan Azizah, mereka mula berkelahi dan berbunuhan sesama sendiri kerana mahu menyelamatkan Azizah. Ada yang mati lemas dibenam ke dalam laut, ada yang ditikam dengan pengayuh perahu, ada yang menggunakan khidmat bomoh dan bantuan jin dari alam ghaib. Warna air laut bertukar ke warna merah darah.

Azizah tersenyum puas kerana dirinya menjadi rebutan lelaki-lelaki berperahu. Beberapa ekor ikan dolfin merayu agar Azizah menghentikan perkelahian tersebut. "Stop!" jerit Azizah. Lelaki-lelaki berperahu berhenti berkelahi dan hilang.

Ktinggg! Bunyi notifikasi masuk. Post-nya hanya mendapat satu like dan satu komen, 'seksi! Sedapnya body, jom main, I bayar RM200.' Komen satu user profile yang tidak bergambar.

Celaka! Marah Azizah. Azizah screenshot komen tersebut dan memuatnaik status, 'lelaki miang, lelaki gatal. Bodoh!!!' Azizah mengharapkan netizen akan turut serta memamki hamun lelaki yang tidak mempunyai gambar profil tersebut dan seterusnya jadi viral.

Ktinggg! Notifikasi masuk. Satu profil yang menggunakan username Ahjussi meninggalkan komen. Azizah lekas-lekas baca, dan kemudiannya melemparkan telefon pintarnya ke lantai. Azizah tutup lampu dan tidur. Skrin telefon pintarnya masih bercahaya dan terpapar komen, 'lelaki miang, gatal dan bodoh akan cari pompuan gatal, miang dah bodoh juga.'

Cerita PendekWhere stories live. Discover now