Tangisan Seorang Laki Laki

548 17 10
                                    

Kelihatan seorang laki laki berumur lebih kurang 70an yang berpakaian suit lengkap berwarna hitam, sedang menjerit dan menuding jari telunjuknya ke pintu utama rumah agam. Bergema seisi rumah dengan jeritan tersebut. Di depan laki laki berumur 70an, seorang lagi laki laki yang lebih muda, juga lengkap memakai suit coklat gelap, memandang tepat ke wajah laki laki yang lebih tua, dengan mata berkaca.

Kemudian, pandangan laki laki lebih muda mencari wajah seorang perempuan yang berumur sebaya dengan laki laki tua dan seorang budak laki laki yang sedikit gempal. Lama tiga wajah itu direnung oleh laki laki muda sebelum mengesat airmata dan menuju keluar dari pintu utama rumah agam.

Tiba tiba muncul bunyi dari gesekkan biola yang buatkan Marzuki turut mengesat airmatanya menggunakan hujung lengan baju. Sudah beratus kali Marzuki menonton tayangan gambar Khabi Khushi Kabhie Gham, dan setiap kali menonton, Marzuki pasti akan menangis. Marzuki bukan sahaja hafal setiap babak, dialog dan adegan dalam tayangan tersebut malah diakhir tayangan yang memaparkan nama pelakon, penerbit, pereka latar bunyi dan juga pelakon tambahan juga telah Marzuki hafal.

Hu... huuu... huuu...

Terdengar satu lagi tangisan di meja makan yang terletak tidak jauh dengan Marzuki menonton tayangan gambar hindustan. Marzuki menoleh, dan kelihatan rakan serumahnya, Abdul Mubin sedang menangis juga.

"Aok diam, Mubing, keh nak makan ni, keh terajang aok karang!" Mat Piah berang melihat Abdul Mubin yang tiba tiba sahaja menangis.

"Aok pun, Piah. Makan je la, kenapa pulak maroh ke dia. Cerita ni memang sedih, padan la dia nak menangis. Bukan macam aok, tak ada jiwa. Tak ada seni!" Marzuki membela Abdul Mubin. Tangisan Abdul Mubin menjadi jadi apabila melihat Marzuki membelanya.

Mat Piah, bangun menuju ke sinki, mencuci tangannya, kemudian menayangkan jari tengah ke Abdul Mubin sebelum duduk di sofa di depan tivi.

"Biar la ke dia, Mubing. Dia bodo," kata Marzuki memujuk rakan serumahnya itu, sambil mengusap usap kepala Abdul Mubin. "Jadi la, menangis, memang sedih cerita tu,"tambah Marzuki lagi.

"Keh bukan menangis pasal cerita hindustan tu, Ki. Keh sedih pasal lain." Abdul Mubin menjawab dalam tangisan yang semakin reda.

"Pasal mende pulok?" tanya Marzuki.

"Dah 4 keping biskut ni keh patah dua. Semua tak sama besor. Itu yang keh sedih. Hu...hu... hu...," jawab Abdul Mubin.

Mat Piah lekas lekas berlari menahan amukan Marzuki yang cuba menikam Abdul Mubin dengan garfu.

Cerita PendekWhere stories live. Discover now