BAB 6💐

4.8K 169 3
                                    

"Ayah jom makan Mairah dah siapkan makan malam." Kata Umairah kepada ayahnya malik...

"Kau tak panggil pon aku dah tahu la." Jawab ayahnya dan berlalu pergi ke ruang makan...

"Lepas kau siap makan... Aku nak jumpa kau dekat ruang tamu... Aku ada benda nak Bincang dengan kau." Kata Encik Malik kepada anaknya dan berlalu pergi ke ruang tamu rumahnya...

"Baik ayah." Jawab Umairah dan mengemas meja makan tersebut apabila sudah siap makan malam....

"Emmm ayah nak bincang apa dengan Mairah." Soal Umairah kepada ayahnya...

"Aku nak kau kahwin dengan anak kawan aku.... Lagipun aku dah setuju... Kau tak boleh nak tolak faham... Ha lagi satu kalau kau nak aku terima kau.... Kau kena kahwin dengan anak kawan aku fahamm... Kalau kau tolak faham ii lah ye apa yang aku akan buat dekat kau... Sama ada aku halau kau keluar dari rumah ni dan tak payah balik ke sini lagi ataupun kau bukan anak aku lagi.." Kata ayahnya dengan bengis...

Umairah terkedu mendengar Pernyataan yang keluar dari mulut ayahnya... sampai begitu sekali ayahnya menginginkan dia berkahwin dengan lelaki tersebut ....Mana mungkin dia akan kahwin dengan lelaki yang dia tidak kenal
.... Malah dia tidak mencintai lelaki tersebut...

"Woi kau termenung apa lagi... Aku tanya ni jawablah..." Tengking ayahnya...

Bahu Umairah terangkat apabila ditengking oleh ayahnya...

"Ye... Ayah... Maira terima kalau itu yang boleh buat ayah happy dan dapat terima Mairah dalam hidup ayah... Mairah terima." Jawab Umairah dengan nada yang kecewa...

"Bagus... Ni yang aku nak... Esok kita akan makan malam dengan family kawan aku... Kau datang awal esok... Jangan lambat pula... Kalau tak siap kau aku kerjakan. " Kata ayahnya dan berlalu pergi meninggalkan nya...

Umairah bangun di tengah malam untuk solat istikharah untuk meminta petunjuk kepada maha pencipta...

"Ya allah bantu la hamba mu ini ya Allah... Sesungguhnya aku buntu dengan keputusan yang telah aku buat ya Allah.... Ya allah kau berikan lah aku petunjuk ya Allah.... Kau berikanlah aku kekuatan untu menghadapi semua ini ya allah...Aamiin ii Ya Rabbal Alamin." Umairah berdoa sambil menangis teresak ii

Dia buntu dengan keputusan nya sendiri ... Dia tidak mahu mahligai yang baru dibina itu tidak akan bertahan lama.... Tanpa ada perasaan cinta antara dia dan suaminya... Dia juga tidak mahu menjadi isteri durhaka kerana tidak mentaati perintah suaminya...

LAYAKKAH AKUWhere stories live. Discover now