Ramdan Berhari Raya

1.1K 57 24
                                    

Selesai solat sunat hari raya, Ramdan meneruskan acara berziarah ke rumah rakan-rakan sekampungnya. Dari satu rumah ke satu rumah. Dari biskut semperit hingga ke lemang periuk kera, semua dimakan oleh Ramdan.

Sementara masih bujang ini dia mengambil kesempatan berziarah ke rumah rakan-rakan dan berbual itu ini. Sudah berkahwin nanti mungkin acara ziarah ini tak lagi dapat dilakukan dengan sempurna. Mungkin.

Hampir waktu maghrib, Ramdan pulang ke rumah. Dia bersiap-siap mahu mandi. Selesai mandi, Ramdan lalu di depan emaknya yang sedang memasak di dapur.

"Berenti la hisap rokok tu, bahaya. Asal keluar bilik air je bau rokok. Berenti la." Tegur emak Ramdan.

Ramdan berhenti dan penuh dengan kesopanan dan kesusilaannya dia menjawab,

"Orang hisap rokok sebab nak bakar balik kalori-kalori yang orang makan masa raya tadi, mak."

Kerana jawapannya, malam itu Ramdan tidur dalam reban ayam.

Cerita PendekWhere stories live. Discover now