EPILOG💐

11.3K 297 28
                                    


"Fiq jom balik..hari dah nak hujan ni." Pujuk Tan Sri Kamil.

"Tak pe lah daddy dengan mommy pergilah balik dulu..kejap lagi Fiq balik." Ujar Syafiq.

"Baiklah tapi jangan lama-lama sangat." Pesan Tan Sri Kamil.Syafiq hanya mengangukkan kepalanya.

"Sayang..terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup abang..terima kasih sebab tinggalkan hadiah yang bernilai untuk abang..abang janji abang akan jaga anak kita baik-baik..abang minta maaf atas segala perbuatan abang dekat sayang..abang minta maaf sebab pernah seksa hidup sayang selama ni." Ujar Syafiq sambil mengusap batu nisan milik arwah isterinya.

"Mesti sayang happy kan dapat jumpa arwah mak sayang..sayang nak tahu tak abang dah ada nama untuk anak kita...nama anak kita Muhammad Al-Qadri..sedapkan sayang..kalau sayang ada mesti sayang happykan..tak pe lah sayang..sayang rehat lah puas-puas kat sana..abang akan cintakan sayang sampai hujung nyawa abang..tak de siapa dapat gantikan tempat sayang dekat hati abang..abang balik dulu lah hari nak hujan..nanti abang datang lagi bawa anak kita pula eh..abang pergi dulu." Ujar Syafiq dan meninggalkan kawasan tanah perkuburan tersebut.

*SKIP*

Hujan turun dengan lebat..bunyi guruh bersilih ganti dengan bunyi kilat yang kuat.

"Eh ya allah Fiq nak pergi mana nak?." Soal Puan Sri Zaleha dengan risau apabila melihat anaknya ingin keluar dari rumah dengan keadaan hujan yang lebat.

"Fiq nak pergi teman isteri Fiq..mesti dia takutkan sorang-sorang dekat situ..Mommy mesti lupa kan isteri Fiq takut gelap..Fiq nak pergi temankan dia lah ni..mesti dia sejuk sekarang..Fiq ada bawakan selimut dengan makanan kegemaran dia juga.. kesian isteri Fiq mesti dia lapar."Kata Syafiq dengan sayu sambil membawa makanan serta baju kegemaran isterinya.

"Ya Allah Fiq sedar tak apa yang Fiq cakap ni..isteri Fiq dah tak de..kenapa Fiq buat macam ni..kalau isteri Fiq ada mesti dia sedih tengok keadaan Fiq macam ni..Fiq kena terima takdir nakk...jangan buat mommy dan daddy macam ni sayang...Fiq kena kuat demi anak Fiq...Qadr sedang memerlukan Fiq.. tolong jangan macam ni.. ingat anak Fiq."Pujuk Puan Sri Zaleha sambil menangis teresak esak.

"Tapi Fiq baru je jumpa Umairah tadi mommy..dia kata dia lapar.." Ujar Syafiq..

"Masuk sekarang Fiq..tak kesian ke dekat Qadr..dia perlukan ayah dia..tolong jangan n give up macam ni...kalau Fiq rindukan isteri Fiq..sedekah kan al-fatihah..doakan dia..dah Fiq pergi naik sekarang." Kata Tan Sri Kamil sambil memeluk anaknya.

Dengan langkah yang longlai Syafiq pun berlalu naik ke atas.

Almari baju isterinya dibuka..Syafiq mengambil sehelai baju milik arwah isterinya untuk melepaskan rindu..Secara tiba-tiba Syafiq melihat sepucuk surat dibawah baju milik arwah isterinya..dengan pantas Syafiq mengambil surat itu untuk dibaca.

Untuk suamiku....

