Secara tiba tiba Syafiq memberhentikan keretanya di tepi jalan...
"Umairah kau turun sekarang... aku nak pergi date dengan kesayangan aku...pandai pandai lah kau naik teksi ke bas atau grab...aku tak sempat nak hantar kau... nanti kalau ayah kau Tanya jangan cakap aku tinggalkan kau tepi jalan ni....especially mommy daddy aku kalau kau bagi tahu nahas kau." Syafiq memberi amaran sambil menghulurkan beberapa not RM50 kepada Umairah.
Umairah terkedu dengan tindakan Syafiq terhadapnya...
"Tapi saya tak tahu jalan ni...saya takut... tolonglah jangan tinggal saya dekat sini." Rayu Umairah kepada Syafiq.Dia berharap Syafiq akan mendengar rayuannya namun hampa apabila Syafiq tidak terusik dengan rayuannya. Malah dia dapat melihat sebuah senyuman sinis yang keluar daripada bibir Sofea.
"Eh kau ada nampak aku kesah ke? Sikit pun aku tak kesahlah.. kalau kau mampus pun aku tak kesah lagi bahagia aku sebab kau tak jadi isteri aku... aku boleh kahwin dengan orang yang aku cinta..dah kau turun sekarang...menyemak betul." Syafiq menaikkan suaranya.
"you.tak baik la buat dia macam tu." Sofea berpura pura simpati terhadap Umairah tapi hakikatnya Sofea suka melihat Syafiq melakukan hal tersebut terhadap Umairah.Dia berasa puas terhadap tindakan Syafiq kepada Umairah...
"You jangan nak bela dia sangat la sayang. I tak nak dia ganggu date kita.Lagipun menyemak je dia ada dekat sini.sakit mata tengok dia.biar dia lah pandai ii la dia balik sendiri." Ujar Syafiq.
Umairah pasrah dan terus keluar daripada kereta tersebut dengan air mata yang laju mengalir dari tubir matanya.Dia sedar dia bukan siapa siapa di mata Syafiq. Malah dia hina dimata SYAFIQ FARHAN...
'YA ALLAH kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujianmu Ya Allah... kau permudahkanlah segala urusanku .. kau lindungilah aku Ya Allah... sesungguhnya aku sangat takut sekarang Ya Allah. Umairah berdoa di dalam hati sambil menangis teresak esak dia buntu dengan situasi sekarang...
Secara tiba tiba ada sebuah kereta berhenti dihadapannya...Umairah seakan kenal dengan pemilik kereta tersebut...
"Ya Allah Umairah kau kenapa? Siapa yang buat kau macam ni?!. Soal Sumayyah dengan nada yang risau..
"Syafiq hiks... hiks... dia tinggal aku dekat sini." Umairah menangis teresak esak sambil memeluk Sumayyah.
"Dah ii jom aku hantar kau balik... jangan nangis dah okey.. aku tak nak tengok kau sedih...nanti dah tak cantik dah kawan aku ni." Gurau Sumayyah.
Umairah mengangguk dan masuk kedalam kereta milik suami Sumayyah...
"Kenapa Umairah?." Soal Umar suami kepada Sumayyah.
"Si Syafiq tak guna tu pergi tinggal Umairah dekat tepi jalan sorang sorang eyy geram pula saya dengan Syafiq tu bang... kalau ada depan mata saya dah lama saya kerjakan dia.huh sakit pula hati saya dia buat kawan saya macam ni." Bebel Sumayyah tidak puas hati.
"Astafirullahalazim...Yang sabar yang awak tu tengah mengandung...Tarik nafas hembus Tarik nafas hembus... tapi Syafiq ni dah melampau sanggup dia tinggal awak Umairah dekat tepi jalan sorang sorang.Ni mesti dia nak pergi date dengan Sofea kan." Tembak Umar.
Umairah hanya mengangguk sahaja...
"Saya dah aggak dia memang lebih pentingkan sofea dari orang lain. Dia tak tau Sofea hanya gunakan dia... dah berbuih mulut saya nasihat dia tapi dia buat tak tau je... siap dia saya jumpa dia... awak jangan risau la Umairah kitorang ada dengan awak". Ujar Umar sambil tersenyum..
"Terima kasih korang." Ucap Umairah.
"No problem." Jawab Sumayyah dan suaminya serentak.
Selang beberapa minit Umairah sudah tiba dirumah...
"Terima kasih korang kalau takde korang tak tahu la nasib aku macam mana tadi." Ujar Umairah..
" Sama sama.. dah kau pergilah masuk rehat.kesian aku tengok kau." Kata Sumayyah.
Umairah mengangguk dan menhantar kepulangan Sumayyah dan Umar hingga keretanya sahabatnyanhilang dari pandangan matanya..
"Kau balik dengan siapa Umairah?. " soal ayahnya.
" Mairah balik dengan Sumayyah ayah." Kata Umairah dan menyalam tangan ayahnya.
"Bukan kau pergi dengan Syafiq ke? Kenapa balik dengan orang lain? Ke kau ada buat perangai?."soal ayahnya.
"Pagi tadi memang pergi dengan Syafiq yah tapi dia ada hal tu yang balik dengan Sumayyah ." Kata Umairah.
" ouh ingatkan kau buat perangai." Ujar ayahnya dan berlalu pergi.
Umairah naik keatas untu menunaikkan kewajipan yang tertangguh.
YOU ARE READING
LAYAKKAH AKU
Non-FictionBerdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirkan oleh ayahnya... Kerana bagi ayahnya umairah lah punca isterinya meninggal... umairah dibenci oleh...