Assalammualikum Syafiq..izinkan saya panggil awak abang..kalau abang dah baca surat ni maknanya saya dah tak de lagi disisi abang..saya tulis surat ni sebab saya tahu saya akan pergi jauh dari abang..saya nak abang tahu yang saya dah lama maafkan segala kesalahan abang dekat saya..halalkan makan minum saya sepanjang saya menjadi isteri abang..maafkan segala kesalahan saya sepanjang saya menjadi isteri abang..maaf sebab pernah tinggikan suara dekat abang..

jujur saya cakap...saya bahagia sangat hidup dengan abang selama ni..walaupun abang tak layan saya dengan baik..tapi saya tetap gembira sebab dapat hidup dengan orang yang sangat saya cinta..saya berharap sangat abang akan balas cinta saya tapi saya tahu semuanya hanya mimpi sahaja..kelakarkan saya sebab berharap benda yang tak pasti.

Saya harap sangat abang akan terima anak kita..saya harap abang akan jaga anak kita dengan baik dan beri dia kasih sayang yang cukup.. kalau abang tak nak jaga anak kita abang serahkan anak kita dekat ayah..biar ayah yang jaga anak kita okey..

abang nak tahu tak bila saya dapat tahu saya mengandung..masa tu Allah je tahu perasaan saya macam mana..saya gembira sangat sebab dapat mengandungkan anak lelaki yang saya sangat-sangat cinta..saya berharap sangat masa tu abang dapat terima anak ni..tapi semuanya mustahil sebab abang pernah cakap saya tak layak untuk mengandungkan anak abang..jadi saya diamkan sahaja sampailah semuanya terbongkar..

Saya tak layak untuk memiliki lelaki yang sempurna seperti abang.. abang terlalu sempurna dimata saya..Saya nak abang tahu yang saya akan sentiasa cintakan abang..nama abang akan sentisa ada dalam hati saya walaupun roh sudah terpisah dari jasad..saya sayangkan abang sepenuh hati..Saya sayangkan abang sepenuh hati saya..Selamat tinggal encik suami.

Dari Isteri Mu yang tak diiktiraf.

Syafiq teresak-esak menangis apabila membaca surat yang ditulis oleh arwah isterinya..Air matanya mengalir dengan deras.

"Ya Allah kejamnya aku terhadap arwah isteriku ya allah..Maafkan abang sayang sebab selama ni abang tak pernah nak hargai sayang..abang tak pernah nak layan sayang dengan baik..Abang yang tak layak untuk sayang..

"sayang terlalu sempurna dimata abang..sayang ialah bidadari dunia dan akhirat abang..sekarang abang dah sedar yang abang sangat cintakan sayang..abang bodohkan sayang sebab baru sedar yang abang cintakan sayang bila sayang dah tak de..betul lah orang cakap bila dah tak de baru nak hargai.

"Abang janji abang akan jaga anak kita dengan penuh kasih sayang..terima kasih sebab dah hadiahkan abang malaikat kecil yang comel macam sayang."Ujar Syafiq sambil mencium dahi anaknya..Air mata yang megalir dibiarkan tanpa diseka.

Setahun kemudian..

Setelah siap membacakan Yassin untuk Bidadarinya..

"Assalamualaikum bidadari abang..hari ni genap setahun sayang pergi tinggalkan abang dengan Qadr..Qard dengan abang rindukan sayang sangat sangat.. sayang nak tahu tak anak kita makin cerdik..perangai dia sebiji macam sayang.. terubat sikit rindu abang dekat sayang bila tengok anak kita..

"mesti sayang tengah bahagia kan dekat sana..jujur abang cakap abang tak pernah lupakan sayang..tiada siapa yang mampu untuk gantikan tempat sayang di hati abang..abang akan cinta kan sayang sampai hujung nyawa abang..tak pelah sayang abang balik dululah..nanti abang datang balik jumpa bidadari abang ye." Ujar Syafiq dan berlalu pergi meninggalkan kawasan perkuburan arwah isterinya..

TAMAT

Kehilangan seseorang ..
Yang tak pandai menghargai..
Bukanlah kerugian buatmu..
Tapi satu kerugian besar buatnya..

Tenaglah,

Yang ikhlas denganmu itu..
Pasti hadir dan menjadi ubat..
Buat luka mu..

Hargai pasangan selagi mereka masih ada..jangan sia-siakan pengorbanan mereka..jagan terlalu sanjungkan egomu kerana takut akan menyesal di kemudian hari.

LAYAKKAH AKUWhere stories live. Discover now